Jom Klik

Thursday, June 30, 2011

Facebook

Zaharuddin Abd Rahman
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin (
http://www.zaharuddin.net/ index.php?option=com_conte nt&task=view&id=546&Itemid =99)


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, June 29, 2011

Ari Ni Cuti

Salam untuk semua....
Serta selamat pagi ek....
Ari ni PR cuti
My girl sakit mate
So die kene darurat kat rumah jer
Pengasuh die tak dapat nak terima
Takut berjangkit kat orang lain lak.
So ari ni boleh duk suka suki kat rumah
Petang nanti boleh g jalang-jalang
Sape mau ikut angkat kening
Ingat nak g Big apple
Mam donut
jom......

Tuesday, June 28, 2011

Terime Kacih...Terima Kacih...Terima Kacih.....

Salam.....
Dengan bangganyer PR ingin mengucapkan 
Ribuan terima kasih yang wish 
My birthday semalam
Tak kira la kat blog ke atau kat facebook
Terima kasih banyak-banyak
PR sayang kamu semua
Pic kat facebook tak dapat nak upload kat cni
Sebab ramai la jugak
Sebab PR tau die bukan artis
Kat blog lak SINI
Ucapan dari anda semua amatlah PR hargai....
Tunggu la citer pada ari Birthday PR Yer...
Kene curik pic dari kamera gan tepan
Dak-dak opis lu.....

Nota kaki: Tunggu ek....

Petua Mencuci Hati Supaya Insaf

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9.
Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Monday, June 27, 2011

Dah Tua P.R Rupenyer

Salam..... Dah lame tak update blog ni. Banyaknyer sampah sarap, sarang labah-labah yang kau orang buat yer.. Terima kasih sebab tetap singgah kat blog ni. Walau pun tak update. Terima kasih yer kat kau orang. Alamak ari ni rupenyer Ari lahir P.R. Eppay Birthday To Me... Ahaks...ahaks.... ahaks.... Yang ke berape ye... (dah tua rupenyer P.R) hu...hu...hu... Kalau tak ucapkan untuk diri sendiri. Sape lagi nak ladi orang yang pertama ucapkan untuk kite ek... 

Di ari yang mulia ni.... (alamak macam rayer la pulak) Tak moo la sedih-sedih lagi. Biar ape pun yang terjadi idup P.R mesti diteruskan. Cayo...cayo..... Nak gembirakan ati twin gan diri sendiri jer. (boleh ke harap boleh ek). Harap-harap sangat la diri PR tak bersedih lagi. Dah penat tau. Penat sangat. Tu jer harapan yang tak pernah menjadi kenyataan. So kene suka suki la yer selalu..... Kalau boleh lagu sedih, yang pilu milu pun tak mau dengar (kejam tol la kau ek). Harap gak ari -ari yang mendatang PR akan eppy lappy la yer.


Hai.... Ari ni tak de ke sape-sape nak bagi ke??? Can ni pun tak pe.



Ha...ha...ha.... Beli sendiri ek. Jangan nak mimpi ade orang nak belikan. MMMuuaah... untuk diri sendiri.


Thursday, June 23, 2011

Lawak Mee Bandung

Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" di belakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang
dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata
Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"



~tiap kali aku oder mee bandung mesti igt cete lawak bangang ni hehe~

Nota kaki: Ape yang anda fikirkan????

Wednesday, June 22, 2011

Dari Kerana Mata



Alhamdullilah..... dapat jugak PR abiskan novel ni. Bukan nipis tau. Tapi 870 muka surat (mak oi... tebal giler). Penulisnye Norhayati Berahim. Dengan penuh sabar PR bace novel ni.

Nak tau bace novel ni buat PR menitis air mate. (ha...ha...ha... kau nagis ek hu...hu...hu...) Sedih ade yang tak dapat makan kerana kemiskinan. Pakai baju buruk serta koyak. Novel ni jugak buat PR ketawa.  Kau orang nak merase ketawa dan menagis bace la novel ni. Tapi kene dengan penghayatan la.

Ni sinopsis nyer...... Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok, pokok dan pergi tanpa apa-apa rase. Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari. Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Best novel ni PR bagi 5.5 bintang (hi...hi...hi... ade gak setengah)


Gula #4

Paras gula yang tinggi atau Hyperglycaemia akan meyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam . otot. Pembakaran tenaga akan menghasilkane gerak-geri otot yang menyebabkan kanak-kanak bergerak tanpa kawalan. Dengan tenaga yang berlebihan, mereka akan  mula berlari-lari, melompat dam menjerit-jerit tanpa kawalan. Inilah yang dinamakan hiperaktif.

Pembakaran glukosa pula menghabiskan vitamin B1,B2,B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti pergerakan otot. Kekurangan vitamin dan zat ini megurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak. Mereka mudah gelisah dan cemas kerana otak tidak mendapat bekalan glukosa, oksigen, vitamin dan zat galian yang mencukupi.

Sumber: Pa&Ma Julai 2011

Nota Kaki: Betul ke orang cakap bile kene kencing manis petuanye minum air epal hijau tanpa gula

Wordless Wednesday #2

Tuesday, June 21, 2011

Gula #3

BERAPA BANYAKKAH GULA YANG ADA DI DALAMNYA?

* Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
* Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

* Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

* Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

* Bijirin sarapan bersalut madu 22g - 10.1 sudu teh

* Aiskim coklat sepotong saiz biasa- 7.7 sudu teh

* Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

* Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

* Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

* Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh

Sumber: Majalah Pa&Ma 7/2011

Monday, June 20, 2011

Ape Nak Jadi????

Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

 

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Sumber: Harian Metro

 

Sunday, June 19, 2011

Gula #2

PANDUAN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA:-

* Banyakkan minum air kosong

* Kurangkan pengunaan gula dalam masakan dan minuman

* Ambil buah-buahan sebagai makanan pencuci mulut mengantikan kuih-muih yang manis

* Elakkan pengambilan snek dan minuman bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur

* Seelok-eloknya pilihlah makanan dan minuman tidak mengandungi gula tambahan

Sumber: Pa&Ma Julai 2011

Gula #1

PERHATIAN.....
N3 ni untuk info kepada semua ibu atau bapa atau sesiape yang ingin mengetahui pasal gula. Terutama yang mempunyai anak-anak (kite jugak) yang suka makan coklat atau ape-ape makanan yang mempunyai paras gula yang tinggi.

KESAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN BERLEBIHAN:-


* Boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

* Pengambilan tenaga yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan berat badan seterusnya membawa kepada masalah obesiti (gemuk la tu).

* Merangsang pembetukan karies gigi.

* Wujudnya masalah kelakuan seperti hilang daya tumpuan dan panas baran juga punca daripada mengambil  terlalu banyak gula.

* Peningkatan risiko mengidap penyakit kencing manis.

* Kemungkinan diserang masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stok sangat tinggi.

* Melemahkan sistem imunisasi tubuh.

* Mengganggu  imbangan galian dalam badan.

* Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cergas. 

* Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.

* Melemahkan penglihatan.

* Meningkatkan paras adrenalina di kalangan kanak-kanak.

* Penyebabekzema dikalangan kanak-kanak

p/s: Info ni PR selup dari majalah Pa&Ma 7/2011

Saturday, June 18, 2011

Seandinya Kau Ada


 
Salam semua.... PR baru jer abis membaca novel ni. Penulisnya ialah Kamsiah Abu. Sekali sekale melayang novel. Hi..hi...hi.... Jalan ceritanyer memang best. Tak la bosan. Kadang kale sedih. Kadang kale rase romentik pulak. Ape yang terjadi kat Nur Syahirah pernah gak terjadi kat PR dulu. Putus cinta (Nur Syahirah tak jadi kawin saat-saat akhir). Lari tinggalkan Malaysia dan bekerja kat NYC tapi PR sambung belajar. ha...ha...ha.... 

Ni sinopsis nyer...

Apabila yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, Nur Syahirah membawa hati yang duka lara ke negara asing untuk membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah berkenalan dengan Isaac melalui alam siber. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, Fazlur yang pernah mengecewakannya masih mengharap kehadiran Nur Syahirah semula. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu??

PR bagi 5 bintang. Best dan boleh dilayan. Cuba la siapa kaki-kaki novel bace novel ni. Tidak akan mengecewakan kalian semua.

Alam Masyar

Gambaran  ALAM MAHSYA R
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.

Friday, June 17, 2011

Pesta Buku @ TTC Kuala Terengganu

Salam untuk semua ek.... Ni dah 2 kali kerajaan Negeri Terengganu mengadakan Pesta Buku kat TTC (Terengganu Trade Centre). So ni buat kali ke 3 aku terjah kat pesta buku ni. Sungguh teruja aku. Tapi lebih teruja kalau ade PC Fair. Ni pun aku dengar khabar berita PC Fair akan di adakan pada 30 hingga 2 Jun nanti. Bersiap sedia lah dengan mengumpul wang dari sekarang. ha...ha...ha.... Ape tah nak dibeli nanti. Lappy  baru jer tukar. Tak pe kite g jer tengok dulu, nanti ade la tu yang berkenan di ati.

Ok la bercerita pasal pesta buku. Ia bermula pada 9 Jun dan berakhir 15 Jun. Balik jer keje pada 9 Jun terus meredah kat pesta buku. Gerai pun banyak yang belum buka lagi. Tak pe... Saje jalan-jalan dulu. Dalam jalan-jalan sempat gak menyambar buku cerita untuk twin. Nak tengok.....



Ha.... buku ni satu 2.90 hinggit. Kalau 5 buku citer ni 10 hinggit. So rugi la kalau beli 1 jadi aku pun sambar 5 buku ni.Sesuai sangat dalam keadaan sekarang twin tengah belajar binatang. Untuk mummy die belum ade lagi. Nanti kite pergi lagi. Tengok novel yang banyak membuatkan ati ku mengiler jer.



Banyak betul la. Ish...ish....ish...Buat aku tak sabar jer. Dengan rase nak gak beli novel, aku pun terjah lagi di ari akhir pesta buku. Jalan punyer jalan tak de lak buku yang berkenan di ati. Tapi ku sambar gak sebijik novel. Tapi masih belum kesempatan nak bace lagi hingga ke saat ni. Dan novel tu telah dirasmikan oleh kakak ku yang juga kaki novel. Nak tau novel ape yang telah menambatkan ati ku.


Dari Kerana Mata

Nanti sudah abis ku bace kite kongsi sinopsisnyer. Tunggu................. 

Thursday, June 16, 2011

Alamak.... 8k Sudah

Salam untuk semua..
Alamak follower ku dah 8k
Eleh...Nak berlagak ek...
800 sudah la....
Walaupun rase masih kureng sihat
Tapi aku gagah kan jua untuk kalian semua
Terima kasih kepada semua follower
Pena Rozie...
Kerana kalian memberi semangat serta sokongan
Dan tidak jemu-jemu menjengah blog Pena Rozie 
Yang tidak seberape ni
Terima Kasih sekali lagi



 Semperna blog ku yang dah ramai follower ni
Aku buat la perubahan ckit kat blog ni
Nak dengar gak komen dari bloger-bloger semua
Maklum la ku masih baru dalam bidang ni
Semoga blog Pena Rozie terus mendapat kunjungan dari kalian semua
Pena Rozie Sayang Kalian Semua....


Hari yang lesu & Lemau

Salam....
Ari ni aku kereng sihat
Tapi datang gak keje
Selsema dah datang...
Aku benci betul dengan selsema
benci...benci....benci....
Baik aku demam
So ari ni kureng la nak berblog
Sebab ari ni aku jadi lesu
Kalau berkesempatan aku akan terjah yer
blog kau orang 



Wednesday, June 15, 2011

??????

Bahasa apekah ini???
Aku berjaya snap pic ni kat.....
Kete budak opis aku...
Die seorang arkitek
Yang berbangsa melayu
ha...ha....ha....
Asal Kemaman Terengganu





Hi...hi...hi....
Sekian, Terima Kasih.....

Wordless Wednesday

Mayat Baca Yassin

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di :placeMalaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar :placeMalaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.

Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Tuesday, June 14, 2011

Puding

Jom layan resepi puding ni....










Bahan A

7 Gelas air (gelas teh pun boleh, kalau mug jangan yg besar sangat)
1 Peket agar-agar

Bahan B

4 Keping roti
4 bijik telur
1 Tin susu cair
1 Tin susu pekat

Masak bahan A. Kisar semua bahan B. Satukan bahan yang dikisar tadi dengan bahan A. Biar ia mendidih sekejap. Dan boleh angkat. Hiasan yang coklat tu ikut suka kamu semua la. Nak letak milo ke koko.

Bagi aku reseppi ni cukup senang. Terima kasih kat budak praktikal kat opis ku yg telah bagi resepi ni.

Yuhu.... Selamat mencuba. Tak paham boleh tanyer.

Terengganu Memang Hebat & Nelang




Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusoff menyerahkan Piala FA kepada Menteri Besar ketika majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, malam ini.


Skuad bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran kemenangan tersebut.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain dan pengurus pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah berupa lawatan ke London jika mereka memenangi piala tersebut.
Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri ini.
“Manakala bagi atlet yang memenangi pingat emas pada kejohanan Sukma akan diberi wang tunai RM5,000 manakala perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini,” katanya pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukma di Dataran Shahbandar, malam ini.




Hadir sama, Penasihat Undang-Undang, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Haji Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Haji Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Dato’ Haji Che Mat Jusoh dan Ketua Kontijen Sukma Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.




Terengganu melakar sejarah apabila menjuarai Piala FA setelah menewaskan pasukan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Pada keesokannya, Terengganu dinobatkan juara Sukma XIV, iaitu kejuaraan kali ketiga berturut-turut apabila berjaya mengumpul 30 emas, mengetepikan pencabar terdekat, Selangor yang memenangi 26 emas.




Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan para pemain pasukan bola sepak dan atlet Terengganu.


Sumber: Unit Komunikasi Negeri 

p/s: Jangan lupe buat rakyat Terengganu, kite dapat cuti ek pada Hari Ahad 19/06/2011 

Sarapan Pagi

Salam untuk semua blogger-blogger yer
Ari ni sarapan pagi istimewa ckit
Kalah orang puteh
Orang puteh pun tak sarapan macam kite orang ari ni
Kalu orang nak tahu aper
Jeng....jeng...jeng.....


Yes....Spageti
Bangun awal giler ari ni
Semata-mata nak makan sendiri
Kalau kat S.R tak berape best
Best lagi buat sendiri
So ramai la budak-budak opis ku
Yang tumpang 2 kaki
Anak pun bawak bekal spageti dengan sosej
Kelas gitu anak-anak mummy
Sarapan mengalahkan orang puteh....
hi...hi...hi....
Kau orang sarapan ape yer ari ni???




Monday, June 13, 2011

Nape Gan Kau Ni

Kenape semenjak 2 menjak ni
Jadi macam ni
hu...hu....hu....




Tak suka....tak suka.....

Dialog Dua Hantu Yang Sengal

Tersebutlah kisah dua orang hantu.  Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,  "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day,aku
ingat nak perangkap la isteri aku.Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi

You Are The Best

Awal lak bersiaran untuk ari ni. Ni story mory ari sabtu ni. Best dapat makan durian kampung yer. Best lagi dapat durian tu free-free. Kisah durian ade kisahnyer yang tersendiri dalam family aku tau. Semua kakak-kakak aku tak makan durian. is...is...is.... Rugi betul la kalau tak makan durian ni. Ade pulak keturunan yang tak makan durian. Iaitu anak buah ku. Ari tu aku usik die. Sampai menagis die, sebab isi durian dah ade dalam mulut. Kakak-kakak ku memang langsung tak boleh bau durian. Tu bermakne kau orang jangan nak mengatal la nak bawak durian dalam kereta die ke. Makan depan die ke. Sah-sah kau orang kene halau dengan die orang. Seorang lagi iaitu ben 10 ku. Alamak macam mane anak ku tak makan durian. Aku pun tak tahu. Mungkin dah keturunan kot. Tapi memang betul la durian adalah raja segala buah. Jom panas kan badan anda dengan makan durian. Ade petua nak kongsi. Kalau dah makan durian banyak-banyak tu takut badan panas. Kau orang alas pulak dengan buah manggis. Makan 5,6 bijik jer. Jangan makan banyak pulak. 


Ni lak kisah piala F.A. Tahniah buat skuad negeri Terengganu yang telah menjuarai Piala F.A. Selepas dah bertahun-tahun menunggu akhirnyer dapat juga yer. Tahniah buat kalian semua. Semoga skuad Terengganu boleh menjadi juara berganda pulak pada tahun ini. Selamat berjuang jer....




Berbangga sungguh rakyat Terengganu. Kerana SUKMA Terengganu telah menjadi juara selama 3 tahun berturut-turut. Hasil penat lelah pemain dan semua yang terlibat akhirnya Terengganu dapat mempertahankan kejuaraan SUKMA yang bertempat di Kuala Lumpur. Tahun depan berharap boleh la lagi menjadi juara. Kite jupe di kuantang pahang lok....


p/s: Dengar cite ari ahad dapan cuti. Yahoo.....

Sunday, June 12, 2011

Happy Birthday Big Boss.....

Ari ni kat opis buat sambutan ulang tahun Big Boss....
Buat alar kadar jer
Sebenarnyer Ulang tahunnye jatuh ari Jumaat (10/6)
Disebabkan ari tu kite orang tak keje
So buat la ari ni
Selame ni ade makan-makan
Sebab semua orang lebih teruja nak sambut cuti
Ialah....
Semalamkan Terengganu menjuarai Piala F.A
So semua orang ingat ari ni dapat cuti la
Pemgumuman.... 
Tunggu Terengganu juara SUKMA buat kali ke 3 dulu ek
Baru kau orang suka suki boleh nak cuti
Amboi bab cuti laju jer 
Keje malas....
Termasuk aku la tu....
ha....ha...ha....
 Pagi-pagi lagi dah g S.R
Nak ambik kek la
Nak tengok....nak tengok.....


Ambik kau 3 bijik sekali beli kek kat S.R
Maklum la staff ramai
Mane boleh beli se bijik
Ni pun beli yang lain untuk bos bawak balik rumah
Ni ulang tahun die yang ke 24x2 yer.....
(kau orang kira sendiri la ek)
24 tu nampak tak de la terlalu tua sangat
hi...hi...hi.....


Sorry la ek pic kecik banyok....
Akhir sekali
Ucapan....
Semoga murah rezeki & panjang umur yer bos....
Amin..................

Gua Kecewa Lagi.....



Lambat betul bersiaran untuk ari ni
Semalam tak bersiaran...
Gua dah naik sedih ni 
Harapan nak buat koleksi gelas Mcd 
Akhirnyer tidak berjaya jugak
Ni dah 3 kali gua gagal tau....
Dapat kumpul 6 gelas
Tapi warna serupa la
Gua gagal warna hijau limau nipis
Ala...yang 2nd last
Yang last pulak dapat 2
Warna hijau la tu....



Sedih sangat-sangat
Ke ade rakan-rakan blogger nak tukar gelas gan gua
hi...hi...hi....
Kalau nak tukar best gak
Nampak gaya lepas ni kene la puase Mcd yer
Sebab dah banyak makan kat Mcd semenjak dua menjak ni
Nanti jemu tak best lak
Ape-ape pun tak lupe untuk ucapkan tahniah
Buat skuad Terengganu yang menjuarai Piala F.A semalam....

Thursday, June 9, 2011

Big Apple @ K Terengganu

Salam kembali bersiaran..... MMMuuaahhh untuk kalian semua. Ari ni dah 9 ari Big Apple buka cawangannyer kat Bandar Kuala Terengganu. Bertempat di tingkat atas pasaraya Giant... Naik jer atas kau orang boleh terpacak nampak Big Apple.Ala... Mase duk sembang punyer sembang gan budak opis. Die orang cakap Big Apple tak akan ramai orang. 1 minggu jer orang telah mengiler. Lepas pada tu ok la.Maklum la donut antara golongan makanan yang tidak mengenyangkan.Buat minum petang jer. Ok la aku percaya. Bukan ape aku dah pernah kene mase Mcd baru buka kat bandar K.T ni. Mak datuk... Serik giler aku dibuatnyer. Ramai siot orang. Aku tak tahu berape jam aku terpakse terpacak nak oder makanan.Sampai mase tu aku jumpe anak bos aku (tempat kerja lama) dengan bos & wifenyer sekali. Die pun naik penat nak beratur untuk oder makanan. Nak dijadikan cerita anak bos datang kat opis aku ajak la die g Mcd. Tobat die nak g lagi. Budak kecik pun tau penat. Sah kan orang dewase macam kite ni.

Oooo.... Yer berbalik citer asal. Aku sebenarnyer pengalaman kat Mcd berulang lagi. Dah serik giler wei... Demi mendengar nasihat budak-budak opis ku, ku melangkah jua la lepas balik keje tadi. Naik jer tingkat atas. Terkejut berok aku lihat orang kat Big Apple. Mak aik macam mane boleh lenggang jer. Nape ngan kau orang rakyat Ganu. Tak makan donut ke??? Ha...ha...ha.... Kau orang tengok la pic yang disnap oleh ku tadi.




Ha...ha...ha... Indah kabar dari rupe yer. Elah makanan pencuci mulut la. Ape la. Orang tetap ramai wei... Ni ade lagi tak masuk dalam pic yang telah berjaya disnap oleh ku. Nak beratur berape lame pun aku tak tahu. Sorry la... Aku malas nak beratur lame-lame. Bukan Big Apple buka se ari dua. Nanti 2,3 bulan ok la tu. Baru keadaan kembali normal. Ni tak normal lagi. Orang Ganu tengah giler duk merase donut. Tanpa berpikir panjang. Aku pun pergi la kedai kat depan Big Apple. Kau orang tau kedai ape. jeng...jeng...jeng.... ya itu KFC. Aku beli ni jer....



Burger colenel (betul ke tak ni), Wages gan air Milo. Cukup la untuk alas perut ku telah menyanyi lagu Dadali - Di saat aku mencintai mu. ha...ha...ha....


Kat cni ade nak citer pasal Big Apple. Cerita ni telah diceritakan oleh kakak ku sendiri. Mungkin sebab die pergi mase pembukaan Big Apple die telah mendapat kupon free donut 6 bijik gan 1 bijik. Mungkin die dah set ari gan mase ape yang kite kene g ambik donut tu. So akak aku pergi la. Die boleh cakap dah abis. Alamak macam mane boleh abis. Maksudnyer kupon tu dah tak boleh pakai. Mungkin la die punyer pengurus die yang terangkan. Kau orang nak tahu pukul berape donut free boleh ambik. Kul 11.00  pagi tau. Pengurus die cakap dari pukul 7.00 pagi orang dah beratur. Alamak bersemangatnyer nak  donut free. Kau orang tahu berape meter die orang beratur nak dapat donut free. kalau kau orang ganu mesti tahu. Dari Kedai Big Apple sampai kat Kedai Pizza Hut tau. Ala... Tak panjang pun. Ade dalam 40 hingga 50 meter jer. Ape kau kate tak panjang. Kalau aku tobat rela aku beli.Pengurus tu kate beratur macam ular kene palu (pukul). Punyer panjang giler. ha...ha...ha... Kalau aku memang tak sanggup.

Dah tu akak aku ambik keputusan nak beli jer donut tu. Kupon pun tak boleh pakai. Yang 6 gan 1 bijik donut pun tak boleh. Yang nakalnyer mase akak aku oder donut, die pun oder sekali dengan air blen. Die cakap semua orang kat ctu pandang die. Mungkin pelik kot. Mungkin la kedai Big Apple bagi die orang ni hanyer menjual donut semata-mata. Tak de bende lain di jual. Jakun ke orang Ganu ni. hi...hi...hi... maaf  kalau terase. Tapi bagi family kite orang dah biase makan donut kat Big Apple ni. Sebab kalau balik Kg kat Kelantan memang kite orang akan terjah kat Tesco. Kadang-kadang saje g Tesco semata-mata nak g beli donut sahaja. Tapi yang gilernyer kalau terase nak makan sangat kite orang rela g Mesra Mall Kemaman semata-mata kerana donut. Tu yang aku boleh bersabar nak mam donut ni. Kalau tak mesti aku dah beratur same gan die orang tadi.

Menternak Lemak

Ni kisah pada ari Sabtu 2 minggu lepas. Ape citer dah basi.... Tak kira nak citer gak. Biase kalau ari minggu gua gan anak- anak akan pulang rumah mak. Nak dijadikan cerita mak nak g kenduri kawin. Mintak la tolong jage kedai runcitnyer. Tak pe anaknyer tak kisah. Bukan selalu dapat tolong mak ayah ni. Maklum la duk rumah asing-asing. Mak punyer la baik tinggal kat kite orang ( sebab anak-anak buah ade gak lepak kat kedai) Tu yang jadi kite orang tu. hi...hi...hi... Tinggal kan 1 periuk sup tulang. yum...yum.... Best siot.Ape lagi suka suki la kite orang duk kedai. Kedai siap ade astro lagi. Ape nak diboringkan. so ape lagi kite kerjakan ia.....



Jom mam ice-krim, sedap betul menternak lemak. Bantai sampai nak licin. Suka yer. Sebab bukan selalu dapat makan ramai-ramai ni.

Ape dah jadi kat sup tulang tak kan nak tengok saje kot. Harap maaf tak de makne nak tengok saje....



Sedapnyer..... Bantai sup tulang sampai 2 mangkuk. Ape punyer berut la. Makan sup, ice-krim dengan roti. Roti pun nak habis sampai 1 buku. ha...ha...ha.... sukanyer kau orang ek.... Makan jer kejenyer. Kedai macam mane tunggang terbalik ke??? Eh.... ok ape. Don't worry mymum. semuanyer ok.

Ape lagi jom la jadi macam gua. Ari minggu jer kerja menternak lemak. Kerja buat tapi tak penat pun.....

Wednesday, June 8, 2011

Ari Yang Siot

Salam untuk semua rakan blogger
Entah macam mane ari ni malang sungguh bagi gua
Macam mane lah boleh tertinggal berokband ari ni
Kan senang kalau semalam awal-awal letak jer dalam hangbag
Pagi ni tak de la aku lupe
Dah la tak boleh nak terjah blog rakan-rakan blogger
Hu...hu...hu.....
Kene puase la ari ni 
Nanti malam kite jumpe ek
Ni intenet sampai kul 9.00 pagi jer
Bukan ape malas nak mintak acses jer
Jangan lupe kite jumpe malam ni ek...



Tuesday, June 7, 2011

Ade Bran????

Salam....
Mood dah ok ckit
Dah tiba mase nak update blog kesayangan ku ni
Semalam pun ade gak budak opis tanyer
"ari ni datang keje tak bawak mood ke"
"aku cakap tinggal kat rumah jer"
Kwang...kwang...kwang......
Sementara idea tengah datang dengan tiba-tiba ni
Baik aku melayang blog lu.....
Anda ade berani macam ni???
Macam mane ek....
jeng...jeng...jeng....



Tengok la cara anak ku ni main skyboard
Ade berani macam ni....
Entah sape mengajar die main dengan cara ni
Pic ni telah disnap oleh sepupunyer


Ni pun dah pernah tersungkur sekali
Tapi mane la ade istilah serik
Main lagi....dan main lagi.....
Berani sungguh die main skyboard dengan cara ini
Aku pun naik hairan
Jadi jer die punyer idea
Die tengok orang main die nak main gak
Orang berdiri die buat macam buaya
ha...ha...ha....
Nakal sungguh anak ku yang sorang ni

Monday, June 6, 2011

Kepingan ABC

Salam untuk semua....
Dalam aku duk bersedih
Ade pulak insan yang memenuhi hasrat ku
Dah lame ku pendam hasrat nak minum ABC
Terima kacih kat Kak Yezz ek...
Sebab belanjer ABC tadi
Dah lame mencari ABC
Baru ari ni jumpe tau
G pasar malam tak de
Nak g kedai malas sebab sebatang kara
Ari ni lepas gak hajat di ati
hi...hi...hi....
Walau pun tengah bersedih
Berduka, entah ape-ape tah...

Pic ihsan dari cik abg google

Sedap....sedap...sedap.....
Dikesempatan ni nak ucapkan
Terima kasih banyak kat semua rakan-rakan bloger
Yang banyak memberi pandang serta pendapat
Terima kasih banyak-banyak yer.....

Salah Kah Kite....

Salam...
Nape aku tak tahu aku begitu sedih
Sejak semalam....
Meratapi hari yang suram dalam hidup aku
Nak tanyer pendapat bloger-bloger sekalian
Salahkah kite mintak perpisahan
Jika itu jalan yang lebih baik untuk kite lalui
Tak gembira bile hidup bersama
Sedih memanjang
Kasih sayang tiada lagi
Apekah ade jalan lain 
Untuk mengharugi semua ini
Kesedihan yang cukup memeritkan
Kejam kah aku????




Thursday, June 2, 2011

Nian Di Hati

Tajuk pun dah serupe dengan tajuk lagu Siti Nurhaliza.hi..hi...hi.... Suka gak bace novel ni dalam mase 1 ari boleh abiskan bacaan. Alah ari cuti boleh la.Cuba ari keje. Tak de maknenyer....



Citernyer memang best. Tak rugi kalau beli. Seperti biase ini sinopsisnyer (kat belakang kulit ek...)

Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka. Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah,dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak putus-putus mahu melihat Arif dan Amy menderita dan terpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar menikmati erti bahagia.

Banyak yang telah aku pelajari setelah tamak membaca buku ini. Jangan kita membuli anak yatim. Senang-senangkan la kite tolong menolong seupaya serta semampu kite. Insyaallah susah mane pun kite akan hadapi akan ade jalan penyelesaiannye. Jangan la kite zalim menzalimi sesame manusia. Jangan ingat kite banyak duit kita boleh buat ape yang kite suka. Ingat bukan semua boleh dibeli dengan wang ringgit.

Popular Posts