Jom Klik

Friday, October 28, 2011

Iklan Jawatan Kosong

* Jawatan sebagai Pembantu Tadbir Penaksiran Gred 21 Sambilan

* Gaji RM 59 hinggit untuk 1 ari

* Tempoh perkhidmatan tselama 4 bulan tetapi semalam PR cakap dengan pegawai LHDN mungkin sampai  1   tahun

* Minimum kelulusan SPM

* Skop kerja tak tahu lagi

* Untuk projek RM 500 untuk 1 keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM 3000 sebulan

* Jangan risau semua cawangan LHDN memerlukan pekerja ini

* Siapa mahu borang sila tinggal email anda yer

Thursday, October 27, 2011

Bile Mengantuk Datang Menjelma

* Buat kerja pun malas

* Esok cuti lagi. la...la...la....

* Nak tengok fail pun malas

* Bile keje nak siap

* Surat gan minit mesyuarat pun nak apus kepala


* Nak layan resepi dulu la

* Buat ilang ngantuk bijik mate

* Aci kan......

Tuesday, October 25, 2011

I Like....

Seronoknyer Dapat Balik Kampung

Seronok betul dapat balik kampung. Bukan selalu pulak tu. Walau pun kampung hanya kat Kelantan dengan masalah PR hadapi baru jumaat lepas dapat menjengah nenek yang sakit (bukan tak sayang nenek ek memang sayang sangat tau). Sebab tu aje nenek yang PR ade sekarang ini. Alhamdullilah nenek dah beransur pulih. Biase la dah tua. Banyak nak perhatian dari anak, cucu die.
PR pun sempat menjengah pasar Pasir Puteh sekejap. Ape lagi tengok makanan aje dah mabuk. Tengok itu nak, tengok ini pun nak jugak. Akhirnyer ini sahaja yang dibeli oleh PR sebab tak mao membazir tau....

Tepung pelita


Kat saner semua makanan memang murah. Tepung pelita tu 3 seringgit. Kuih gan laksa penang tu pun satu hanya seringgit aje. Memang murah. 



Ni pulak buah tangan untuk budak-budak opis. Kat saner orang panggil jerok celagi. Kat Ganu asam jawa. Rase die memang best. Kat Kelantan aje ade jerok ni. Kat negeri lain tak de tau. Tu yang setakat PR tahu la. 

Nota kecik: Harap nenek sihat seperti sedia kala. Raya aji balik lagi. Yahoo.....




Sarapan Di Pagi Selasa

Salam.....
Ari ni mood dah ok ckit
Ape kau orang sarapan pagi ni
PR masak nasi goreng 
Pastu hangatkan sup kaki ayam
Yang dimasak untuk makan malam semalam
Sedap tau...
Yum...yum....yum.....

seronok tengok sikecik meratah kaki ayam semalam

Nasi tu untuk sitwin. Sup tu untuk mummynyer....

Ni baju baru. Seronok bergaya dengan baju baru

ni pulak seluar baru.....

Nota kecik : Selamat menjamu selera. Nanti kan kunjungan balas dari PR yer. Kepada sesiapa yang berkenaan. Ni amaran keras dari PR..... Kalau kau rase aku menganggu hidup kau tu. Silap yer... Aku lagi tak mahu kau menggangu idup aku. Stop call me again and stop sms. Paham... Aku tak mahu menerima sms atau tepon dari kau. Sebab aku lagi tak higin kau mengganggu idup aku.

Monday, October 24, 2011

Ari Ni Bad Mood... Sowi

Salam,....
Dah la bersiaran lambat
Ade pulak manusia ni 
Menyentap mood PR di pagi hari
Kalau kau orang jadi PR
Kau orang marah tak
Kalau orang cerita bende yang tak betul
Jangan ingat kau guna syurga, neraka
Kau akan masuk syurga
Ingat belum nak menghukum orang
Cermin diri tu dulu
Kalau kau tak cukup cermin
Aku boleh belikan cermin same besar dengan hotel felda tau
Pandai kau menyembunyi kesilapan kau ek
Tak pe.....
Tuhan nampak ape yang kau buat kat aku malam tu
Die lebih tahu
Dasar PENIPU.....
Orang lain boleh percaya kat kau
Aku ade report polis, laporan perubatan, saksi
Tak kira kawan aku ke doktor yang merawat aku malam tu
Die orang boleh jadi saksi tau
Jangan ingat kau guna Nama Tuhan
Kau akan terlepas
Aku sekarang ni tengah marah giler
Sebab kau....
Ingat tu
Jangan sampai aku heret kau kat mahkamah
Mase tu jangan nak melutut depan aku
Sebab AKU DAH BENCI BENAR KAT KAU...........

Nota kecik: Bile PR berlembut orang naik kepala. nape manusia jadi macam ni?????

Sunday, October 23, 2011

Terengganu Layak Ke Final Piala Malaysia

Semalam PR melayan bola. Bukan selalu. Sebab selama ni kalau Terengganu lawan Kelantan kompem PR tak layan. Bukan ape, sebenarnya PR tak tahu nak sokong mane. PR IC 11 (Terengganu) tau bukan 03 (Kelantan). Tapi Ibu dan Bapa PR orang Kelantan. Kite orang tinggal dah lame kat Terengganu. Bila ari rayer atau bercuti mesti balik Kelantan. Sanak saudara masih ramai kat cner. Nenek pun ade kat cner lagi. 

Bagusnyer tengok bola.

Tengok la gelagat siboboy ni tengok bola. Nasib baik tak masuk dalam TB. Kaki sedap jer...

Ni gol yang pertama....

Ni gol yang ke dua....

Macam-macam gelagat la PR tengok semalam. Pemain pun boleh tolak kau, tolak aku. Nasib baik dapat pengadil yang bijak. Tak layan la tarik menarik kat dalam padang tu. Kad kuning pun banyak dilayan semalam. So ape-ape pun semangat berjuang untuk pemain-pemain Terengganu nanti di peringkat akhir.

Sarapan Ari Ni

Salam.... Ari ni baru ade kelapangan nak berblog lagi. Ari khamis boleh tertinggal berokbank PR kat rumah. Langsung sunyi sepi idup PR ari khamis lalu. Dah la kempunan nak makan roti canai sedap kat Batu Burok baru tercapai ari tu. Memang sedap roti canai kat ctu. PR pandai tau, masuk dulu opis . Pastu punch card baru g beli roti canai (hi...hi...hi... memang jahat) memang kompem punch card tak merah. Pastu baru g antor twin rumah pengasuh die.



Ni die kedai tu. Kat simpang Shell Batu Burok. Tengok la sempat lagi bergaya. Walau pun muka baru bangun tido. 

Yang ni muka nakal die

PR beli 1 roti kosong dan 1 roti telur untuk twin. Murah la hanya RM 2.20 aje. Murah kan....



Yang ni untuk PR. malu la nak cakap berapa keping. Makan banyak tapi nasib baik badan tak naik KG. Kalau tak kene la g jogging selalu. Bukan malas yer... Cuma sekarang tengah merehatkan badn yang tak berape nak sihat.

Untuk ari ni PR bangun awal la. Masak mee goreng aje. Yum...yum.... Letak fish ball. Memang sedap tau. Ingat nak letak kerang tapi nampak kerang kureng aje semalam .So PR masak biase aje. 


Nota kecik: Suka masak. Sebab air tangan ibu tu penting tau.... Anda sarapan ape ari ni???

Thursday, October 20, 2011

Jawapan Semalam

Ini jawapan mencari kucing semalam...



Jangan marah yang tak dapat cari. Lain kali cuba lagi. hi...hi...hi....

Tuesday, October 18, 2011

Dah Lame Tak Sampai Email Ni

pada sesiapa yg ingin membeli *DADIH*... bolihlah dapatkannya dlm peti
sejuk opis... perisa : *KIWI+SIRAP BANDUNG*

Nota kaki: Bukan free tau. 1 hinggit satu yer....

Percubaan Pertama

Ni lah hasil percubaan pertama PR membuat kek coklat secara kukus....

tak cantik kan....


Memang tak cantik. Tapi bagi PR tak kisah. Sebab rasenyer tetap seda. Tu la dari pengomen-pengomen kat opis PR. hi...hi...hi.... Pasal rekahan kat kek tu PR akan usaha baiki lagi. Sebab dari petua-petua yang ade sebab rekahan ni api semasa mengukus tu kuat sangat. Tapi PR rase dah slow apinyer. Tapi tak pe lain kali buat lagi. Resepi ni PR ambik dari akauntan PR sendiri. Bukan die yang buat tau. Tapi wife die yang buat. hi...hi...hi....  So setelah lama PR simpan resepi ni. Baru semalam nak buat. Entah macam mane nak buat kek lain. Jadi kek lain pulak. Rase kelakar pulak. Sebab dak-dak opis kebanyakan tegur nape ari ni bawak kek coklat. Padahal semalam duk negok kek lain.

Jom kite mentelaah resepi kek coklat ni:-


1 Cawan serbuk koko
1 Cawan gula pasir
1 Cawan susu cair
1 Cawan minyak jagung
1/2 Cawan susu pekat
3 biji telur
1 Sudu teh serbuk penaik
1 Sudu teh soda bikarbonat
1 1/4 Cawan tepung gandum
sedikit esen vanila

Cara membuat:-
- Campurkan serbuk koko bersama gula pasir ke dalam periuk
- Masukkan susu cair bersama susu pekat ke dalamnya
- Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Bahan-bahan tadi dimasak ok.
- Gaulkan adunan dengan serbuk penaik dengan soda bikarbinat, tepung gandum dan esen vanila.Gaul bersama bahan yang dimasak tadi. Tuangkan ke dalam adunan. Kukus selama 45 minit. Selepas tu salut la dengan coklat yang dicairkan.

Senangkan....

Yang ni bahan-bahan yang siap dimasak





Yang ni pulak semua bahan-bahan yang telah siap diadun. Dah siap untuk dikukus.


Mmm......

Salam.... Sebenarnya tak tahu nak buat tajuk ape. Bukan ape semalam PR g temp orang jual makanan basah. Nak kate pasar tak jugak. Tapi kat ctu banyak la jugak orang menjual makanan basah. Maklum la chaek punyer cheak dalam peti sejuk. Semua makanan basah dah abis. Kalau tak de nak masak ape ek. Lepas rayer ni buat kali ke dua PR membeli makanan basah.Semalam ringan mulut bertanyakan harga ayam untuk satu kilo. Kau orang tahu berape sekilo??? 9 hinggit tau. PR dah lame tak beli makanan basah ni. Sebab bulan ramadan yang lepas PR tinggal dengan keluarga. Jadi mak la yang beli (ha...ha...ha... best sungguh rase).




Yang ni PR beli semalam dengan harga 7 hinggit. Cikit kan..... Nampak kaki ayam yang banyak tu, sebab penjual tu bagi free. Nanti boleh la PR buat sup kaki. banyak sedap ooo..... Patut la harga makanan kat Terengganu mahal. Bukan saje nak kate ek. Tapi memang kenyataan tau.

Ni kisah benar yang terjadi kat diri PR sendiri. PR teman la kawan makan kat satu kedai ni. Kite orang oder nasi goreng paprik satu aje. Sebab PR dah kenyang cuma temankan die makan aje. Pastu oder 2 tea o ais (orang ganu kate tea o ping). Kawan PR makan nasi goreng paprik dengan perasaan marah sekali. Bukan ape batang idung ayam pun tak nampak. Mak ai... satu ketul ayam pun tak ade. Kejam betul la tuan kedai ni. Pastu kawan PR panggil la pekerja die nak suruh kira berapa semua tu. Kau orang tahu berape??? 11 hinggit kau. Nasi goreng paprik yang tak de batang idung ayam (tulang ayam pun tak de) satu, tea o ais 2 gelas 11 hinggit. Sape tak hangin kalau kene macam tu. Rase sangat diri kene tindas. Memang kite orang akan pangkah kedai tu (tak akan g buat selama-lamaya). Memang kejam betul la.


Nota kaki: kita kalau nak berniaga biar dengan ikhlas ati tau. Baru idup kite diberkati....

Monday, October 17, 2011

Liquid Cleanser

Baru semalam PR tahu pasal ni
Nak tau ape???
Liquid cleanser...
Kau orang mesti baru tahu kan
ha...ha...ha....
PR baru tau pasal ni
So semalam PR pun meredah kat Kiddy House
Untuk mencari liquid cleanser
Sambil-sambil tu beli la sekali puting susu yang baru
Syampoo sekali yer...
Liquid ni diperkenakkan oleh yaya azura
Die cakap boleh menghilangkan saki daki susu pada puting susu
Termasuk la botolnyer sekali
Die boleh digunakan untuk basuh buah
Tak pe PR cuba dahulu
Mane tau boleh buang kan daki pada puting susu 


Nampak yang PR tanda bulat tu
Boleh dikatakan tiap-tiap bulan PR terpaksa tukar puting
Harap-harap idea yang diberikan oleh Yaya azura akan berkesan
Lagi la jimat duwit PR yer
I like.....
Biase puting ni harga 24 hinggit untuk 2
Kalau boleh jimat 24 hinggit 
PR boleh la beli makanan untuk twin yer...
Lagi pun tahun depan nak masuk taska dah

Nota kaki: Sedang menjalankan kempen berjimat cermat semperna harga barang nak naik ni.....

Bile Die Datang Bertandang

Salam.....
Ari ni rase diri rajin ckit dari semalam
Bukan ape
Semalam kan 1st day bekerja
Memang rase malas banyak
Jadi ari ni malas ade ckit jer
Hi...hi...hi....
Boleh ke macam tu ek???
Semalam sampai jer di rumah
PR dikejutkan oleh bil-bil yang telah sampai
Manyak giler
Biase sampai ckit-ckit
Ni macam berpakat jer


Ni belum semua lagi yang sampai
Bil air belum sampai lagi ni
Rase macam tak banyak jer
Dalam 4 hinggit jer kot
ha...ha...ha... pandai jer berangan
Salah satu sampul surat MBF tu tak payah bayar
Sebab dah lebih bayar kat ctu
Yang satu lagi tu 
Buat PR naik hangin jer tau


Kau orang tengok ape yang diorang caj dalam bil
Servis tax
Ari tu dah janji nak wive semua anual fee
Sekali gan service tax
Rupenyer anual fee aje die potong
Service tax masih ade
Ape lagi PR tepon la operater die 
Kan sedibik kene marah
Ambik kau....
Kalau bulan depan ade lagi 
PR tak mau guna dah kredit kad ni
Ade PR kisah....
Tak kisah la
Sebab sekarang idup kene berjimat cermat
1 hinggit pun kene berkira
Ni kan pulak 50 hinggit
Bil astro pun dah kurengkan
Dari bil 80 hinggit sebulan
PR cuma ambik pakej family
So sebulan cuma 40 hinggit
Jimatkan
Yang paling PR suka ialah.....


TNB utang gan PR 0.27
Ha...ha...ha... Kau orang ade???
suka...suka....suka... sangat
Bulan ni tak payah nak bayar bil TNB
Sebab bil tak sampai 20 hinggit
Harap-harap bil akan berkekalan sampai bulan 12
Sebab lepas bulan 12 kan
Kite akan bayar walau berapa pun bil kite
yuhuu.....

Sunday, October 16, 2011

Ibadah Korban & Hukum-Hukum Berkaitan Denganya....

PENDAPAT 1

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunah Nabi s.a.w.

Firman Allah s.w.t: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang- orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.a, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunah.”

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. ialah contoh teladan terbaik kepada seluruh umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunah Baginda seperti berikut:

* Waktu perlaksanaan ibadah korban.
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1961)

Sabda Rasulullah lagi, “Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan”. (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya no: 16151).

* Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Hendaklah dipastikan haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah: Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (riwayat Abu Daud dalam Sunannya no: 2420).

* Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak dari 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah tersebut.

Sabda Rasulullah: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

* Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1318).

Adapun bagi kambing hanya diperbolehkan untuk satu penama sahaja.

* Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425).

* Ibadah korban dilaksanakan di musolla.


Disunatkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda: Sudah menjadi kebiasaan Baginda menyembelih dan berkorban di musolla. (riwayat Bukhari di dalam Sahihnya no: 5552).

* Sunat menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan Baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

* Menyembelih haiwan korban mengikut sunah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik dalam segala hal. Ketika kalian membunuh, maka berbuat baiklah dalam membunuh tersebut, dan ketika kamu menyembelih berbuat baiklah dalam penyembelihan, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya dan memudahkan untuk haiwan sembelihannya. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1955)

Sebelum menyembelih, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca bismillahi wallahu akbar.

* Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunat bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1971).

* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).

* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah.

Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.

Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata: “Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.”
 

PENDAPAT 2
salam

Apakah hukumnya memotong kuku/rambut pada 1-10 Dzulhijjah bagi orang yg diniatkan haiwan korban kepadanya?
Apakah dalilnya? Terima kasih

wassalam

Jawab:

Kemafa'afan dipinta dan tahniah.

Kemafa'an kerana kelewatan menjawab soalan anda sehingga luputnya Hari Raya. Sebabnya kerana sistem Ahkam ada gangguan

tahniah kerana anda meminta dalil. Ini bermakna ada seorang muttabi'. (ingin beramal setelah melihat dalilnya dulu)

Dalil: HR aljama'ah (kecuali alBukhari) dari Ummu Salamah ra: (sabda) "apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, jika ada di antara kamu yg mahu berkurban, hendaklah dibiarkan rambut, bulu dan kukunya."

Jumhur (kecuali Hanafi) : makruh hukumnya.
alhafeedz asySyaukani meletak dua hadis: # 2711 dan 2712 dalam nailool Awthornya.
Sebab ditegah memotong kuku ialah supaya seluruh tubuhnya terhindar dari neraka. WA
_______________________
Assalamu'alaikum

Sebagai tambahan kepada jawapan sheikh THTL mengenai sebab-sebab larangan memotong kuku dan rambut, menurut bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (Fatawa Islamiyyah 2/316) bahawa :

"Hikmah larangan ini ialah apabila seorang itu ingin menawarkan korban, dia seolah-olah menyertai jemaah Haji didalam salah satu ibadat Haji - dengan kata lain mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan menyembelih korban, dia juga menyertai beberapa ciri-ciri Ihram, iaitu dilarang memotong rambut dan sebagainya."

wallahu'alam

Tepon O.... Tepon

Salam tuk semua....
Dengan sedikit hampa
Lagi lemau di pagi ari ahad
PR ingin mengumumkan tepon PR dah berkecai
Ni semua hasil kerja dari pomen
Yang memang dah pakar
Nak tau sape
*
*
*
*
*
*
*



senyum simpul yer....
Setelah menjahanam tepon mummy yer
Memang langsung tak boleh dibaiki dah


Hancur kan???
Keypad pun tak tahu ilang ke mane
Dah la tepon ni dah baiki dulu
Sekarang langsung tak boleh bernyawa
Kene beli la tepon baru
Ade ape-ape cadangan dari kalian...
Cakap la kebaikan tepon tu sekali yer

Nota kecik: Hangus duit nanti. hu...hu...hu....


Wednesday, October 12, 2011

Ari Ni Cbuk Betul La

Salam....
Ari ni PR cbuk betul la
Ade perbincangan dengan MD
Bincang ape???
Mane boleh cakap rahsia syarikat tau...
Biase la budak bahagian kewangan
Banyak pegang rahsia syarikat
Orang bagi amanah so kite kene pagang dengan sebaik mungkin
Ari ni cbuk nak kemas kini data pasal projek
Yang aku naik letih sangat
Kene buat kertas keje untuk family day nanti
Termasuk bahagian kewangan, agihan bilik gan bas sekali
Biase la bile kene buat keje macam-macam ni
Banyak la kerenah die orang
Tak nak duk satu bas
Ello... Kau orang naik bas free tau
Bukan kene bayar pun
Syarikat yang bayar tau
Ni ade pulak yang tak mahu g pulak
Alasan anak mak
Mmm.....
No komen ek....
Sebab kau tak nak g
Banyak la pulak kene ubah
Termasuk makan, bilik serta peruntukan untuk cabutan bertuah
Malam ni la baru ade mase nak balas kunjungan
Balik dari para blogger
Serta nak menerjah blog kau orang
Kalau tak sempat sowi ek
Janji sambung esok

Nota kecik: nak melayang bini-biniku gangster. Pernah tengok tak?? Best ke???

Wordless Wednesday #11

Sarapan Pagi Ari Ni.............



Tuesday, October 11, 2011

Keluhan Dari Ati Kecil....

Salam.....
Lambat betul nak bersiaran ari ni
Semalam kene hadiri kaunseling
Pasal ape ek???
Nak tau pasal kes yang PR hadapi tu....
Pihak polis bagi kaunseling
Bukan ape takut kite rase trauma
Tapi memang trauma pun
Nasib baik PR kuat demi anak-anak
Semalam g pejabat peguam
Nak selesaikan kes pembatalan name
Kat geran rumah
Ari ni pulak penilai nak g menilai rumah
Bile la semua ni nak selesai
Harap tuhan menguatkan kesabaran
PR untuk hadapi semua ini
Amin................

Monday, October 10, 2011

Telur Puyuh


Ari sabtu PR pergi bershopping dengan mylady. Untung bawak baby girl ni. Sebab die tak banyak kerenah. Tak banyak nak itu dan ini. Cuma beli ais krim aje untuk die. PR beli telur ayam aje. Sebab stok kat rumah dah abis. Tiba-tiba terpandang telur puyuh. Ape lagi PR pun sambar untuk santapan Sitwin nanti. Semalam pun PR rebus la separuh untuk die orang. Harga kat cni RM 2.90 untuk 20 bijik. Ade murah ke mahal?? PR tak tahu sebab ni 1st time beli. Sebab dah lame tak makan telur puyuh. Semalam rebus die orang teruja nak makan. Tengok aje dah pelik, bukan ape selama ni die orang makan terus ayam rebus. Ni telur puyuh rebus. Berganda-ganda telur puyuh ni jauh lebih kecik dari telur ayam. Sekali makan baru tau telur puyuh ni memang sedap. Dah abis mintak lagi. "Dengan bangganyer  PR cakap tak boleh malam esok pulak". hi...hi...hi....

Jom kite bace khasiat telur puyuh pulak.....

  • Telur puyuh sangat lazat dan sebanding dalam rasa dibanding dengan telur ayam negeri.
  • Nilai gizi mereka adalah 3 – 4 kali lebih tinggi dari telur ayam
  • Telur puyuh mengandung protein 13%, sedangkan telur ayam memiliki sekitar 11%.
  • Telur puyuh memiliki 140μg vitamin B1, dibandingkan dengan 50μg dalam telur ayam.
  • Telur puyuh jauh lebih kaya vitamin B2, besi, kalium, kalsium dan fosfor dari telur ayam.
  • Telur puyuh kaya kolesterol HDL, (yang ‘baik’ kolesterol), sehingga bahkan warga senior bisa memakannya.telur puyuh memiliki kadar kolesterol rendah dan kaya akan choline, zat kimia penting untuk fungsi otak.
  • Telur puyuh kaya lesitin, cephalin dan hormon, dan protein telur puyuh partikel protein telur dari partikel-partikel kecil, lebih mudah pencernaan dan penyerapan, alergi dan masalah gastrointestinal efek khusus,
  • Dilihat dari kandungan protein dan lemaknya dapat di katakannya telur puyuh lebih baik dibandingkan telur unggas. Karena daging puyuh mengandung 21,10 % protein sedangkan lemaknya hanya 7,7 %.
  • Selain itu, ternyata menurut data analisis dari beberapa peternak puyuh. Manfaat telur puyuh dapat menghaluskan kulit dan menyembuhkan jaringan-jaringan tubuh seseorang di kala mengalami penurunan kesehatan tubuh
  • Bahkan, beberapa buah telur puyuh, bila dikonsumsi setiap hari dan dicampur beberapa sendok madu, sangat berkhasiat untuk menyembuhkan impoten dan lemah syahwat.





Suri Baru Lan A To Z

RAWANG: Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.
Ditemui di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) di sini semalam, Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di KKDSTTM yang menaja sepenuhnya majlis itu Pasangan ini tidak bertunang dan memutuskan untuk terus berkahwin.

Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka. “Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami,” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.

“Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.

“Dia juga suruh saya bina hidup baru dan saya maklumkan kepadanya mengenai perkahwinan ini. Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang nak temukan Ain dengan anak-anak di England nanti,” katanya.

Mengulas mengenai perkahwinan mereka yang ditaja, Lan berkata ia berlaku secara spontan ketika berkunjung ke KKDSTTM untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.

“Saya baru jadi ahli kelab ini sebulan lalu dan hadir untuk mengetahui aktiviti mereka. Ketika berbual mengenai perkahwinan saya, tanpa disangka, penaungnya, Baharuddin Mohd Yusoff bersetuju menaja majlis kahwin saya sepenuhnya. Macam tidak percaya dibuatnya kerana kami bercadang untuk buat urusan yang wajib sahaja.
“Malah saya terharu kerana mereka akan mengadakan majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan,” katanya.

Sementara itu, Marcella yang dihubungi menerusi laman sosial facebook mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya.

“Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.

“Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah,” kata Cella yang mengakui tetap berhubung dengan bekas ibu mentuanya kerana dia seorang yang kelakar.

Sumber Harian metro

Sunday, October 9, 2011

Antara Ikhlas Atau Tidak

Salam.... PR membuat n3 ini hanya ingin meminta pendapat atau pandangan dari kalian semua. Bukan ape. Hanya untuk pedoman ihup aje...


Kisahnyer berlaku pada minggu lepas. Macam biase pejabat PR telah terbiase dengan kunjungan dari mereka-mereka yang mengaku dirinyer susah (bukan mengata yer. Die orang mengaku sendiri ok). Ade seorang nenek dengan seorang cucunyer. Cucu die tak silap dah darjah 4 rase. Biase mereka berdua datang ingin berjumpa dengan big bos. So kite orang bukan ambik tahu sangat la (hi...hi...hi... statement kejam jap). Entah mengapa kali ini die datang mengadu kat kite orang pulak. Katenyer nak bayar duit sewa rumah. Sebab sekarang die tak mampu nak kerja dah. So datang nak la ckit sumbangan dari kite orang tuk bayar rumah sewa. Sebelum tu die dah g kat MAIDAM dapat la untuk 2 bulan. Mak cik ni dah tak larat nak keje. Kasihan gak PR tengok mak cik tu. Dapat la cucu yang cerdik.

Dulu PR pernah la tanyer die kenapa cucu die ade tinggal dengan die. Die cakap mak die dah meninggal, ayah die mak cik tu cakap sakit. Sakit ape kite orang tak tanyer la pulak. Entah mengapa kali ni ati PR jahat la ckit. Macam sangsi aje. hu...hu...hu.... Setelah berbincang dengan bos PR. Bos cakap kite bagi la untuk sewa rumah untuk 4 bulan. Sebab die kate MAIDAM dah bagi 2 bulan. So ade lagi la 4 bulan yang die belum jelaskan. Sebab die kate mate die dah tak berape nak nampak kite orang pun bagi la cadangan supaya HR pergi hantar die balik rumah. Kan senang boleh la tengok-tengokkan rumah die. Mane tau ade TB LCD 37 inci (ha...ha...ha... kalau betul rumah PR pun tak ade TB LCD tau). 

Tapi mak cik ni macam nak bertolak dalih la pulak. Macam-macam alasan die bagi. Akhirnyer die terpaksa akur dengan permintaan kami. Setelah HR pulang dari menghantar die. Banyak pulak timbul cerita. Rupanyer die telah menjaga seorang lelaki yang bermain barang. HR tak pasti siapa lelaki itu. Anak die atau menantu die pun HR tak pasti. Kebetulan mase HR datang lelaki berkenaan datang mengambil duit dari mak cik berkenaan. Sewa rumah pun mak cik tu tak bayar yang seperti kami suruh. Heran betul la. Rupanyer selama ni Big Bos dah bagi sebahagian dari sewa rumah berkenaan tatapi tidak dilangsaikan oleh mak cik itu. Barangan keperluan rumah pun big bos selalu bagi. 

Kami pikir lebih baik mak cik tu tinggal di rumah orang-orang tua aje. Manakala cucu die dihantar rumah anak-anak yatim. Ape pandangan dari kalian semua??? Nak dengar ni. Mane tau mak cik dengan cucu die datang lagi kat opis kite orang. 

Alhamdullilah Rezeki Tertambah

Salam.... 
Selepas menghabiskan bacaan yassin yang menjadi rutin setiap ari ahad.
Ade sedikit ketenangan di ati PR.
Semalam bukan main PR gembira di ati.
Banyak-banyak syukur kepadanyer. 
Bukan ape, semalam bos kerja part time PR mintak PR buat akaun untuk syarikat baru die. 
Ni bermakna rezeki kami untuk anak-anak.
Syukur sangat-sangat kepadanyer.
Selepas peristiwa hitam yang berlaku.
Rezeki untuk kami bertambah.
Boleh la simpan rezeki tu untuk mase kecemasan nanti.


Nota kecik: Jangan nak shopping tak tentu kalau tak perlu ek....

Thursday, October 6, 2011

Rezeki Lepas Syawal...

Salam tuk semua....
Kite dah lamekan abis syawal...
Rayer la tu
Tapi semalam sitwin masih menerima duit rayer tau
Jangan marah..................
Walau pun tak seberape
Tapi ia agak bermakna untuk tabungan sitwin



Terima kasih untuk Kak Ha
Sebab bagi duit rayer tuk sitwin semalm
Tapi masalahnyer
Sampai sekarang PR masih malas nak g tabung haji
Nak simpan duit die orang ni
Nanti musim aji pulak 
Lagi la ramai orang 
Bile tah....
Nanti ade duit PR masuk 
Nak tambah la ckit lagi tabungan die orang 
Walau pun 10 hinggit
hi...hi...hi....

Nota Kecik: Duit anak lebih banyak dari duit mak. Macam mane tu????



Wednesday, October 5, 2011

Ya Sudah la

Salam dah lame tak bersiaran pada waktu malam. Malam ni tak tau nak buat ape. Melayan la blog kesayangan. Sekarang PR tengah mengiler menonton drama indo. Jadi minah indo PR sekarang. Nak tau drama tu ape yer... Nada cinta slot astro ria bersiaran Isnin hingga jumaat pada jam 6.30 petang. Dan siaran ulangan jam 11.00 malam (ala jangan risau kalau terlepas astro kan banyak siaran ulangan. ahaks...)




Nak tau sape hero die. Betul nak tahu. Bace SINI. Lagu yang paling PR suka dalam drama ni ialah:-

Ya Sudah la Nyayian Bondan Prakoso


JOM LAYAN.....


"YA Sudahlah”
B:
Ketika mimpimu yang begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)
*reff:
Apapun yang terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything’s gonna be OKAY
Santoz:
yo..Satu dari sekian kemungkinankau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan
Lezz:
Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada
titz:
juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang
B:
Saat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum berahir
back to *reff
F2B:
satukan langkah..langkah yang beriring!
genggam hati, rangkul emosi!
B:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita
F2B:
Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea
B:
peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)
F2B:
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yang menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)
satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yang ditunggu
Bahagia..Hingga ujung waktu.
back to *reff 2x

Wordless Wednesday #10

Tinggal Kenangan






Yang ni tak boleh tinggal lagi. hu...hu...hu....



Merah Lagi Bulan Ni....

Salam.... Ari ni bersiaran awal ckit. Sambil tunggu dak-dak opis g beli makanan. Geram betul la pagi ni. Bukan ape ari ni tak payah nak hantar sitwin rumah pengasuh. Sebab semalam papa die datang ambik. So bersenang lenang la ckit pagi ni. Keluar rumah pun tak de la lewat sangat. 

Seperti biase PR akan mengunakan laluan jambatan Sultan Mahmud. masuk jer Jambatan jem punyer la teruk. Sampai tak tahu dah berape lagu PR nyayi sorang-sorang dalam kete (hi...hi...hi....pengakuan berani yang memalukan).
Ni baru permulaan tau. Kat tengah-tengah tak tahu la. Kat jambatan ni ade 2 jer kemungkinan jem. Satu kemalangan dan satu lagi ari ujan. Lame jugak la tersekat kat cini. Ye.... memang tepat sekali memang berlaku kemalangan. Yang paling dasyat sekali kemalangan berlaku di dua-dua laluan. Laluan PR punyer kete pesona. Mak ai... baru lagi kete tu. PR tengok berlipat bonek die. Satu lagi laluan kete viva warna silver. Die menggesel penghadang jalan. Bahaya betul la. 




Ini hasilnyer. Punch kad PR merah. hu...hu...hu.... mencemari aje kat kad PR. Sabor jer la. Nak buat macam mane. Rase kalau keluar awal macam tu gakkan. Yang penting sampai opis dengan selamat.

Tuesday, October 4, 2011

Allah Tidak Menjanjikan Hidup Ini Tidak Pernah Susah

Sama-sama kite mengambil iktibar dari kisah ini..............



cerita yang mengharukan. ...



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan  sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.  

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang  sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'.. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Biodata Randy D Pangalila




-BIODATA-
Nama Lengkap : Randy D Pangalila
Nama Panggila : Randy Pangalila
TTL : Surabaya, 19 Oktober 1990
Pendidikan Terakhir : Home Schooling
Nama Ayah : E.H.A. Pangalila
Nama Ibu : Aghata Lisa
Hobi : Randy pangalilawondo
Makanan Favorit : Sate Padang
Warna Favorit : Hitam
Zodiak : Libra

Monday, October 3, 2011

Refinance Rumah #1

Salam... PR tak mau bercelotah panjang-panjang ek. Buat n3 pendek-pendek aje. Biar semua orang paham. Disebabkan masalah yang melanda baru-baru ini. PR terpaksa membuat keputusan yang drastik mengrefinance balik rumah yang kite orang beli. So PR mahu menendang name die di atas geran itu. So kene la membuat pinjaman semula.

Alhamdullilah semalam PR dah menandatangan surat pinjaman perumahan. Cuma ade sedikit urusan lagi belum selesai. Urusan guaman dan urusan dengan pihak penilai. Ok n3 ni PR akan cerita pasal rumah. Jika kite nak mengrefinance semula rumah kite. Kite kene kira semua faktor. Seperti faedah pinjaman, kos guaman dan sebagainyer.

PR membeli rumah tersebut semasa dalam pembinaan lagi. Memang kompem faedah die mencacak terlalu tinggi. So tu la dengan bangga PR nak refinance semula rumah tersebut. Sebab kalau dikira boleh menjimatkan sampai 30k sehingga 40k selepas ditolak dengan kos guaman nape tak refinance semula rumah tersebut. Cuba cari lah bank-bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah. 

Setakat ni PR dengar HSBC gan Hong Leong Islamic bank ade menawarkan kadar faedah yang rendah. Tetapi untuk Hong Leong Islamic bank hanya menawarkan untuk rumah pegangan bebas sahaja. 

Sunday, October 2, 2011

Penat Sudah

Salam.... Di waktu ini baru PR dapat nak bersiaran. Cuti 2 ari di ari minggu asyik duk mengemas dan mengosok pakaian kerja aje. Banyak betul la. Maklum la duk aham....aham... sekarang ni. Jadi plan permulaan nak gosok semua baju-baju kerja tau. So bangun pagi tak payah lagi nak mengosok-gosok baju. Tapi tak kira la pagi atau malam sebelum nak g kerja. Baru terhegeh-hegeh nak mengosok pakaian kerja.


Tapi kan misi ini tidah berjaya tau. Hu...hu...hu.... Baju kerja banyak sangat penat aje tengok baju tau. 


Ni la baju-baju yang tidak berjaya ditamatkan misi menggosok. Nak buat macam mane kan... Sape tah suruh buat baju banyak-banyak. Pastu nak mengosok punyer la nak muntah tau. Ingat mulai tahun depan nak kurengkan lah nak buat baju-baju ni. Kalau tahun sebelum ni hanya ditetapkan 6 helai sahaja setahun. Tak kira la baju rayer puase ke, rayer aji ke krismas ke (eh sambut ke?? Sowi tak sambut) hanya 6 helai sahaja. Mulai tahun depan nak buat 4 helai jer la. Kurengkan lagi. Rase- rase kau orang boleh berjaya ke tidak?? Harap boleh la yer.....



Ni pulak baju-baju yang dah siap digosok. Ni baru sebahagian. Ade dah 1 almari yang telah digosok (mak ai.. banyaknyer). Ingat malam ni nak sambung lagi la. Tu pun dah puas mengemas baju yang tak mahu dipakai dengan baju sitwin yang dah tak muat. Baju-baju tu masih elok tau. PR sedekah kat makcik. Die akan agih-agihkan kepada yang memerlukan. 



hi...hi...hi... banyak tak??? Kalau tak nak pakai atau tak muat baik sedekah jer la yer. Ramai lagi yang memerlukannyer.

Nota yang tak berape nak kecik: Ari ni dah tandatangan surat pinjaman rumah. Alhamdullilah.... Nanti citer ok....

Popular Posts