Jom Klik

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012




Ni mungkin n3 terakhir tahun 2011. Selamat tahun baru untuk semua yer.... Ape azam baru kau orang semperna tahun baru ni??? PR punyer bawak la azam tahun 2011 yang belum tertunai tu ke tahun 2012. Can ne ok gak kan??? 

Dan yang paling penting dah tak mahu citer semua kisah duka di zaman 2011. OK.... So jangan tanyer. Sebab terlalu banyak duka berbanding suka. 

Di ucapkan semoga idup kalian lebih gembira pada tahun 2012. Kurangkan kesedihan lebihkan kegembiraan tau. Capaikan lah azam yang belum tertunai sebelum tunaikan azam baru. hi....hi...hi....


SELAMAT TAHUN BARU 2012 UNTUK SEMUA

Thursday, December 29, 2011

Di Mana Syurgamu Wahai Suami?

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.
Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)
Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia
“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”

Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.

Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.

Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?
Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.

Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

 Sumber: SINI

Tolong Cermin Diri

Salam....

Kite buka n3 melepaskan perasaan & .......

* Ello.... Sape hutang dengan sape ek.

* Aku tak pernah berhutang dengan kau la

* Jangan ingat family kau tak tahu ape yang sedang berlaku sekarang ni

* Ingat tuhan mengetahui sape yang betul & siapa yang salah

* Bertaubat la sebelum terlambat

* Tak kesian ke kat family kau yang menagisi perbuatan kau tu

* Kau tak malu ke????

* Jangan ingat kau akan hidup senang dengan menjadi KAKI PENIPU PEREMPUAAN

* Kesihan sangat kat mak ayah kau yang ade anak seperti mu ini

* Ya allah ampunkan lah dosa hamba mu yang sedang menggangu kehidupan ku sekarang ni. AMIN...............

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday @ 28/12/2011

Apekah perasaan anda tetiba jer dapat mesej macam ni???


Nota kecik: Termenung ku seketika. Sape yang utang sape ek???? Orang yang hantar sms ni memang sengal tak de akal...


Genap Setahun

Salam.....
Ari ni genap setahun dikau meniggalkan kami semua
Rase kejap jer mase berlalu
Semoga roh diberkati olehNYER
Semoga di tempatkan bersama-sama orang yang beriman
Al-Fatihah untuk KARTINI MAT NASIR
Gurau senda mu masih segar di ingatan
Senyum tawa mu tak akan lekang dari ingatan
Susah senang kite bersama
Kau tak akan aku lupakan

Tuesday, December 27, 2011

Perhatian #2

Ingat tak pasal n3 Perhatian
Tentu ingat kan....
Di atas permintaan ramai
PR ingin meletakkan Pic
Seorang kasanova
Seorang Pengikis duit perempuan
Seorang yang penipu
Dan ape-ape lagi la



Hati-hati dengan manusia ini
Die memang licik menipu 



Selamat Datang


Semalan ucap selamat tinggal
Pagi ni pulak ucap selamat datang
Kepada shoutbox baru
Sebab yang ni free ajer
Yang lame tu nanti kene bayar
hi...hi...hi....
Ade la buat perubahan ckit kat blog Pena Rozie




Macam mane???
Ok ke tak.....
Kalau tak ok sila tinggal komen yer


Selamat Tinggal



Dah tiba masenyer kau ku delete
Tu pun ade yang mengingati
Kalau tak mesti dah lupe
Tak pe tempat kamu akan di ganti oleh orang lain
Kau boleh ambik pencen
hi...hi...hi....

Monday, December 26, 2011

Perhatian

Kepada semua rakan-rakan bloger. Di sini PR ingin memberitahu satu berita yang mengemparkan. hi...hi...hi...
Kepada sesiapa yang pernah atau teradd HISHAM WAHAB di FB. Diminta remove die seberape segera. Bukan ape die tu seorang kasanova. Ingat saje-saje ke PR buat n3 KASANOVA STACY ari ni. Die tu pandai jerat perempuan. Kaki penipu tau tak. Jangan sesekali termakan pujuk rayu die. Die memang kaki kencing. Mengikut maklumat die ni mengaku sebagai polis trafik KL. Mesti tinggal kat KL kan.... Nak Pic ke?? Kalau ade permintaakn akan PR upload kan..... 

Sekian.....

Sila berhati-hati dengan orang ini.

Kasanova - Stacy



Lirik Lagu Kasanova – Stacy

 

Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak
Lemah lembut bicara

Semakin ku buka hati
Semakin buka mata

Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya
Kini ku tak mahu

Di tipu dengan si pencabul kalbu
Mula-mula kubenar-benar nak bercinta

Dengan iya-iya
Tapi lama-lama belangnya keluar

Rupa-rupanya jahatnya suka-suka
Ditawan dengan (kasanova)

Sumandak digoda (kasanova)
Ditawan dengan (kasanova)

Sumandak digoda (kasanova)
Dahulunya aku permaisuri

Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah

Banyak lagi yang lain
Sia-sia aku setia

Akhirnya harapan hancur
Cukup sampai sini saja

Percayakan romeo
Kini ku tak mahu

Di tipu dengan si pencabul kalbu
Mula-mula kubenar-benar nak bercinta

Dengan iya-iya
Tapi lama-lama belangnya keluar

Rupa rupanya jahatnya suka suka
Ditawan dengan (kasanova)

Sumandak digoda (kasanova)
Ditawan dengan (kasanova)

Sumandak digoda (kasanova)
Kini ku tak mahu

Di tipu dengan si pencabul kalbu
Mula-mula ku benar-benar nak bercinta

Dengan iya-iya
Tapi lama-lama belangnya keluar

Rupa rupanya jahatnya suka-suka
Ditawan dengan (kasanova)

Sumandak digoda (kasanova)
Ditawan dengan (kasanova)
Sumandak digoda (kasanova)

Nota kecik: macam mane ek muka tak encem jadi kasanova. Kalau encem tak tau jadi ape....

 

Thursday, December 22, 2011

Mengasah Kapak

Alkisah ada seorang penebang pokok yang sangat kuat. Dia baru mendapat kerja dari seorang tauke balak.
Majikan memberikan sebuah kapak dan menunjukkan area kerjanya.

Hari pertama penebang pokok berjaya menebang 18 batang pokok. Majikan gembira dan berkata, “Bagus, bekerjalah seperti itu!” Oleh kerana termotivasi oleh pujian majikannya, keesokan hari penebang pokok bekerja dengan lebih kuat lagi, tetapi dia hanya berjaya menebang 15 batang pokok.

Hari ketiga dia bekerja dengan lebih kuat lagi, tetapi hanya berjaya menebang 10 batang pokok. Hari-hari berikutnya pokok yang berjaya dirobohkannya makin berkurangan. “Aku mungkin telah kehilangan kekuatanku”, fikir penebang pokok tadi.

Dia menemui majikannya dan meminta maaf, sambil mengatakan dia senditi tidak tahu apa yang terjadi.
“Bila kali terakhir kau mengasah kapak?” majikan bertanya. “Mengasah kapak? Saya tidak ada masa untuk mengasah kapak. Saya sangat sibuk mengapak pokok,” katanya.

Moral:
Kehidupan kita sama seperti itu. Seringkali kita sangat sibuk sehingga tidak mempunyai waktu untuk mengasah kapak. “Di masa sekarang ini, ramai orang lebih sibuk dari sebelumnya, tetapi mereka lebih tidak berbahagia dari sebelumnya.” Mengapa? Mungkinkah kita telah lupa bagaimana caranya untuk tetap tajam?

Tidak salah dengan aktiviti dan kerja keras. Tetapi tidaklah seharusnya kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan perkara-perkara yang sebenarnya sangat penting dalam hidup, seperti kehidupan peribadi, menyediakan masa untuk membaca,masa untuk keluarga dan lain sebagainya. Kita semua memerlukan waktu untuk berehat, untuk berfikir dan merenung dan untuk belajar

Bila kita tidak mempunyai waktu untuk mengasah kapak, kapak kita akan tumpul dan kurang efektif. Jadi mulai dari sekarang, fikirkanlah cara bekerja yang lebih efektif dan menambahkan banyak nilai ke dalamnya.

Tuesday, December 20, 2011

#%&$*@$#&$^*&^@#!

* Aku memang jahat

* Aku memang tak ikhlas

* Aku memang mate duitan

* Aku memang suka menyusahkan orang

* Aku memang penting diri sendiri

* Aku tak pikir perasaan orang lain

* Aku nak sendirian tinggalkan aku sendiri


Nota kecik: Lepas perasaan ke ape ni. hi...hi...hi....

Bile Air Tak De

Semalam yang cukup hangin
Tak tau la kenape
Balik jer rumah air tak de
Cheak punyer cheak
Ke aku tak bayar bil air
Memang pun 
ha...ha...ha.....
Bukan banyak pun baru 14 hinggit ajer
Tu pun 3 bulan 
Dah kira jimat bil air kadang-kadang 4 hinggit
Kadang-kadang 5 hinggit
Ku kuatkan semangat tepon SATU
Takut la jugak rumah PR sorang ajer yang tak de air
Rupe-rupenyer logi air ade masalah
Bekalan letrik rupenyer terputus
Air dalam logi dah kering
Jawapan yang tepat makan kedai ajer la
Segala lauk basah yang dibeli 
SILA MASUK DALAM PETI SEJUK YER
Dah siap makan....
Alhamdullilah air kembali menjana misi die di rumah
Sanbung balik kerja

Nota kecik: nak tunggu bile tah nak bayar bil air. Dah la bil letrik dah masuk bulan ke 3 tak kene bayaran

Monday, December 19, 2011

Syukur Alhamdullilah

Sampai ke nak balik keje PR tunggu email dari MD. Tapi tak kunjung tiba juga. Akhirnyer MY BOS (akauntan) edarkan semua slip gaji pekerja. Ramai jugak lah yang memujuk PR supaya pergi ambik slip gaji. Bukan ape sebenarnyer. MY BOS bagi slip gaji dari bulan 10 hingga 12 punyer lol.... Dalam slip gaji bulan 12 tu terdapat bonus... Kau orang dapat berape ek??? Tu ajer soalan yang terkeluar. ha...ha...ha.... Tapi yang keluar dari bilik MY BOS semuanyer tersenyum lebar. Banyak la tu dapat bonus. 


Yang PR punyer sepecel la ckit. MY BOS datang hantar kat meje lagi. hi...hi...hi.... Segan la pulak yer. Tapi PR tak mengharapkan ape-ape pun. Bersyukur lah dengan ape yang opis bagi. Tapi bila buka ajer slip gaji yang MY BOS bagi... Ya Allah... Syukur sangat-sangat. Tak sangka dapat banyak ni. Alhamdullilah.... Memang banyak la dapat. Tak terpikir pun dapat banyak tu. Campur pulak dengan gaji yang diterima. Tak tau lah nak kate ape. Yang utama terima kasih kat bos yang begitu baik ati. Sanggup bagi bonus yang begitu tinggi. Tak tercapai di akal nak terpikir akan dapat banyak tu. Terima kasih yer... Janji dari seorang pekerja akan lebih tekun menjalankan kerja. 

Tapi tahun ni memang murah sangat rezeki dari opis.

* Family Day

* Dinar Emas

* Duit poket g family day

* Duit rayer

* Ape-ape jer la dari opis

Yang penting terima kasih harap-harap tahun depan dapat lagi.

Ulang Tahun Pertama




Salam untuk semua... Pejam celik...Pejam celik rupanyer ari ni dah genap satu tahun Pena Rozie bersiaran. Walau pun ari ni sibuk mengalahkan Ben 10. PR curi-curi mase untuk menulis sekejap. 

Nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada :-

* Semua follower yang sudi follow blog Pena Rozie yang tak seberape ni
* Semua pengomen-pengomen
* Semua yang sudi singgah di blog Pena Rozie
* Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung (hi...hi..hi... rase macam dapat anugerah kejap)
PR ingin meminta maaf kerana tidak dapat berkunjung ke blog teman-teman sejak dua menjak ini. Bukan ape kerja kat opis banyak tau. Tak sempat nak mencuri mase lebih lame untuk buat kunjungan balas ke blog teman-teman. 




Follower Blog PR
Tunggu perubahan pada blog Pena Rozie. hi...hi...hi... diharap akan bertambah kunjungan dari teman-teman semua.

Nota kecik: Berdebar menunggu email dari MD. Nak tau. Kene tunggu........


Sunday, December 18, 2011

JPA Sahkan Elaun, Skim Gred Dikaji Semula Secara Peringkat Mulai 2012

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah mengesahkan pihaknya akan mengkaji semula elaun dan pelarasan gaji secara berperingkat mulai tahun depan susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Bagaimanapun katanya, pelaksanaan cadangan kajian itu akan bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan kelak.

SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

“Kita ada carta tindakan. Oleh itu kita akan kaji satu persatu mulai tahun depan selepas pelaksanaan SBPA,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Ya, mengikut jadual kerja, kami akan memulakan kajian pada tahun depan. Sekarang kita tumpu pada SBPA dulu. “Bagaimanapun pelaksanaan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan, JPA akan berikan cadangan kepada kerajaan dan terserah kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

“Begitu juga kajian semula skim gred dan pelarasan gaji kemudian, ekoran pelaksanaan SBPA,” kata beliau lagi.

Abu Bakar (gambar) berkata kajian semula perkara-perkara berkenaan akan dijalankan secara berterusan untuk menambahbaiki sistem saraan melibatkan kakitangan awam.

Awal minggu ini, The Malaysian Insider membawa laporan memetik kesatuan gabungan Cuepacs berkata, kajian semula elaun dan pelarasan gaji kakitangan awam dijangka dilakukan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013 dan 2014 susulan pelaksanaan SBPA.

The Malaysian Insider difahamkan kerajaan meletakkan sasaran dua tahun itu masing-masing bagi mengkaji semula lebih 100 jenis elaun melibatkan 1.4 juta kakitangan awam dan kemudian pelarasan gaji mengambil kira keadaan semasa.

“Mengikut maklumat yang kami terima, yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam semasa taklimat SBPA baru-baru ini, kerajaan mahu melaksanakan satu persatu, di mana tahun ini kajian semula sistem saraan baru, daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA.

“Kemudian tahun depan, kami iaitu Cuepacs dan JPA akan meneliti soal keperluan mengkaji semula elaun-elaun yang ada, yang diterima oleh kakitangan awam, dan kemudian pelarasan tahun pada 2014,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan.

NUTP merupakan antara kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs. Setiausaha Agungnya juga merupakan setiausaha agung Cuepacs.

Jika kajian yang akan dilakukan pada tahun depan mendapati sesuai dan perlunya elaun-elaun yang diterima kakitangan awam diubah dan dinaikkan selari dengan SBPA, kata Hashim, perkara itu akan dilakukan pada 2013.

“Begitu juga dengan pelarasan gaji, kajian semula akan dimulakan pada tahun 2013, dan jika ada keperluan, maka pelarasan  gaji akan dibuat pada 2014,” katanya.

Semasa sidang media sempena pelancaran SBPA pada 7 Disember lalu, Abu Bakar berkata, SBPA yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2012 hanya melibatkan semakan gaji, bukannya pelarasan gaji.

Di bawah SBPA, kerajaan memperkenalkan sistem gaji sebaris berbanding tiga baris di bawah SSM.
Pengenalan SBPA melibatkan kenaikan kos hampir RM2 bilion.

Malah ia juga tidak melibatkan sebarang perubahan dalam elaun-elaun diterima, khususnya elaun kos sara hidup, elaun perumahan dan elaun keraian.

Selain itu ada sekitar 170 jenis elaun dinikmati oleh kakitangan awam mengikut gred dan skim masing-masing.
Pekeliling pelaksanaan SBPA menyebut bahawa prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran imbuhan tetap yang berkuat kuasa dikekalkan di bawah SBPA.

Mengikut pekeliling itu, terdapat 119 jenis elaun dibayar kepada kakitangan awam kategori umum manakala perkhidmatan pendidikan pula menawarkan 37 jenis elaun.

Menurut SBPA, pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan perkhidmatan awam secara tersusun.

Ia menekankan aspek pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi.

Sumber : SINI

Friday, December 16, 2011

Alamak Toyol


Ari ni ari minggu. Lepas operasi mengemas rumah,basuh baju dan segala-galanyer yang tergendaler pada ari bekerja. Yahoo .... ade mase untuk melayan movie yang dah banyak kat ext. Dapat la melayan 1 movie dari tak de langsung. hi...hi....hi....

Ari ni rase nak melayan alamak toyol la. Nak melayan ombak rindu. Ade lak yang lupa bawak copy citer tu. Ok la... Citer ni memang kelakar. Ketawa ajer kejenyer. Jom kite melayan sinopsis citer ni....

Alamak Toyol mengisahkan Pak Umar (Hamid Gurkha) yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh itu tersebut mengecop ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar.

Pada waktu yang sama, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) dua sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak, namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka.

Pak Umar bercadang mahu memberi toyol berkenaan pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol kemudian beralih arah dan ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul ‘barcode’ di dada kiri Fakhrul dan Kudin.

Thursday, December 15, 2011

10 Petanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber : SINI

Kisah Pemuda Dengan Orang Tua


Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata,
 "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya?

Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.

"Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.

Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?

SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR!

CIKAI BETUL!!"

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday @ 14/12/2011

Semakin meninggi bile tah nak menurun pulak. hu...hu...hu.....




Fuh....

Ari ni mencuri mase sedikit untuk men update blog ni. Kerja memang banyak sangat maklumla di hujung tahun ni. Nanti PR singgah kat blog kau orang yer.

Ni kisah malam semalam. PR ingat dalam 1 minggu kene jugak la buat kek untuk  si twin ni. Bukan ape die orang ni memang suka makan kek. Bahagian menghancurkan kek pun ade jugak. Bahagian tu kite serahkan kat en Aiman. Silap ari bulan jumpernyer pisau abis la kek tu die kerjakan oleh die. 




Ni la hasil kerja PR kek hawflakes kukus. Resepi ni PR cedok dalam blog Yaya Azura. hi...hi...hi.... memang sedap. Buat pulak dalam penuh warna warni.




Memang cantik kan. Yang penting Chef Malaysia kate sedap. Nak tau sape die. Tentu la si twin. ha....ha....ha... Bukan susah pun mendapat pujian dari chef Malaysia ni. Semua kek yang dibuat oleh mummy die semuanyer sedap. hi...hi...hi....

Nota kecik: oklah nak sambung keje ni

Monday, December 12, 2011

Kene Delete Ni....

Free service has to stop

Thanks for using ShoutMix for all these year. I have been providing free shoutboxes on the World Wide Web for over 7 years now. It wasn't long before I realized being 100% free is not sustainable. Just before ShoutMix's first birthday, it almost had to be closed.

ShoutMix has tried to work with the freemium business model ever since. Conversion rates were low with the first version. With the second version, things improved and I have had more paying customers. Fortunately people liked the service and started paying for more features.

With that in mind, the new third version was developed to make things better for free and paid users alike. It was developed with lots of feedback from users over the course of several years. Meanwhile my biggest goal remained: to improve conversion rate to keep things sustainable and profitable, all while making ShoutMix a really high quality product for everyone.

One of the most mentioned feedback was that the old free version was too restrictive. Others are less trivial, just make it better, more premium features, more powerful stuff, avatar support, real time push update, really good spam protection, support for really high traffic situations, etc.
Finally, in November 2011, the new version 3 was completed. It was launched successfully and very smoothly. It was a great moment.

During the first month since launch, the reception went really well. New sign ups are in the thousands daily. Just within a month, almost 50,000 users have signed up! Hundreds of thousands of messages posted. Over 10,000 users from Facebook. Generally, users loved the new version. The growth are massive.
So, what went bad?

The conversion rate did not go up. In fact it fell lower. Our stats show 99.93% of users either have no intention to upgrade or are just happy with our free service. Worst of all, some customers have actually stopped paying and switched to our free service! It may seems to be good news for everyone right now, but it is really bad news for all of us.

By offering too much with our free plan, we cannibalized our paid plans. Happy users did not make more paying customers. The projections are bad. Only 0.07% users are customers. These are the people who keep ShoutMix sustainable as a business. Business is the part making ShoutMix exists for everyone. If it keeps on going this way, ShoutMix will not be sustainable any more and will need to close down in the near future.
The freemium model is broken for us.

Some argued that ShoutMix can easily monetize its free service with ads. It has been tried, but the rates were terrible. Beautiful, unobstructive ads do not pay well for ShoutMix. We can probably do better with flashy popup ads, but no thank you. Our competitors do it with popup ads. But there is no way ShoutMix is going to commit such ugly sin.

ShoutMix is becoming more of a premium product. In fact it already has. ShoutMix is designed to be the best in the industry. With passion plus personal investments of time, money and labor of over 7 years, ShoutMix has outgrown the freemium model.

So where do we go from here?

I have two choices. One, allow ShoutMix to become unsustainable. This is bad news for everyone. The other choice is to stop our free service. It is becoming obvious that this is where ShoutMix should go. And so, ShoutMix is not going to be free any more.

Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan.

The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month.

Existing customers are unaffected by all these changes. In fact, ShoutMix is going to be really awesome for our current and future customers. Our focus will be to make paying customers extremely happy and they will get 100% of our resources. If you are one of our customers, things are just going to get a lot better for you.
ShoutMix has always been a product with great passion. It is just unfortunate that it did not work out as a free product. We all have to move on. And ShoutMix will continue to be the most affordable, high quality and premium live chat software that everyone can use and love.

Sunday, December 11, 2011

Belajar Dari Ari ni

Bermula ari ni bermula la dengan keidupan baru bagi en Aiman gan cik Aisyah. Minggu ni, minggu last sitwin duduk rumah pengasuh die. Minggu depan bermula la dengan kehidupan baru. PR telah daftar die orang kat taska. Senang la kate kan. Lagi pun tahun depan die orang dah masuk 4 tahun. Kene la belajar dari awal. Tinggal lagi seminggu nak meninggalkan rumah pengasuh. Ari ni PR telah mendera die orang supaya bangun awal. Mandi pagi, hi...hi....hi.... Selama ni sedap jer die orang tido yer. Sekarang kene lebih disiplin. Mandi kat rumah tau....




Tengok la muka die orang lepas mandi. Seorang cbuk duk main robot. Macam mane nak masuk tadika. Sampai rumah mama pengasuh en Aiman bawak robot die. Muka pun muka mengantuk lagi. Lepas die orang masuk taska senang la ckit. Kalau pengasuh die orang cuti PR memang ade masalah ckit. Nak hantar rumah Ma rase la jauh la pulak. Taska ni senang ajer. Kalau musim cuti sekolah masih lagi beroperasi. Yuran pendaftaran hanya RM 160 sahaja untuk seorang. Dapat la baju unifom, baju sukan, alatulis serta tabung (yang lain PR tak ingat hi...hi...hi...). Bayaran bulanan hanya RM 200 sebulan untuk tiap seorang. Tapi alhamdullilah PR dapat harga istimewa dati pihak taska ni. Taska beroperasi dari 8.00 pagi (boleh hantar awal la) hinggan 5.30 petang. pada ari Ahad hingga Khamis. Ari jumaat dan sabtu dah cuti. Cuti am mengikut cuti kerajaan yer....

Nota kecil: Harap-harap tak de masalah die orang di taska nanti

Soalan Yang Terjawab


* Untuk para suami dan jugak untuk para isteri ( yang masing-masing bekerja)
 #KEMUSYKILAN AGAMA#SUMBER JAKIM#
<Nafkah Suami kpd Isteri>

Soalan:

apakah maksud nafkah zahir bg seorg suami dan jika isteri bekerja adakah tidak layak seorang isteri untuk mendapat nafkah zahir..adakah nafkah zahir itu cuma memberi peblnjaan brg dapur dan mkn sahaja tidak termasuk ke keperluan peribadi??saya cuma ingin kepastian bg masalh sy ini

Jawapan:

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas soalan tersebut. Nafkah merupakan hak isteri yang merupakan tanggungjawab suami kepada si isteri. Antara nafkah itu adalah tempat tinggal, makan minum, pakaian, belanja rumah. Isteri berkerja bukan membuang terus tanggungjawab tersebut. Apabila si isteri berkerja, ia hanya sekadar merengankan beban si suami. Walaubagaimanapun nafkah zahir seperti tempat tinggal makan minum adalah merupakan kewajipan suami. Berkaitan perbelanjaan peribadi seperti perhiasan, kereta atau apa-apa sahaja yang dikira sebagai perbelanjaan kehendak ( bukan keperluan) maka tidak wajib bagi si suami itu menunaikannya kerana atas alasan kemampuan. Wallahua'lam

Family Day @ Tiara Bay #5

Sudah tiba mase untuk berangkat pulang pulak. Tapi sebelum tu kite orang singgah dulu di SOGO. Ape lagi shopping time lagi. Hi...hi....hi.... Sampai kat SOGO memang dah lewat. Sebab dipertengahan jalan ade kemalangan yang begitu terok sekali. Sampai kat SOGO dalam pukul 5 gitu. Hujan pulak tu. Mula-mula plan nak g jalan TAR pun tak jadi. 

Lepak la kat ctu sementara naik bas dalam pukul 9.30 malam sebelum bertolak pulang. Jom kite tertajah ape yang di beli oleh PR kat SOGO....


selimut ni untuk si twin PR


Cadar ni pulak untuk ma PR


Baju ni en Aiman yang punyer!!!!


Baju ni cik Aisyah yang punyer!!!!


 
Baju ni adiah untuk en Ahmad. Nak tau sape en Ahmad kene tunggu..............


 Baju ni PR la pulak yang punyer!!!!


Hi...hi...hi.... yang ni kompem PR yang punyer!!!

Nota kecik: Duit dah nak kering. Tengah tunggu bonus akhir tahun la pulak. Bile la bos PR nak masuk bonus ni....

Popular Posts