Jom Klik

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wenesday @27.11.2013





Nota kecik: bile nak g lagi....

- Posted using BlogPress from my iPad

Selamat Pengantin Baru....


Selamat pengantin baru buat Fadzilah dan Haidi (mykazen). Mereka selamat diinjab kabul pada 23.11.2013 persamaan ari sabtu. Semoga kekal hingga akhir hayat...








Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki






Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan



- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 25, 2013

Graduation Day


Bertempat di dewan Berlian Hotel Permai Inn Kuala Terengganu. Pada 22 November 2013 pada ari jumaat jam 3.00 petang. Telah berlangsung 'graduation day' tadika Taman Cahaya. Bermacam-macam persembahan telah diadakan.

Pembukaan majlis bacaan doa oleh wakil pelajar.






Rokers betul yang baca doa ni. Hehehe....

Kemudian ucapan dari wakil pelajar. Jangan terkezut. Die speking london lagi ko...Keh...keh...keh....





Rappers tu......


Persembahan pertama majlis telah diserikan dengan tarian jong-jong inai. Cik Puan Aisyah salah seorang penari tarian tersebut.



Kecik jer nampak anak daku kat belakang


Disamping itu jugak cabutan bertuah diselang dengan persembahan. Tuan Aiman pulak membuat persembahan tekwando die la.






Ade jugak pertandingan karok oleh anak-anak ini. Tuan Aiman telah menyanyikan lagu putih-putih melati. Mana kala Cik Puan Aisyah telah mendengangkan lagu balik kampung.









Nyanyi la anak-anak semua. Ibu dan bapak nak menjamu selera dulu ek...









Tidak keinggalan jugak pertandingan memakai lampin. Ini untuk anak-anak pra tadika...





Ayah tukang pakai lampin yer. Bukan si ibu. Untuk anak-anak pra tadika ni telah diadakan pertandingan anak yang paling comel.






Pening ibu bapa nak pilih yang mane satu yang nak jadi juara. Semua pertandingan diadili oleh ibu bapa sendiri. Paling last mesti la penyampaian hadiah yang berjaya. Serta anugerah untuk pelajar yang terbaik di dalam ketogori masing-masing.

Alhamdullilah.... Cik Puan Aisyah telah mendapat anugerah 3rd best student for 5 years. Manakala Tuan Aiman mendapat anugerah best attendance 2013. Tahniah my twin. Mummy bangga dengan kamu. Usaha lagi untuk mase depan yer sayang....













Salah seorang pelajar yang telah graduat. Di samping itu jugak si comel ni mendapat anugerah pelajar paling krativiti. Masuk pertandingan mewarna die menang. Tengok tuan pun dah comel. Hehehe.... Dik.... Nanti-nanti boleh la print resume yer. Boleh la carik kerja pulak. Kan dah graduat. Keh...keh...keh...

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 20, 2013

Bile Mummy Die Tak Sihat






Jangan terkezut bile tengok anak dara ku jadi macam ni bile balik dari sekolah semalam. Dengan die bawak baju tido. Entah g sekolah tido ke belajar entah. Boleh pulak die pakai topi tu sambil main ipad die. Dah la mummy die tak sihat. Last-last ikut suka kau la nak. Topi tu, untuk graduasi tadika die ari jumaat nanti. Si twin tak graduasi lagi. Ade setahun lagi yer. Cik puan Aisyah ade persembahan tarian nanti. Tuan Aiman tak tahu la ade persembahan ape. Ari ni mengagahkan diri datang opis. Sebabnyer sitwin cbuk nak g sekolah. Sape nak antar die orang. Jap lagi nak rehat jer la....

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, November 19, 2013

Belajar Mengenal Nilai Mata Wang


Anak-anak dah masuk 5 tahun. Tinggal setahun lagi nak memasuki persekolahan darjah 1. Ni sebenarnyer mummy die ketandusan idea. Hehehe.... Last-last idea ni yang terkeluar...














Sambil-sambil duk menerap duit. Boleh mengenali nilai mata wang tersebut. Janji die orang ni eppy. Yang tak eppynyer bile mengeja salah. Sitwin akan didenda makan sayur. Hahahaha.... Pernah sekali tu makan sayur sawi. Siap masak dalam mee rebus. Kan senang pulak makan sayur. Tuan Aiman boleh cakap pulak "sedap jugak mummy sayur ni". Hahaha....

Nota kecik: duk mencari idea tuk pembelajaran sitwin....


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 18, 2013

Bila Di Akhir Tahun




Macam ni la ruper meja kerja PR di tiap-tiap akhir tahun. Tiap-tiap mase oleh dikatakan jugak. Sabar yer.

Dah rase nak macam ni la pulak






Akhirnyer ni jugak la penguat semangat daku.....








- Posted using BlogPress from my iPad

Eppy Birthday BOS....


Semalam kite orang meraikan birthday bos. SELAMAT ULANG TAHUN IR ZAIZUL IMRAN ZAINAL yang ke 40 (tolak 1 yer). Hehehe.... Semoga bos panjang umur serta dimurahkan rezeki.









Jamuan kecik- kecik tuk kite-kite orang diadakan semalam. Kau orang ni bab makan free jangan citer la. Duk makan dari pagi sampai tapau bawak balik. Hahahaha..... Lauk banyak lebih tau. PR puase semalam. Daku pun tapau jugak la nasik. Hehehe....







Cukup la tuk kami 3 beranak. Tuan aiman cakap nasik mummy beli sedap tak pedas. Nak oi.... Orang bagi free jer. Tak beli la sayang. Makan punyer la berselera die tu...


Nota kecik: bos bonus akhir tahun ade tak. Keh...keh....keh....



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, November 9, 2013

5 Tahun Sudah.....

Genap 30.10.2013 sitwin dah berusia 5 tahun. Selamat ulang tahun sayang. Semoga menjadi anak yang soleh serta solehah. Berjaya di dunia serta di akhirat sayang-sayang mummy....























Sekitar sambutan bersama rakan-rakan tadika.





Tarikh lahir kami same tarikh, same umur. Anak siape kah itu??? Hehehe.... Cuma kami berlainan daddy n mummy yer....

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 20, 2013

Anak Ku.....


Bile snow white terlebih makan racun ini la jadinyer





Hahaha....

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 19, 2013

Sila Update






Die dah boleh update. Kepada sesiape yang pakai ipad n iphone. Boleh la start update yer. Nak selamat sila backup dulu kat itunes yer. PR tunggu dula la yer. Nak bace komen yang dah update ke IOS 7 ni. Dengar citer IOS 7 ni boleh block no tepon orang. Hehehe.... Daku suka

SELAMAT UPDATE YER.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, September 14, 2013

Kerana Mu


Kerana mu dua ploh sen
Satu tangki minyak petrol dah beza 11 henggit berbanding dulu
Kerana mu dua ploh sen
Harga laksa penang dah naik 5 ploh sen
Kerana mu dua ploh sen
Harga gas memasak dah naik 5 ploh sen
Kerana mu 2 ploh sen
Daku kene buat belanjawan baru
Motif.... Nak kurangkan ape yang perlu
Sop....sop....sop....
Hidup kene lagi berjmat la


Nota kecik: kene la bawak bekal untuk tengah ari sekali. Kalau dulu sarapan ajer. Sekarang.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 13, 2013

Begini Kesudahannyer....


Dah abis dipikir. Sudah naik putus asa dibuatnye. Akhirnyer....





PR kasi potong rambut Cik Puan Aisyah begitu pendek sekali. Bukan suka-suka. Tapi dalam keadaan terpaksa. Sop....sop...sop.... Di kuatkan ati tak mau menangis depan anak. Tapi dalam ati hanya allah sahaja yang tau.

Ini semua gara-gara jangkitan kutu atas kepala Cik Puan Aisyah. Dah berbotol-botol telah abis. Dah siap komplen kat cikgu. Tapi ade jugak jenis mak ayah yang tak berape sayang anak. Sanggup tengok anak mengaru kepala. Nak kata mak ayah tak berape cerdik. Tengok semua ade keje. Ni buat komplen ade lagi. Adoi..... Bukan sebulan dua. Tapi dah lame. Dah naik tak paham sikap mak ayah macam ni.

Cantik la rambut Cik Puan Aisyah. Dengan lebat pulak tu. Mau rosak jugak kalau asyik sapu ubat kutu ajer.





Nota kecik : memujuk ati rambut akan panjang jua...

- Posted using BlogPress from my iPad

Popular Posts