Jom Klik

Friday, September 20, 2013

Anak Ku.....


Bile snow white terlebih makan racun ini la jadinyer





Hahaha....

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 19, 2013

Sila Update






Die dah boleh update. Kepada sesiape yang pakai ipad n iphone. Boleh la start update yer. Nak selamat sila backup dulu kat itunes yer. PR tunggu dula la yer. Nak bace komen yang dah update ke IOS 7 ni. Dengar citer IOS 7 ni boleh block no tepon orang. Hehehe.... Daku suka

SELAMAT UPDATE YER.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, September 14, 2013

Kerana Mu


Kerana mu dua ploh sen
Satu tangki minyak petrol dah beza 11 henggit berbanding dulu
Kerana mu dua ploh sen
Harga laksa penang dah naik 5 ploh sen
Kerana mu dua ploh sen
Harga gas memasak dah naik 5 ploh sen
Kerana mu 2 ploh sen
Daku kene buat belanjawan baru
Motif.... Nak kurangkan ape yang perlu
Sop....sop....sop....
Hidup kene lagi berjmat la


Nota kecik: kene la bawak bekal untuk tengah ari sekali. Kalau dulu sarapan ajer. Sekarang.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 13, 2013

Begini Kesudahannyer....


Dah abis dipikir. Sudah naik putus asa dibuatnye. Akhirnyer....





PR kasi potong rambut Cik Puan Aisyah begitu pendek sekali. Bukan suka-suka. Tapi dalam keadaan terpaksa. Sop....sop...sop.... Di kuatkan ati tak mau menangis depan anak. Tapi dalam ati hanya allah sahaja yang tau.

Ini semua gara-gara jangkitan kutu atas kepala Cik Puan Aisyah. Dah berbotol-botol telah abis. Dah siap komplen kat cikgu. Tapi ade jugak jenis mak ayah yang tak berape sayang anak. Sanggup tengok anak mengaru kepala. Nak kata mak ayah tak berape cerdik. Tengok semua ade keje. Ni buat komplen ade lagi. Adoi..... Bukan sebulan dua. Tapi dah lame. Dah naik tak paham sikap mak ayah macam ni.

Cantik la rambut Cik Puan Aisyah. Dengan lebat pulak tu. Mau rosak jugak kalau asyik sapu ubat kutu ajer.





Nota kecik : memujuk ati rambut akan panjang jua...

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, September 12, 2013

Ari Ni...


Hari ni daku boleh berpakaian bebas. Bebas dari baju unifom sekolah.








Ari ni xtivi bebas kat sekolah. Ade mewarna dan bagai ikut kehendak die orang. Baju pun suka ati jer. Tuan Aiman syok duk main ipad kat belakang. Tak sempat nak snap pic. Dalam ati berdetik.... "Dah besar twin ku ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah yer nak".

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, September 10, 2013

Kebun Mini


Kat belakang rumah ade la keluasan tanah dalam 5,6 kaki gitu. Sayang nak simen semua bahagian belakang tu. PR pun buat la kebun secara kecil kecilan. Cukup la tuk makan mulut sendiri...






Ade la daun pandan ckit. Kangkung dah boleh petik tengok petang semalam. Kacang panjang pun ade. Dah dapat hasil dah. Daun limau purut, serai cukup la kalau tekak daku nak makan tom yam secara tiba-tiba. Hehehe.... Tanaman lain ade jugak. Baru tanam dalam pasu. Yang lebih malang Cik Puan Aisyah dah mengaul sekali bijih benih tu. Dah tak tau yang mane sawi, yang mane pokok lada. Jawapannyer kene tunggu pokok-pokok ni besar la ckit....









Tengok pic 2 di atas tu. Rase nak menagis pun ade dah. Tu la hasil kerja Cik Puan Aisyah....


Nota kecik: idup kene jimat sebab semua harge barang sudah naik la...


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, September 9, 2013

Die Dah Mula Naik Dah.....


Dah mula terasa kesan kenaikan die. Lame-lame nanti lagi la... Kau orang tau kesan kenaikan ape. Ape lagi MINYAK la.... Kerana mu dua ploh sen....

Semalam ade kawan kirim laksa penang. Beli tempat biase la. Tengok kat papan harge dah naik lime ploh sen. Naik berpeluh negok harge. Hahahaha.... Siap dibungkus PR tengok la ape yang berbeza dari dulu. Mak aik... Yang lain tak de perubahan. Cuma ade tambahan daun salat yang tak berape nak sehelai tu. huhuhuhu.....

Cuma PR terfikir jugak la. Macam mane dengan keluarga yang ade anak ramai. Lapan orang ke 11 orang ke. Kais pagi makan pagi, silap ari bulan kais pagi malam belum tentu dapat makan. Nape ingat zaman sekarang tak de ke keluarga yang ade anak ramai. Ade tau... Rezeki allah bagi kene terima yer. Dengan pendapatan yang tak seberape tu menanggung anak yang ramai.Yang anak ramai tapi pendapatan selesa dah tak pe la. Harga gas memasak pun dah naik jugak lime ploh sen. Harga makanan jangan di cerita la. Kompem naik dan naik dan naik....






Ari ni tak masak sarapan kerana ade hal yang begitu mengecewakan PR. huhuhuhu.... So suruh dak opis tolong tapau nasik lemak. Hege 3.70 ajer. Lauk daging rendang gan paru. Biase die cekik daku sampai 5 henggit lebih. Lain kali nak makan suruh dak opis la tapau lagi. Murah ckit. Hehehe...


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 6, 2013

Sila Jangan Penting Diri Sendiri Yer....


Dah lame PR tak men update blog kesayangan daku ni. Nak menjengah blog kengkawan. Pun ke laut la.... Tolong la seru daku agar selalu menjenguk kengkawan.

Ari ni daku panas.... Kalau tak disebabkan akak PR mintak tolong belikan sosej. Jangan harap PR nak menjenguk kat mydin... Hanya pergi beli sosej sahaja. So PR beratur la kaunter 10 barang. Dah banyak kali perkara ni berlaku. Kalau semua orang tak mahu ikut arahan baik tak payah buat kaunter 10 barang.....






Sowi yer daku upload pic kamu yer. Kalau dah berplastik bagai tu. Bukan 10 barang, tapi lebih dari 10 barang. Boleh tak kite same-same ikut peraturan. Semua orang nak cepat. Tak denyer orang nak tido dalam mydin tu. Semua orang nak cepat tau. Tak salah kan kite ikut peraturan. Kalau tak PR akan letak surat kat peti cadangan baik tak payah buat la kaunter 10 barang kalau banyak yang tak ikut peraturan....


Nota kecik: sekian sahaja luahan ati tuk malam ni. Hehehehe....




- Posted using BlogPress from my iPad

Popular Posts