Jom Klik

Thursday, December 20, 2012

Pavlova


Salam untuk semua.... Tenggelam timbul.... Tenggelam timbul... Tu la yang terjadi kat blog PR sekarang. Ade mood ade la N3. Kalau x de mood memang la sunyi dan sepi.

Pada ari selasa yang lalu. PR and the dak-dak opis pergi la melawat wife bos yan patah kaki. Jatuh dala bilik air. Akibat terpijak sabun. Peringatan untuk semua dan diri ku jua. Hati-hati ketika nak masuk atau keluar, atau berada di dalam bilik air. Wife bos terpaksa mc selama 3 bulan tu. Kaki tak boleh pijak lantai tu.


Ok la... Berbalik dari tajuk N3 PR. Sebelum g melawat ade la yang mengambil oder untuk pavlova. Sebab PR tak pernah makan. Gatal mulut nak merase. PR pun oder la kat member ni. Tokey die name anum cookies. Kalau yang duk area bandar Kuala Terengganu boleh la cari die. FB die p name anum cookies jugak.






Hege die 4 hinggit satu tau. Mungkin dah standard price kut. PR pun tak tau. Rasenyer... Boleh la kalau nak makan. Hahaha.... Macam bunyi ta suka jer. Tapi atas selara masing- masing ok. Yang pasti die tidak memenuhi selera ku. Muahaha.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 15, 2012

Dan Bila.... Dan Bila.....


Tak tau nak cakap ape dah. Buat bende semua tak kena. Merindui my twin menguasai diri. 3 ari mai kedah (cakap kedah ckit hehehe). Twin ditinggalkan kat mak. Mak aik.... Rindunyer. Dengar suara pun, simummy yang nak menitis air mata.


Ari ni dah nak balik ganu. Sampai jer kompem terkam twin tuk peluk cium dulu. Kuat betul kuasa die orang. Rase sekarang dah tak boleh nak berenggang la pulak.


Nota kecik: my twin... Mummy rindu sangat2... Muaaaaah.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 28, 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang


Salam untuk semua. Dah lame tak update blog. Tak tahu la kenapa malas sangat. Nak menterjah kawan-kawan ape tah lagi malas. Hehehe....

Sekejap jer masa berlalu. Tahun 2012 perlahan-lahan meninggalkan kite semua. Ape macam dengan azam tahun ni. Rase-rase tercapai tak? PR punyer azam tungguuu.... Kite bercerita di lain episod ok...


30.10.2012 genap sudah umur twin PR 4 tahun. Alhamdullah.... Syukur sangat macam-macam dugaan yang PR hadapi. Nak nagis pun ade sorang-sorang. Tapi kene kuat jugak demi twin tersayang. Tak tau nak cakap ape. Tapi yang pasti tahun ni rase paling bertuah kerana dapat memenuhi permintaan twin. Seronok betul die orang tau... Rase nak menagis kerana kegembiraan pun ade jugak. Walau pun lambat kek angry bird yang twin mintak akhirnyer dapat jua dipenuhi. Bukan ape kebetulan PR memang kene demam yang teruk hampir 2 minggu jua baru dapat memenuhi permintaan mereka.






Walau pun tak mengadakan majlis yang besar atau gilang gemilang. Tapi mereka dah cukup gembira.


Dan yang paling mengembirakan mereka ialah. Jeng...jeng...jeng.....





Hadiah yang dinanti-nantikan oleh mereka. Ni kali pertama PR memberikan mereka hadiah di hari ulang tahun mereka. Bukan ape tak nak manjerkan mereka lebih-lebih ek.... Nak tau ape yang ade dalam bungkusan tu..





So tak perlu berebut ipad mummy yer hehehe.... Sorang dah ade satu. Sila enjoi dengan tablet masing-masing muhahaha.... Die orang bukan dapat main ajer gan tab ni. PR akan pantau. Mase keje PR die orang tak boleh main. Bawak pergi scholl pun tak dibenarkan same sekali.


Sebenarnyer hadiah lewat jugak bagi. Lewat dalam 2 minggu dari kek birthay twin. Kira-kira sebulan jugak la dari tarikh birthday. PR memang cerewet ckit membeli barang dari china ni. Walaupun murah kite nak yang terbaik jugak kan.... So cari punyer cari akhirnyer berjumpe jua.


Nota kecik: mummy doakan Aiman gan aisyah menjadi anak yang soleh serta solehah. Berjaya di dunia serta di akhirat.... Amin....



- Posted using BlogPress from my iPad

Popular Posts