Jom Klik

Thursday, May 31, 2012

Bile Kekeringan Idea



Begini la ruper ku bile kekeringan idea
Nak update blog memang terujer
Mungkin lagi teruja sebab esok coti ari minggu
Pastu ari sabtu coti Birthday DYMM yang di-pertuan Agung plk
Bawak pada ari ahad
So ari isnin baru kerja
Harap-harap dapat la mencuri mase nak service kereta
Maklum la Ma PR terpaksa memenuhi kunjugan kenduri-kendara
Bos PR cakap sepanjang coti sekolah ni die mendapat 20 undangan
Ma PR entah berape puluh pun PR tak tahu
Sebab PR dengar pada 2hb ajer dah 7 undangan
Macam mane tu nak memenuhi semuanyer
Dalam 1 ari dah 7 undangan
Kalau PR mau ajer muahhahahahaha....

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday @ 30.05.2012

Aku merindui mu...
hak...hak....hak....



Bile En Aiman Bercakap

Pada satu tengah ari

En Aiman : Yad lik loh (Eyyad balik sekolah - Eyyad tu sepupu die)

Pada satu malam 

Mummy : Aiman buat ape tu 

En Aiman : Lat (bulat)


Pernah mak cerita die cakap macam ni tau

En Aiman : wan... bah do (Tok wan abah tido)


Kadang kala rase nak tergelak depan die. Tapi di tahan takut die nampak langsung tak mau bukak mulut. Die menyanyi pun ambik yang belakang-belakang ajer. Mengalahkan penyanyi latar la pulak.

Berbeza dengan kaka kembar die Cik Aisyah. Mulut die pot pet pot pet.... kalau kite marahkan En Aiman die pun ajuk jugak marahkan En Aiman...

Tuesday, May 29, 2012

Bile Dah Ramai Yang Menegur

Semalam la PR dapat teguran yang cukup mendebarkan:-


Hamba Allah: Sekarang tengok Rozie dah pipi tembam la

PR: hanya senyum sahaja

Hamba Allah: Dagu pun dah nampak 2

PR: senyum lagi

Masuk waktu rehat

Hamba Allah: ......... Bagi mase sampai bulan 12 ni ajer pakai baju kebaya ni. Boleh la bagi sedekah kat orang lagi

PR: Nanti rozie diet la

Hamba Allah: ye la tu. Tengok makan ajer sekarang

PR: Dalam ati (dulu pun makan ajer jugak. Mungkin dulu banyak makan ati ayam gan ati lembu kot) hahahahaha.....


Macam mane KG tak mencacak naik. Sarapan pagi ni ajer menyelerakan sungguh la. Memang tak tipu


Nasik berlauk

Kau orang ingat senang ke nak cari nasik berlauk yang sedap kat Terengganu ni. Lain la kalau PR balik Kelantan memang banyak. Maklum la Kelantan kan syurga makanan. Memang kompem tak tolak punyer. Siap dengan pencuci mulut pulak tu pagi ni.


Kuih Cek Mek gan kuih kasturi (rasenyer la)


Macam mane la KG tak naik sekarang ni. Dah la masalah dah kureng. Tak payah nak pikir ape-ape lagi. Pikir hal anak ajer. Ade masalah bukan tak ade tapi setakat ni alhamdullilah lagi la. Masih boleh sattle lagi. Tapi macam tu la teguran tu membuatkan PR tension (teision la sangat kalau mulut cakap diet tapi ati asyik menguyah ajer) hahahahahahaha.....

Selamat Pengantin Baru

Masih ingat tak N3 ni. Ala kebzyan gitu pergi majlis kawan. Majlis telah berlangsung pada 26 Mei 2012. Bertempat di Bukit Besi. Sampai rumah pengantin dalam pukul 11.00. Rupernyer pengantin belum akad nikah lagi. So kene la tunggu sambil tu makan la dulu. hak...hak...hak.... (makan ajer).

tahniah Azie & Adie


Pelamin yang cukup ringkas tapi cantik. Tapi PR suka pelamin ni tapi tak suka warna pink. hik...hik...hik....






Ni la ruper cik Aisyah yang suka bergaya dengan cenderamate dari pengantin. Yang kompemnyer telur rebus dah abis die makan. Takut benor die en Aiman makan telur tu. Sebenarnyer en Aiman tak ikut pergi kenduri kawin ni. Biase la die tu cucu kesayangan Tok Wan. Ikut Tok Wan jugak la g kenduri. 

Balik jer dari kenduri boleh pulak kite orang g Big Apple. Ish... makan...makan....makan..... Tak de maknenyer nak beli donut tu ckit-ckit. Tapau 12 bijik 25 hinggit. Makan nyer tidak. Esokkan baru kite orang makan. Melepak la donut tu dalam peti sejuk semalaman. Bab tengok makanan semua nak. Macam mane baju tak kecik. Bukan tuan tu yang dah membesar tapi baju pulak yang kecik. ish...ish... ish.... tak patut... tak patut salah kan baju.



Monday, May 28, 2012

Kau Orang Berani

Kau orang berani nak membida no macam ni ruper





Damia



Pada suatu ari:....

Mummy: Sape kawan kakak kat sekolah

Cik Aisyah: Damia

Pada suatu pagi

Mummy: kakak bawak makanan banyak-banyak tu nak makan dengan sape

Cik Aisyah: Dengan kakak mia

Pada suatu malam

Mummy: dah cuti sekolah ni kakak rindu kat sape

Cik Aisyah: kat mia mummy

Dalam ati ... Anak aku tau kawan dengan Damia ajer. Dengan orang lain tak de ke??? Be positif mungkin itu ajer name yang die ingat...

Ben 10 Berwajah Baru

Ni rambut yang selalu buat huk...huk...huk...


encem tak En Aiman dengan fesyen rambut baru.....


Nota kecik: Bagus betul en Aiman masuk jer kedai terus duduk atas kerusi nak potong rambut

Sunday, May 27, 2012

Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah sendiri: CUEPACS

MACHANG: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan CUEPACS, Jaapar Mansor, berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi CUEPACS Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan tuntutan utama CUEPACS namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya.

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya.
Sementara itu, beliau berkata, CUEPACS mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). - BERNAMA

Sumber: Berita Harian.....

Nota kecik: Kalau pekerja swasta nak kate ape ek.... Beri pendapat ckit....

Saturday, May 26, 2012

Cuti Sekolah

Semalam bermula la coti sekolah
Tadika twin pun bercoti jugak la
Terpaksa la PR tinggal di rumah ma
Selama 2 minggu
Tak mau la hantar twin kat rumah pengasuh sementara
Seari 15 hinggit untuk seorang
Kalau 2 orang dah 30 hinggit seari
Kalau 10 ari bekerja dah 300 hinggit
Baik biar die duduk rumah ma
Makanan pun dah tinggal sebakul
Air kotak pun dah beli siap-siap
Ari ni pergi kenduri kawin kawan
Mane nak cari kawan sepertinyer
Kalau tak de die malam tu 
Tak tahu la ape akan jadi
Hutang nyawa tak dapat di balas....
Jasa mu akan ku kenang sampai mati


Nota kecik: Nak citer pasal kawan kawin tapi kabel pulak tertinggal. TUNGGU.....


Thursday, May 24, 2012

Baju Rayer



ho...ho...ho.... Awal sungguh siap baju rayer tahun ni. Nasib baik semua puase dah ganti. hik....hik...hik.... Tema kite orang tahun ni hijau gelap gitu. Tapi entah macam mane terkena flash tepon PR terus nampak biru. Yang bawah tu PR yang punyer. Yang atas tu cik Aisyah yang punyer. Yang en Aiman tengah buat lagi. Tak pe siap la tu. Bukan banyak pun yang en Aiman punyer, sepasang ajer. 

Tahun ni sambut Rayer dalam keadaan sederhana ajer la (Insyaallah...). PR buat baju rayer 4 pasang ajer. Baju twin pun insyaallah 5 pasang ajer. Awal-awal dah siap. Sebab bila masuk bulan Ramadan. PR dah malas nak pikir semua ni lagi. 

Nota kecik: diharap mendapat keberkatan di bulan Ramadan nanti

Tupperware

Alahai BZ betul la ari ni. Dah la mendapat kezutan semalam. Claim kene reject. Pastu bagi mase 5 ari nak sampai  ke tangan die. Tu belum tolak lagi coti ari minggu 2 ari. Kene hantar kat Ko Lumpur lagi. Banyak kejam sungguh la. Nasib baik ade staff nak g Ko Lumpur ari ahad. Sempat la sampai claim pada ari isnin. Hampeh tul la Kementerian ni buat keje....

Ok la.... Berbalik semula pada tajuk N3. Semalam banyak giler PR beli tupperware. Sebenarnyer bukan semua yang PR punyer. Yang PR punyer ni sahaja.....




Itu pun beli yang dapat level 1 & 2. Nak harapkan PR beli yang mahal-mahal lagi sowi la... Dah tak tahu nak letak kat mane. Ape tak cayer. Bace N3 ni (SINI). So segala nafsu nak membeli tupperware kene kurengkan. Beli yang ni sebab dapat murah. Ade yang RM 11.95 2 bekas. Ade yang RM 15.50 2 bekas jugak. Yang paling mahal RM 44.70 pun 2 bekas. Yang bekas hijau tu dapat free ajer. Pastu yang kecik-kecik 4 bijik tu RM3.90 sebijik. TU sebab beli banyak ok.... Tapi yang kecik sebijik tu berwarna pink. PR dah jual kat YAYA AZURA. Sebab PR memang tak suka warna pink ok....







Ini lah hasil pembelian PR semalam. Ni semua tupperware budak opis PR. PR pun berminat jugak. Tapi nafsu kene kawal la. Beli yang murah-murah ajer. Untung kan jadi dealer ni. Sebenarnyer PR hanya jual harga dealer ajer. Tak ambik untung pun. Janji boleh beli yang murah-murah.

Wednesday, May 23, 2012

Gara-Gara Game



Ingat lagi tak pasal N3 ni.Baru jer PR beli game ni untuk si twin. Tak sampai lagi sebulan. Akhirnyer rosak jua. Nasib baik ade waranti selama 6 bulan. PR pun pos balik kepada penjual die di Kole Lumpur. 

Dan semalam sampai jua game ni. Sebenarnyer hanya game cik Aisyah yang rosak. Kerosakan berpunca dari kazen die sendiri yang bermain. Awal-awal PR sudah warning. Jangan bagi rosak. Mummy tidak akan beli yang lain. Tapi disebabkan bukan cik Aisyah yang rosak kan. PR pun bagi la muka ckit. Dan semalam PR buka kotak penghantaran. Semua die letak yang baru termasuk chager. Suka la cik Aisyah semalam. Game kesayangan die dah sampai. Kalu tak mesti mood ke laut. Sudahnyer wonderpet samsung PR juga menjadi mangsa.

Walau pun game ni hanya 100 hinggit. Mahal jugak tu. Zaman sekarang duit banyak yang kene simpan tau. Tapi PR hairan jugak. Biase la yang en Aiman yang biase akan rosak dahulu. Mungkin sebab game ni memang die sayang. Dan awal-awal lagi dah kene warning jangan bagi rosak. So sesiapa pinjam nak main die jawab "tak boleh". Sifat kedekutnyer dah keluar mase tu. Sampai PR sendiri nak main die tak bagi. Memang tak patut betul la.

Wordless Wednesday @ 23.05.2012



Nota kecik: Ia menyejukkan ati...

Tuesday, May 22, 2012

Kerana Kau.....


 Kau orang nampak pic kat atas ni
Kerana PR buat claim projek ni la
Bagai nak muntah ijau (boleh gitu??)
PR terpaksa kurengkan mase untuk berblog
Nak update N3 pun tak de mase
Nak melawat kekawan pun macam itu ajer
Kadang kala bace sahaja
Nak mengomen pun tak de mase
Akhirnyer dapat jua siapkan claim projek yang satu ini
Bukan ape dah lame nak buat
Tiba-tiba tak de mood
Buat projek lain dulu
Pastu sambung lagi 
Pastu mood ke laut pulak
Buat projek lain pulak
Tapi alhamdullilah jugak
PR dapat siapkan jua
Tahan jugak la muntah ijau jangan bagi die keluar
kah...kah....kah...
Sampai gitu sekali ek...
Tapi memang syukur sangat-sangat
Tahun ni ade 12 list projek
Tapi tak sampai pertengahan tahun 
Dah separuh dari list sudah siap
Syukur Alhamdullilah....


Nota kecik: Mood kegenbiraan walau pun dalam gundah....

Kisah Pau Kacang

Semalam pulang dari kerja terasa nak makan pau kacang. PR pun pergi la beli kat rumah saudara budak opis. Pau die memang sedap tau. Die jual 3 bijik RM 1 ajer.... Sebelum tu dah tanyer kat cik Aisyah nak ke tak nak. Die jawab tak nak (sebenarnyer merajuk sebab belum beli basikal untuk die gan en Aiman). 

Sampai jer PR pun beli la 5 hinggit. Kononnyer cik Aisyah merajuk latu. Sampai ajer kat tempat orang menjual pau. Die la orang pertama yang turun dari kereta. Mak cik kat ctu bagi percuma sorang 1 kat cik Aisyah gan en Aiman. Ape lagi dapat jer pau terus masuk kereta. 

On the way pulang ke rumah PR pun makan la 3 bijik. hak...hak....hak....  Macam mane KG tak naik. Asyik makan ajer. Rupernyer en Aiman gan cik Aisyah dah makan 3 bijik. Pagi ni PR pun panas kan la lagi 7 bijik pau. 3 untuk PR, 4 untuk en Aiman gan cik Aisyah... 

Rupanyer mate cik Aisyah lebih pantas tau. Die ambik semua pau masuk terus dalam bag sekolah die.

PR: untuk mummy tak de ke??? (tanyer kat cik Aisyah)

Cik Aisyah: tak de tuk mummy

Mak aik... Sedih betul la semua die ambik 7 bijik pau bawak pergi sekolah. Cik Aisyah memang suka makan pau sebenarnyer. Tapi PR tak kisah pun janji die makan...


 

Saturday, May 19, 2012

The Red Warriors Menang....

Kesibukan yang melampau membataskan waktu untuk berblog
Ape-ape pun malam ni sempat menonton bola sepak



Ramai giler orang yang memenuhi stadium
Memang hebat la penduduk negeri Kelantan
Kalau bab bola....
PR memang la sokong Kelantan
Duduk ajer kat Ganu 
Tapi darah yang mengalir 
Tetap Red Warriors tau...
Tan Sri Anuar pun boleh ajer duk menonton dicelah-celah orang ramai
Memang hebat Tan Sri
Harap-harap bola sepak Kelantan akan terus lebih maju

Tuesday, May 15, 2012

Hadiah Mummy Untuk Kamu



Ingat tak pasal Kad Ari Ibu
Sampai ajer kat rumah
PR terus dapat idea untuk hadiah kan kek untuk Sitwin
Sebab terlalu bangga kerana dapat kad ucapan
Kek ni cik Aisyah yang pilih
So PR buat untuk die orang
Tau tak PR pagi ni lagi bangga
 Cik Aisyah gan En Aiman duk cakap berdua
Die kate kek ni mummy yang buat
Suka betul die orang dapat kek
Semalam tak abis
Bawak lagi kat tadika pagi ni


Nota kecik: tak boleh nak berceloteh panjang-panjang sekarang tengah mood nak buat kerja. Kerja tengah banyak la.....

Monday, May 14, 2012

Mummy Sayang Ketat-Ketat Sama Kamu



Semalam dengan bangganyer....
Sitwin menghadiahkan kad ni
Die orang buat kat tadika ni
Tulisannyer mungkin cikgu die yang tulis
Tapi bahagian warna-warna tu kompem sitwin
Terharu sangat bile sitwin bagi kad ni
Bangga tersangat-sangat
Walaupun cik Aisyah tak berape nak sihat
Tapi die mengagahkan jua nak siapkan bahagian mewarna tu
Hari-hari mummy sayang ketat-ketat sama kamu
 

Sunday, May 13, 2012

Baju Rayer

Dah lame tak bersiaran. Malas ade... Tak de mood pun ade... Bukan ape asyik duk pikir warna tema untuk rayer taun ni. Last-last dapat la jugak. Tu pun tanyer Cik Aisyah.. Ok la kan... Si kecik yang pilih warna. Kalau tak pakai siap la... 


Rase taun ni dah awal beli baju tema. Tapi nak tau tukang jahit dah tak mau ambik tempahan. Yang biase jahit baju PR tu tak pe la. Yang kadang-kadang ni. Yang kadang-kadang ni best kalau die jahit baju kebaya atau fesyen-fesyen ckit. Puas dipujuk baru die terima. Tu pun nasib baik satu pasang ajer. Kate die tak mau janji. Boleh siap ke tidak. Harap-harap dapat disiapkan. huk...huk...huk....

Nota kecik: Dah berape ari dalam bulan ni bekerja. Baru ari ni punch card hitam. Yang lain merah da.... kah...kah...kah.... (gelak jahat)

Wednesday, May 9, 2012

Kering Kontang sudah

Masih ingat pasal nota kecik ni.... Sebenarnyer duit yang PR simpan selame ni telah dikeluarkan semata-mata nak beli ni tau....



Pic pinjam dari en abg google

Semalam naik giler PR tengok hege dinar ni kat tenet. Mula-mula lock hege lain. Aik... Boleh pulak turun lagi. Lock lagi la.. Tapi ari ni panas ajer tengok hege lagi turun la. Tak pernah die punyer turun sampai hege macam ni sekali. Bukan ape... Beli dinar ni untuk simpanan mase depan jugak tau. Mane la tau ade kesusahan di keesokan ari. Kite tak tau... Lagi satu sebenarnyer PR ade target simpanan untuk tahun ni. Berape target tu tak perlu la diberitahu ek. Tapi alhamdullilah.... Sehingga suku tahun pertama sudah sampai targetnyer... 

Biase la kalau dah jadi pekerja swasta ni. Simpanan kene la banyak yer. huk....huk...huk.... Sampai kering duit simpanan. Simpanan PR tak kira la dalam dinar ke belian saham ke... Janji sampai target la. Tapi jangan la surat tambahan saham Bank Rakyat sampai mase ni. Kering kontang simpanan PR ni. Tunggu ek....




Wordless Wednesday @ 09.05.2012



Mummy : RM 200.00
Cik Aisyah : RM 150.00
En. Aiman : RM 150.00

Nota kecik: Yang PR punyer dah abis semalam. Tapi kupon belum tukar lagi tu. huk...huk...huk....

Friday, May 4, 2012

Coti-Coti

Dapat coti 3 ari....
Ari isnin baru kerja
Tak de plan nak g jalan mane-mane
Cuma plan nak servis kereta ari untuk esok ari
Ari ni???
Jom menternak lemak..
kah...kah....kah.... (gelak jahat)



Ni la sup ayam kampung hasil buatan Ma PR tau
Sedap sehingga menjilat jari...
Sape kate masakan mak tak sedap
SILA ANGKAT KAKI...
Hujan dengan angin yang cukup kuat tadi
Takut jugak tau....
Alhamdullilah tak jadi ape-ape perkara buruk


Nota kecik: Tak lupe sampai ari ni... Tolong abah jual air jambu tapi terlupe nak letak air gula. Sowi yer en abg bukan sengaja tau. Tak tau la macammana die minum...

Thursday, May 3, 2012

Suka Suki Di Ari Pekerja

Ari ni malas betul nak bersuara...
Layan yer pic-pic yang PR letak ni

MBKT bekerje ke??? Mase Coti ari pekerja


Kompem die orang bekerja....


seronoknyer diorang dapat ikut shopping kat Mydin mall




kali ni ajer ok... lain kali no....no....no....


Nota Kecik: ari ni malas betul la nak taip n3. Harap dapat la layan pic-pic ni. Mood ke laut sudah.....

Popular Posts