Jom Klik

Thursday, April 28, 2011

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika,
dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin
akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk
Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.
Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun
memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di
salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan
penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak
ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada
seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak
bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu
berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga
akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku
menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda
tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang
terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,
'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua
yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada
delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada
sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada
dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada
empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa
yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang
berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari
batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan
ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.
menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu
yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s..w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit.. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu
di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada
Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh
kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf
.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang
terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air
untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan
tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah
kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf
di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah
kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan
memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim..
Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab
dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu
adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya
kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan,
Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga
dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari..

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja
itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan
namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ila ha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa
.**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel
yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami
isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan
menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang
membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam
Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu
bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu
mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan
kedudukan duniawi.

Tuesday, April 26, 2011

Jejaka 29 Tahun Buat Aku e..e...e....

Aku tak tahu la ape nak jadi pada hari ni. Rase  macam-macam perasaan ada tau. Geram, marah, kelakar pun ade. Boleh dikatakan semua perasaan ade la. Ceritanyer bermula begini. Tadi pada waktu petang parner keje ku mintak la tolong jejaka ni. Nak buat macam mane hanye die sahaja yang free (tak de keje). Orang lain semuanyer cbuk memanjang. Mintak tolong ape. Bukan berat giler pun. Hanya mintak die tolong bank in duit jer ke dalam bank. Semua nota sudah ditulis atas kertas. Hanya mintak die isi borang bank in jer. (bagi kau orang payah ke pertolongan kite orang ni).

Sampai die di bank. Ade ke patut telefon cakap tak tau nak isi borang yang mane satu. Eh kau tak boleh tanyer ke??? Aku suruh la die tanyer pak guard kat bank tu. Boleh die kate pak guard tak de. Aku rase kalau pak guard tak de. Dah lame bank tu kene rompak tau. Aku suruh la tanyer kat kaunter pertanyaan. Die boleh bagi alasan beribu-ribu lemon. Last-last die boleh balik. Bagi duit tu kat kite orang. Ya allah ampuni lah dosa hamba mu ini. Bukan die tak de pelajaran. Kalau cleaner pejabat aku, aku tak terase ati. Ni jawatan kelas jugak. Tak boleh ke nak tanyer kat sape-sape kat bank tu. Bukan bank tu tak de orang. Susah nyer aku dapat kenal orang macam ni. Bukan die tu jenis pemalu ke, ape ke. Kat pejabat kecoh. Ello... golongan pak cik, mak cik pun tau macam mane nak simpan duit tau. Ni golongan orang muda tak tau. Tak ke malu. Ni jenis golongan tak de simpanan ke??? Sbb tak tau nak isi borang simpanan. Ke hanya tau cucuk duit jer bila sampai waktunyer... ha..ha..ha...(sendiri mau paham la).

Kan tak pasal-pasal aku kene keluar dengan parner ku pergi ke bank. Nak g sorang susah nak parking. Aku ni tau nak tunggang motor tapi lesennyer x de. Nanti kene saman sape nak bayar kau...kau.... Oh tidak. Lupe lak citer... Mase kat bank tadi die kate semua orang tengok die semacam jer. Ape lagi  parner aku sound die tu la orang cakap penampilan tu penting tau. Die ni jenis selekeh sangat-sangat dah puas aku meleter. Bukan ape, cara penampilan die tu cukup selekeh la. Tak de gaya langsung la. Perempuan pun tak mau pandang. Tu la sebab die tak de aweks tau... Kan kau dah kene sound ari ni. Boleh dikatakan semua bebudak office aku gelak kat die. Macam mane tak tau nak isi borang, borang yang mane satu pun tak tau. (Kalau tak tau bertanyer la sayang nanti sesat jalan tau).

Moral of the story: Jangan la kau orang tiru gaya idup macam ni susah tau.
                             Kalau malu bertanyer tau. Jangan buat segan silu lak.
                             yang penting penampilan tau. Baru ade umpp... Eh mcm iklan teh pulak


Cbuk...Cbuk...Cbuk....

Salam untuk kamu semua
Hari ini aku cbuk sesangat 
Nak buat macam mane 
Dah last minit baru suruh aku kene isi borang B
Ni orang lain punyer ok not me tau
Cepat...Cepat...Cepat...
Kepada sesiapa yang belum isi
Tarikh tutup 30/04/2011 tau
Tinggal beberape hari lagi
 
Pic ikhsan dari google


Yang aku isi tahun tafsiran 2010 tau
Jangan terpedaya dengan janji manis pic di atas
Nasib baik sempat siap 
Sebab bukan 1 borang kene isi tapi 2 ( eleh bukan banyak pun)
Ahaks...

Moral of Story: Jangan buat keje last minit nanti banyak mendatangkan keburukan dr kebaikan

Anwar Lelaki Y

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.
Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.
Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.
Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.
Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.
Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.
''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.
Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Sumber: Utusan

Monday, April 25, 2011

Kisah anak paderi memeluk agama islam

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya  dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan  negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,p akaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi  kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan  agama
kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah,
saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini,boleh ke saya kerumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya  kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan  Islam
adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang
menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya  menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 -
konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'
datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping  mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan
jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam  semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,
saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya
dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu..6 tahun saya
di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam.
Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai
setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlah
saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam

turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah  Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah DI-IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan
kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di
Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.


Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat
mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Hari Sabtu Yg Cukup Memenatkan

salam sayang untuk semua... Penat punyer pasal blog pun kureng nak update. Cbuk la g servis kereta. Nak g jalan-jalan tau. Hi..hi..hi... dah lame berangan-rangan nak g jejalan ni. So ape lagi kerete kene servis dulu la....


Mula-mula g tukar minyak hitam. Bosan giler aku menunggu. Kan bagus kalau aku bawak lappy tak de la bosan sangat. Nasib baik aku tak berjanggut tunggu kereta ku ni siap....

Lepas g tukar minyak hitam pergi pulak buat alignment tayar kereta. Sampai terlelap aku menunggu kereta ku ni siap. Perut??? Jangan citer la lapar la. Tengok kedai runcit ke, 7 Elevent ke tak de tau. Tahan la. Janji aku puas ati. Padahal sarapan pagi dah ambik kalau tak ambik aku rase, aku pengsan jer kat kedai tayar tu. ha...ha...ha....

Baru best nak drive jauh-jauh. Jauh.... Nak ge mane aku ni. hi...hi...hi.... .Best gitu dapat g jalan-jalan selame 3 ari. Dah campur  1 Mei Hari Pekerja .So cuti jadi 3 ari. Dah lame aku tak g tempat tu. Rindu giler rase. Nak tau kat mane??? Jeng...jeng...jeng....
*
*
*
*
*
*

Yes... Genting Highland. Best tu... Sape nak ikut sila angkat kening. Jom..jom... Bukan selalu dapat pergi. Sekali skale jer. Genting tunggu ek kedatangan ku nanti.. Jumpe kite di sana... di sana...





Friday, April 22, 2011

Terima Kasih Untuk Semua....

Salam Untuk Kamuk Semua Dari Pena Rozie....
Dengan berbesar hati Pena Rozie 
Ribuan terima kasih kerana sudi menerjah blog Pena Rozie
Sungguh menakjupkan bilangan pengunjung semalam
jeng...jeng...jeng.....
*
*
*
*
*
*

Cantik sungguh jumlah pengunjung semalam 123
hi..hi..hi.... 
Jumlah teringgi pengunjung sepanjang blog ini dibuka
Berbangga la juak sebab usia blog ni belum sampai setengah tahun pun
Untuk kamu semua mmmuaaahhhhh..............



hi...hi...hi....
semoga ia akan terus mendapat sokongan dari kamuk semua yer...
Kini, akan datang dan sepanjang hayat blog ni
Terima kasih sekali lagi Dari Pena Rozie
Untuk Kamuk Semua yer.....

Pelik Sungguh Pelikkan

 Tengok pic kat atas....
Eh selame ni tak de la sampai tinggi macam tu
Tapi kan semenjak dua menjak ni laju jerberokband aku
Adakah celcom mendengar keluhan kami
Dari penguna-penguna yang baik lagi mulia ni.
Laju jer perkhidmatan sejak se ari dua ni.....
MMuaaahhh.....untuk kamu celcom

Thursday, April 21, 2011

Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.
Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.


Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

Sumber: Harian Metro

Nota kaki: Tolong la jangan meniru perangai buruk ni....

Tuesday, April 19, 2011

Award 333 for.....

Salam untuk semua... Ari ni nak mengumumkan award 333 jatuh kepada....
*
*
*
*
*
*
*
*
(ni adalah Link die. Tq sebab follow rozie)

Hadiah untuk kamu....


Nak tau nape Rozie buat award untuk 333
Sebab kalau bagi masyakat cina no 333 ni banyak ong..
Rozie harap lady pun banyak ong tau...
Last sekali terima kasih kepada semua yang telah follow blog pena rozie
Kalau ade salah & silap harpa dimaafkan

Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan  kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Monday, April 18, 2011

Jahatkan....

Aku benci betul dengar berita ni....


Jaga perkosa anak jiran dalam bank

JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.

Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

Petikan dari : Harian Metro

 

Saturday, April 16, 2011

Air Sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri
.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?




Wasallam.....

Friday, April 15, 2011

Tragis....

Penghujung trauma

BESUT: Hasrat lima rakan karib keluar bersiar-siar untuk menghilangkan perasaan trauma selepas asrama mereka diceroboh perompak berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka menemui ajal selepas terbabit kemalangan jalan raya di sini, semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi, lima pelajar kejururawatan daripada Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Bachok, Kelantan, menaiki Perodua Viva dalam perjalanan pulang ke kampus mereka selepas bersiar-siar di bandar raya Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Tiga yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nur Diana Mohd Noor, 22, dari Kota Tinggi, Johor, Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan dan Zur Irah Zakaria, 19, dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu.
Dua lagi rakan mereka, Bazilah Abdullah, 19, dari Lot 2051 Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19, dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan, parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kejadian berlaku di Kilometer 104, Jalan Jertih-Kuala Terengganu, apabila kereta dipandu Nur Diana cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal sebelum bertembung lori tangki minyak dari arah bertentangan.

Seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor berkata, dia pada awalnya ingin turut serta bersama lima rakannya itu ke Kuala Terengganu selepas beberapa kali diajak Nur Diana, tetapi menolak pelawaan itu kerana tidak sihat.
Nor berkata, semua rakannya meninggalkan asrama mereka di Bachok kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, mereka ke Kuala Terengganu untuk makan angin dan menenangkan perasaan selepas terkejut asrama pelajar wanita diceroboh perompak pada Subuh kelmarin.
“Mereka trauma selepas melihat seorang lelaki bertopeng menceroboh masuk asrama menyebabkan mereka menenangkan fikiran di Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun, saya dikejutkan panggilan telefon seorang rakan lain yang memaklumkan mereka terbabit kemalangan di Jertih ketika dalam perjalanan pulang,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut (HB), semalam.

Menurutnya, lima sahabat itu dipercayai meminjam kereta rakan lain dan tidak tidur ketika berada di bandar raya berkenaan, sebaliknya berangkat pulang selepas beberapa jam bersiar-siar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Nor Zainy Mohd Noor, berkata Nurul Shahidah yang tercampak keluar dari kereta meninggal dunia di HB kira-kira jam 7 pagi, manakala Nur Diana dan Zur Irah maut di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori terbabit, Khairi Ayob, 43, dari Kampung Alur Keladi, dekat sini, cedera ringan dan sudah diambil keterangan.

“Perodua Viva dinaiki mangsa rosak teruk di bahagian hadapan akibat pelanggaran dengan lori tangki menyebabkan ia berpusing balik ke arah Kuala Terengganu manakala lori terbabit terbabas ke dalam parit,” katanya.

 

 

Thursday, April 14, 2011

Betul ke???

Best jugak melayan citer-citer artis ni. Jom kite terjah citer ni...

Kecoh KD hamil 2 bulan

 

JAKARTA: Ekoran perkahwinannya bulan lalu, kini heboh pula khabar mengatakan penyanyi Krisdayanti (KD) sudah hamil dua bulan.
Kehamilan isteri ahli perniagaan Raul Lemos itu menjadi topik perbualan jiran-jirannya. Selepas rasmi menikah, pasangan itu tinggal di kediaman KD di Radio Dalam, Jakarta Selatan. Seorang jiran mengatakan bekas isteri Anang Hermansyah itu kini hamil.

“Penduduk di sini heboh dengan cerita kehamilan KD. Katanya sudah dua bulan dan ramai jiran tetangga memberitahu KD akan menetap di Dili,” ujar seorang jiran yang enggan dikenali, semalam. Menurutnya, tubuh ibu dua anak itu juga banyak berubah kerana kelihatan lebih berisi sejak berkahwin dengan jejaka berasal dari Timur Leste itu.
“Ya, sekarang tubuh KD semakin berisi tetapi pembantu rumahnya tidak tahu-menahu jka majikannya sudah hamil,” tambah jiran itu.

KD dan Raul menjadi pasangan suami isteri pada 20 Mac lalu dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Grand Ballroom, Hotel Mulia, Jakarta Selatan. - Detik

Sumber : harian metro

Wednesday, April 13, 2011

Hobi Lama Telah Menjelma Kembali

Salam untuk semua yer...... Hari ni nak bercakap pasal hobi la. Kalau dulu hobi mase kanak-kanak ialah mengumpul setem. Tapi sekarang dah berubah. Setem dulu selalu kumpul pun entah ke mane. Nak tahu ape hobi sekarang. jeng..jeng..jeng...
*
*
*
*
*
*
*
*

Ni die bace novel la. Buku ni aku pinjam dr mysis. MMuuahh...Tq for u. Sebab bagi pinjam buku ni. Best gak story buku ni. Tabiat ku nak abis jugak buku ni. Mula la buat kerja macam ribut. Campur dengan kelam kabutnyer lagi. Ha...ha...ha.... 





Ni buku paling aku suka. Aku rela menjelajah semua kedai buku kat bandar K.T ni semata-mata ingin memiliki buku ni. Yang menjadi mangsa kawan ku la. Menurut aku ke mane aku menyinggah kat kedai-kedai buku. Tq jugak untuk myprend sbb mengikut kerenah ku ni. Lepas ni nak terjah buku mane pulak yang menjadi mangsa ku. Ha...ha...ha....

Tuesday, April 12, 2011

Bodohkan

Bakar rumah ibu

ALOR SETAR: Bagaikan aksi dalam filem apabila kakitangan awam yang murung gara-gara kecewa permintaan untuk mendapatkan wang serta berkahwin tidak diendahkan keluarganya, bertindak memanjat bumbung lalu membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan berpunca daripada permintaannya untuk mendapatkan RM200 daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50, pada jam 6 petang tidak dilayan.

Berikutan itu suspek dikatakan mengurung diri dalam bilik rumah itu kerana kecewa.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum majlis pertunangannya.


Abangnya, Mohd Noor Mahmud, 33, berkata adik bongsu daripada tiga beradik itu menunjukkan sikap pelik sejak dua tiga bulan lalu dan selalu mendiamkan diri. “Sebelum ini, dia pernah mengugut untuk membakar rumah mak saya tetapi dia tidak buat. Bagaimanapun, dua hari sebelum majlis pertunangannya beberapa bulan lalu dia tiba-tiba membakar semua pakaian kerjanya termasuk kasut tanpa diketahui puncanya.

“Kami terpaksa menangguhkan majlis pertunangan adik saya kerana bimbang melihat keadaan dia yang tidak terurus. Sejak itu dia kelihatan murung dan selalu mengurungkan diri dalam bilik,” katanya yang ditemui di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, beliau berkata, sikap pelik adiknya yang tidak mengedahkan orang lain dan mengurung diri dalam bilik selepas permintaannya tidak dilayan, menyebabkan dia membawa ibu ke rumahnya di Kepala Batas kerana risau adiknya bertindak ganas terhadap ibunya.

“Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira jam 9 malam dan anggota polis datang untuk memujuknya keluar, namun dia memberitahu tidak mahu berunding dengan sesiapa termasuk ibu.

“Kami cuba memecahkan pintu rumah tetapi dia menyerang kami dengan parang menyebabkan kami hanya menunggu di luar rumah,” katanya.

Menurutnya, adiknya kemudian mengunci pintu rumah, dan bertindak mengambil tong gas di dapur dan membawanya ke tingkat atas rumah itu.

“Sejurus membuka kepala gas itu dia memanjat bumbung dan berdiri di atasnya sebelum mencucuh dengan api hingga menyebabkan kebakaran.

“Kemudian dia terus terjun ke bawah dan melarikan diri di belakang rumah kira-kira jam 11.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata polis cuba menahan pemuda berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin, namun tidak berjaya kerana dia enggan berunding dengan sesiapa.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, polis percaya lelaki itu mengalami tekanan jiwa namun tidak dapat dikenal pasti puncanya.

“Buat masa ini kita masih mencari lelaki berkenaan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan bencana dengan api,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pula berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira jam 12.15 tengah malam kelmarin sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.

Katanya, keadaan rumah berkenaan rentung namun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kita juga masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kejadian itu,” katanya.

 Sumber Harian Metro

Pernah Kah Terjadi Pada Anda

KUALA LUMPUR: Kerana mementingkan darjat seorang wanita berusia 50-an didakwa sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Lebih kejam, wanita terbabit turut mengarahkan kumpulan samseng itu untuk memaksa lelaki berkenaan berusia lewat 20-an supaya menceraikan isteri yang juga anak kandungnya berusia awal 20-an.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan wanita terbabit kerana tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan berkenaan sejak enam bulan lalu kerana hanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di ibu kota dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya itu, selain tidak setaraf dengannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa cedera pada kepala dan badan selepas dibelasah lebih 30 minit.


Tidak berpuas hati dengan tindakan itu selain yakin ibu mentuanya menjadi dalang insiden terbabit, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja mendakwa tiba-tiba dihalang sebuah kereta.

“Selepas itu, tiga lelaki masing-masing berusia lewat 30-an turun daripada kenderaan itu sebelum mengarahkannya menceraikan isterinya.

“Tersentak dengan itu, mangsa mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit sebelum cuba untuk meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, tindakan mangsa menyebabkan seorang daripada suspek memaki-hamunnya menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit di kawasan berkenaan.

“Pertengkaran itu yang tidak menemui penghujungnya bertukar pergelutan apabila seorang daripada suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum menumbuk muka mangsa.

“Mangsa yang terjatuh mendakwa bukan saja ditendang, malah turut dipijak ketiga-tiga suspek. Ketika itu, mangsa hanya menahan kesakitan dengan menutup kepalanya menggunakan tangan,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas membelasah mangsa lebih 30 minit, seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menceraikan isterinya selain mengugut untuk membelasahnya jika enggan berbuat demikian.

Mangsa yang sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak wanita terbabit sejak enam bulan lalu mendapatkan rawatan di sebuah hospital berhampiran kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Sebaik pulang ke rumah dan berbincang dengan isteri serta ahli keluarga lain, mangsa tampil membuat laporan insiden itu kerana yakin ibu mentuanya menjadi dalang.

Difahamkan, ibu mentua mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan itu sebaliknya terpaksa bersetuju untuk melangsungkan majlis berkenaan kerana didesak anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Sumber dari Harian Metro

Monday, April 11, 2011

Welcome Back


Story ni minggu lepas punyer.
Tapi ari ni baru mood update blog datang menjelma.
Ingat tak kisah telefon ku yang dah berkecai. 
Same berkecai dengan ati ku.
Hi..hi..hi... 
Sekarang dah kembali normal tau. 
Thanks for myprend sebab baiki handphone kesayangan ku ni. 
Khas untuk kamu mmuuahhh....


Sekarang ati ku dah kembali riang.
Thanks a lot for him...

Jangan Terlalu Susah Hati


 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
 
 
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
 

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).


J
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


J
angan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.




Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Saturday, April 9, 2011

Malas Nak Update....

Salam untuk semua.... Nape la dengan aku ni. Biler jer tiba hari minggu malas nak update blog. Ari minggu jer malas jer datang melanda. Nape la ia datang pada ari minggu. Bz ke aku??? oh tidak. Hampeh betul la. Ke aku kekurangan idea pada ari minggu. Mentang-mentang la otak aku tengah cuti. Idea pun ilang ek....

So.... entry aku pun pendek la yer.. Salam kemaafan dr ku untuk kalian semua.. Kite berjumpe lg ek...

Wednesday, April 6, 2011

Berape Harga Isteri Anda????

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,  
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
 
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,  
Tapi bila dah habis cuti tu... . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
 
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...
 

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang......
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis..
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran seksa kubur.  
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
 
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

 
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ....
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Tuesday, April 5, 2011

Aku Dengan HandPhone Baru

Ingat tak entry aku yg handphone jatuh berkecai tu??? Tak ingat. Mmm.... Cari sendiri la ek. (ha..ha...ha...) statemant kejam betul la. Mesti dah ramai yang tertunggu-tunggu nak tengok handphone baru ku ni. Handphone ni la paling canggih sepanjang aku pakai handphone. jeng...jeng...jeng.......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ha...ha...ha... Ni die. Canggih kan??? Cukup la sekadar nak jawab panggilan & balas membalas sms. Nasib baik la handphone idaman ku belum keluar lg. Kalau tidak banyak gak pelaburan kena laburkan. Dah la bulan lepas dah banyak keluar pelaburan. Ni pun dah kira mahal. Kalau nak ikut kan hati aku nak beli lg murah dr yg ini. Budak office aku cakap "jangan kejam sangat boleh tak" hi..hi...hi... dan yang paling penting aku dah ade telefon. Janji boleh cakao dgn sms. Dah memadai. Nak yang lebih canggih lagi. Tunggu la handphone idaman ku keluar kat pasaran lu. Tak tau lak die keluar bile. Tapi lagi lambat lagi bagus. Boleh la nak simpan duit lebih ckit.

Sunday, April 3, 2011

Handphone Aku Hancur Berkecai


Ni la rupe handphone ku yang dah hancur berkacai
Same gak dengan ati aku yang dah berkecai. 


Ada macam bau jer aku dapat gaji
hu..hu..hu...
Nape la mase ni kau berkecai sayang oooii..... 
Nape x tunggu mase yang sesuai .


Dah la harga minyak naik
Kau pulak hancur berkecai
Nampak sangat ari ni nak suruh aku mencari penganti ek
Aku sangat kat kamu lagi tau
Nanti kite citer pasal penganti kau lak ek
Bye...bye dari tuan mu yang baik ati ni




Popular Posts