Jom Klik

Tuesday, September 27, 2011

Kisah Duka #2

Salam untuk semua..... Hari ni PR lambat ckit bersiaran seperti cerita semalam. Ari ni PR pergi mahkamah syariah. Alhamdullilah syukur ape yang dihajati tuhan permudahkan. Mungkin berkat doa rakan-rakan yang tahu kisah duka ini. Terima kasih semua yang terlibat. Susah senang PR kau orang ade bersama. Yang bersusah payah semasa PR menerima rawatan kat hospital. Terima kasih yer.... Budi dan jasa kalian tak akan PR lupakan. Begitu juga dengan yang bagi dorongan serta kekuatan untuk menemuhi semua dugaan ni. Terima kasih berbanyak-banyak yer.


Tuntutan nafkah anak pun dah selesai. Cuma matlamat untuk sekarang ialah perhatian untuk anak-anak yang kami penting sangat. Cuma hal yang belum selesai pasal pembatalan nama beliau kat geran rumah kite orang yang pernah beli bersama. Kalau tak ade aral ari khamis ni boleh tahu. Ramai yang nak tahu kan. PR akan bagi seberapa banyak tips serta panduan. Kerana PR jugak ade pengalaman bekerja kat pemaju perumahan. Segala pertanyaan akan dijawab dengan semampu yang boleh. Salam sayang tuk semua ek....

Monday, September 26, 2011

Kisah Duka #1

Salam.... Dah lama PR tak mengupdate blog kesayangan. Banyak betul la kejadian yang tidak diingini yang berlaku. Tapi PR terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ade hikmah ape yang terjadi. Kite tidak tahu. So PR hanya tawakal kepada NYE.. PR tak mau cerita terlalu terperinci ape yang terjadi. PR jugak nak menjaga ati kedua-dua belah pihak.

Sebenarnye PR mintak perpisahan. Alasannye tak perlu la dicerita sangat. PR ingin menyatakan kami memang tiada persefahaman. Maaf yer... Setelah lame difikirkan. Ini keputusan PR ambik. Walau pun tahu. Perpisahan kami ini tidak akan menyelesaikan masalah. Tetapi sekurang-kurangyer masalah kami hadapi akan berkurangan.

Ari ni PR g hospital tuk cheak up idung yang patah. Esok la nak g mahkamah syariah. Harap-harap semuanyer berjalan dengan lancar.

Monday, September 12, 2011

Maaf....

Salam.... Mintak maaf la banyak-banyak kerana sudah lame tidak mengupdate blog kesayangan ini. Banyak jugak la sarang labah-labah dah hinggap kat blog PR ni. Sorry ek... Bukan ape PR cbuk cecangat nak selesaikan masalah peribadi yang melanda. Mane nak g bank lagi. Tu pun nak mengre-finance balik loan rumah. Nak jumpe dengan peguam lagi. Tu pun pasal rumah jugak. Tapi harap-harap sangat la dengan ape kesusahan PR lalui ari ni. Permudahkan perjalanan PR dengan anak-anak dikemudian hari. PR mintak doa ikhlas dari kalian semua ek. Mungkin PR akan slow untuk bersiaran. Tidak cerancak dulu. Mungkin selepas 20hb ini PR akan kembali aktif seperti dulu. Doakan yer semuanyer akan selamat yer. Nanti PR akan cerita hal sebenarnye. Walau pun jawapan no komen dari PR. Salam untuk semua yer.....

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #9







Semoga Semuanye Selamat Dan Terbaik

Salam... 
Lambat betul bersiaran ari ini
Bukan ape
Ari ni PR ambik cuti separuh ari
Menyelesaikan kes yang sekian lame tertangguh
Diharap ini keputusan yang terbaik yang PR buat dalam hidup
Diharap jugak semuanya akan selamat selesai pada masa akan datang
Walau pun berat nak membuat keputusan
Akhirnya PR memberanikan diri 
Biarlah orang nak mengata atau mengeji
PR akan terima dengan ati yang terbuka
PR mengharap kalian akan mendoakan yang terbaik untuk PR

Mood: Eppy macam lepas dari penjara (mood kejam)

Tuesday, September 6, 2011

Kisah Raya # 2

NI sambungan n3 ni. PR sengaja buat baju tema untuk rayer 2 ari gitu. Ari lepas rayer ke 2 suka ati punyer kaler. hi...hi...hi... Tak tahu la kenapa selalu sangat suka buat baju kosong bile tibe time rayer. Ta'un lepas warna hijau lumut.  Ta'un sebelum tu warna coklat. Dan ta'un ni warna yang berkenan di ati jatuh kepada warna puple. hu...hu...hu....




Cantik tak.... Pada rayer yang ke 2. PR gan anak-anak pergi beraya di rumah pakcik gan makcik. Mak ai.... Banyak betul la menu die orang. Saje jer kau orang nak naikkan KG PR ek. Kenapa la makcik-makcik PR ni pandai masak. Manjakan PR siap tanyer nak makan ape. Ok siap. Rumah mak cik gan pak cik pulak dekat-dekat. Nak snap pic sorry tak sempat. Sebab cbuk lagi nak makan. ha...ha...ha.... Kejam tak??? Tak kan.. Biase la time rayer jer cbuk makan aje. Ta'un ni dapat la menjamah (menjamah ke hu...hu...hu....) nasi dagang kelantan, ketupat manis (tapi sayang ketupat yang ade serunding tak dapat la) Lontong, rendang, ketupat nasi, eh banyak lagi la. Makanan la semua memenuhi selera PR. (tambah la KG PR nanti).  Kwang...kwang....kwang.....

Pada rayer ke tiga kat rumah nenek ade makan daging kambing (sowi jugak tak sempat nak snap pic). Makan-makan untuk anak, cucu cicit nenek ajer... Orang lain tidak di jemput. Tapi tak de la kejam sangat. Kalau ade orang datang tu pelawa la jugak. Yang best rayer kat Kelantan sebab saudara ramai la. Adik beradik mak aje dah 13 orang tu belum masuk sepupu yang tak tahu berape tim (entah betul ke tidak hi...hi...hi....) bola sepak. Belum masuk lagi cicit-cicit nenek. ha...ha...ha... Family tersangat la besou. Tahun ni tak de BBQ pun sebab dah ganti dengan makan kambing tadi.

Jom layan pic yang sempat snap....







Nota kaki: Makan jangan tak makan....

Kisah Raya # 1

Salam.... Ari ni baru kisah bermula nak update kembali blog kesayangan PR ni. Nak buat macam mane ari ni baru terjumpa kabel. hi...hi...hi.... Kan tak boleh nak upload pic raye. Mesti kau orang tak sabar nak tengokkan (mood perasan abis). Tahun ni PR boleh pulang beraye kat kampung iaitu kat Pasir Putih Kelantan (macam jauh sangat). Tapi sebab dah ade keluarga ni payah la nak pulang beraya di kampung. Bukan selalu kite dapat berjumpa dengan sanak saudara ni. Tapi terkilan la jugak sebab ingat dapat berpuasa kat caner walau pun 1 ari. Mmm.... Dengan masalah baju yang baru dapat ambik ari isnin tak de maknenyer la PR dapat berbuka puase kat kampung. hu...hu...hu.... Sungguh sadis sekali. 

Ha...ha...ha... Di pagi raye baru la PR bertolak balik ke kampung. Tu pun banyak tempat di singgah oleh kami. hi...hi...hi... 7 perhentian tau tak. Sampai rumah akak kat Jertih. Tempat paling last singgah sebelum sampai kat kampung. Akak ofer kat twin ice cream tau. Ni hari ni dalam sejarah. Twin tak mahu makan ice cream. ha...ha...ha.... Biase kalau sikakak satu. Si lelaki dua tau. Tapi ari tu langsung tak mahu. Sebab dah kenyang sangat kot. 

Kau orang nak tahu warna tema kite orang ta'un ni....


ha.... Cantik tak? Kompem cantik kan. Walau kat tangan tak berape nak siap. Boleh la caber yang tak siap tu. Yang penting songkok si lelaki tu memang songkok pinjam. Sebab malas nak beli, die bukan pakai sangat pun. Wat bazir wit jer.




Ni pulak wakil jer dari family masing-masing. Yang pink kaler tu abang PR punyer family. Yang kaler biru tu akak PR yang no 2 punyer family. yang pelik tu iaitu warna puple tu (ala gegerl yang sorang tu) family abang PR yang sorang gak. Sebab akak ipar PR kejam die ingat die beli baju warna pink kat anak pempuan die yang sorang ni. Pergi ambik kat tukang jahit rupernyer kaler puple. hu...hu...hu.... sungguh kejam akak ipar PR rupanyer. Dah la anak pempuan sorang jer.

Nota kaki: banyak makan mase rayer sekarang waktu nak diet lak. hu...hu...hu....

Sunday, September 4, 2011

Kembali Sudah

Salam untuk semua... 
Setelah lame bercuti. 
Ari ni PR akan kembali bersiaran seperti biasa. 
Ahaks...
Sedap beno yer dapat cuti berhari raya. 
Dapat pulak tahun ni balik kampung kat Kelate
Best sesangat 
Balik rayer 5 ari rase tak cukup la pulak
Nanti selepas PR edit semua pic rayer
PR akan tonton untuk kalian semua...
Sekian...

Nota kaki: Ari ni keje tapi tak de mood lagi. Dah puas seru tapi masih tak datang. hu...hu...hu....

Popular Posts