Jom Klik

Tuesday, November 25, 2014

Seminar GST #2

Punye la lama nak sambung balik N3 #1 pasal GST yang lalu. Ada yang tinggal kan komen bertanyakan apa kah barang yang akan mengalami penurunan. Ni bukan saya yang buat andaian sendiri ok. Tapi penceramah serta yang bagi penerangan tau:-

1) Katanye... semua barang perkilangan akan mengalami penurunan harga. Ini disebabkan cukai untuk perkilangan akan menjadi 6% daripada 12% yang dikenakan sekarang.

2) Katanyer lagi.... GST untuk bil TNB kilang boleh claim semula dengan kastam.

3) Begitu juga dengan kilang beras serta barangan asasi seperti mee hon, kueh tiaw, mee kuning boleh claim semula caj GST bil elektrik dengan kastam.

4) Yang paling daku sedih bermula la GST pada 1 April 2015 penerbangan domestik akan dikenakan GST. Sop....sop...sop

Sekian....

 

Monday, November 3, 2014

Seminar GST #1





PR hanya bagitahu perkara yang penting sahaja yer. Kira nota la ni:-

- GST akan dilaksanakan bermula 01 april 2015
- Ade barang akan naik dan ada pula barang yang akan turun (kata nyer la)
- Barang asa seperti beras, gandum, serbuk kopi, serbuk tea, ikan, ayam tidak dikenakan GST.
- Petrol dan diesel yang digunakan untuk persendirian bukan perniagaan tidak dikenakan GST.
- Bekalan air serta letrik ( pengunaan untuk 300 unit untuk bekalan letrik pertama untuk domestik tidak dikenakan GST) dikenakan GST
- Barangan seperti emas, barangan gejet, minyak wangi akan dikenakan GST bermula 1.4.2015
- Kerajaan akan mengeluarkan panduan harga pada 01.01.2015 (hanya panduan sahaja yer

Sunday, October 19, 2014

Jom Menanam






Ni pokok strawberry yang PR kirim dengan budak opis. Die g cameron highland. Murah jer pokok ni, cuma 10 ringgit sahaja.


Yang ni PR ambik nak semai benih. Harap-harap menjadi gitu. Belajar menyemai benih strawberry la pulak yer. Benih pokok tomato belum alihkan lagi ni. Dah membesar die.


Friday, October 10, 2014

Sahabat








Kerana ade kesilapan kita amalkan sikap tegur menegur. Daku sedar, daku bukan sempurna, tapi ade niat untuk membaiki diri.... Jauh sekali menjatuhkan maruah orang lain. Jika teguran tidak dipedulikan ape yang boleh daku buat. Banyak mata memandang. Banyak mulut berbicara....


Jom kita pakat musibah diri kita yer.... Cermin diri. Baiki yang mana berkurangan. Jangan riyak. Bersyukur lah dengan apa yang ade. Jangan cepat mengeluh. Biar orang lain tak ambik peduli. Ingat allah sentiasa ade dengan kita.


Nota kecik: rindu nak berblog. Tunggu yer n3 g jenjalan di padang....

Wednesday, July 16, 2014

Worldless Wednesday @16.07.2014




Nota kecik: luluskah daku dengan dengan setiap ujian yang diberi olehnyer dengan penuh kesabaran....

Tuesday, July 1, 2014

Belajar Buat Tikus Gan Cik Puan Aisyah








Bila mummy tanyer ecah buat ape tu. Die jawab tikus. Tang mane tikus pun tak tau. Puas mummy die duk gelak sorang-sorang.... Hahahaha....

Tuesday, June 17, 2014

Jadual Berbuka Puasa Serta Imsak

Ni jadual untuk waktu berbuka puasa serta imsak untuk kawasan Kuala Terengganu dan Marang. Tidak ketinggalan kawasan yang sama waktu dengannya.....


Friday, June 13, 2014

Salam 15 Syaaban


Sejak dua, tiga minggu PR banyak di uji dengan kesabaran. Alhamdullilah sabar itu ade tapi semalam mmm..... Kita manusia biasa. Maaf dari daku jika ade silap dan salah. Sengaja atau tidak.

Kita mungkin tak sengaja menjaja keadaan orang. Dari secara umum orang tak tau, sampai semua orang tau. PR suka dengan kehidupan sekarang. Alhamdullilah tapi semalam bila orang dengan tidak sengaja mencanang sesuatu. Maaf terus terang daku tak suka itu....

Maaf daku membalas komen dengan perkataan kasar sekali. Sebab utama PR tak suka hamba-hamba allah ni meroyan kat mukabuku. Kite ade allah. Kenapa kita tak mengadu dengan die ajer. Kene unfrend pun kecoh, kata si A cantik la, kaya la, manja kededek la. Sedap kita mengata, kita lupa ke yang kite ni ada allah. Kite lupa kisah hari kiamat ke? Nak ke kita mati dahulu sebelum meminta maaf si A tu. Nak kite merangkak di padang masyar nanti mencari si A memohon ampun dan maaf. Ingat kalau ade ketidak senang hati tu jangan la ambik hati. Sebab hamba allah memang tidak sempurna. Memanggil orang itu SETAN elok ke? Ingat walau kite lebih tua dari orang lain pun tak semestinyer kite tak boleh di tegur.


Dalam islam si anak tak boleh tegur kesilapan ibu dan bapanyer ke? Kalau orang lain panggil kite setan macam mane kita rase. Nak marah kan? Kita semua ade maruah. Jangan kita duk sibuk menjaja maruah kita. Tak pikir ke kita ape orang lain anggap dengan status kita tu? Yang ade suami jaga la maruah suami. Yang tak de suami sila jaga maruah mak ayah kita. Perbuatan tu sama la kita nak tempah kita dan suami ke dalam api neraka jugak kan......







Tak elok kite duk up status menghina serta memaki orang. Nak marah redakan dulu amarah tu. Kita tidak boleh melihat orang secara zahir aje. Jangan ingat kita boleh sangka orang tu kaya banyak duit gitu. Die tuh hantar laporan kewangan dengan aset apa yang die ade kat kita ke tiap-tiap bulan. Orang merungut duit tak de la, moto rosak la, kereta rosak la, anak-anak nak masuk sekolah la. Tu belum menentukan orang itu tak ade duit. PR ada menghadiri majlis pembahagian zakat ni. Orang-orang ini kami yang akan cari sendiri. Habis pelusuk kampung kami cari. Di hari majlis tu dia orang boleh menitis air mata kerana ade lagi insan yang boleh membantu. Sedih tau bukan ape selama ini mereka-mereka ni tak pernah merungut meminta. Tapi alhamdullilah kami dapat cari. Maaf kat cni yer kami tak akan memberi yang duk main mukabuku. Orang duk main mukabuku neh bukan susah sangat pun. Ramai lagi rakyat malaysia yang susah tapi tidak merungut itu dan ini. Maaf yer.....











PR sedia ditegur. Tapi jaga la maruah orang lain seperti mana kita menjaga maruah diri kita. Jangan tegur kesilapan sahabat kita di wall muka buku tu. Tak elok sangat-sangat. Kepada semua sahabat yang berkawan dengan PR di mukabuku sila lah PM dimukabuku yer. Daku sedia menerima teguran dengan hati dengan ikhlas. Maaf dipinta jika n3 daku kali ni ade yang menguris hati kalian. Daku hanya insan biase. Yang senang membaiki diri. Merenung diri kat mana ade kekurangan yang perlu dibaiki. Semoga kita boleh mengaudit diri kita dengan ikhlas hati. Menerima teguran.


Nota kecik: sebenarnya bosan duk tunggu twin ade latihan teakwando arini. Ade kelas ganti gitu.... Sebenarnye ini hanya untuk peringatan diri sendiri jugak.....

Monday, May 26, 2014

Selamat Hari Guru


Cbuk betul PR sejak akhir-akhir ni. Sampaikan hadiah untuk guru-guru die pun lewat beli. Sabar la.... Janji beri dak gitu. Hehehe..... Semua dah bagi hadiah pada hari ahad atau khamis. Sebab 16. May jatuh pada hari jumaat, kebanyakan sekolah buat sambutan pada hari ahad. PR hari ahad baru terhegeh-hegeh nak pergi beli hadiah untuk cikgu.










- Posted using BlogPress from my 3310

Wednesday, May 21, 2014

Happy Mother Day








Dah seminggu berlalu. Baru PR nak buat n3 pasal ni. Ni la adiah my twin bawak balik tuk mummy die tahun ni. Siap beri cup kek lagi. Tu kompem tecer die dah tempah siap-siap. Hehehe....

Terima kasih sayang. Mummy hargai pemberian twin kesayangan mummy. Tak de yang setanding dengan anugerah allah bagi kat mummy ni. Seperti mane mummy mengingati Aiman dan Aisyah tiap-tiap saat, setiap detik. Begitu la mummy nak anak-anak semai dalam ati. Bukan hanya tuk hari yang tertentu sahaja yer sayang.








Nota kecik: mummy sayang kamu..... 😘😘😘😘😘

- Posted using BlogPress from my 3310

Monday, May 12, 2014

Bila Anak Nak Jadi Iceman


Situasi petang semalam, dalam kereta pulang dari kerja:-


Aiman: mummy boleh tak aiman nak jadi iceman

Mummu: glup... Nak jawab ape ni

Aiman: mummy boleh la (dengan penuh rayuan plk tu)

Mummy: dalam hati (bila aiman dah matang tahu la kenapa mummy tak jawab soalan tu sayang)


Nota kecik : tu pergi sekolah duk mengosip gan geng-geng die

- Posted using BlogPress from my 3310

Monday, May 5, 2014

Itu Kah Aku





Sumber: incik abam guger

Nota kecik: terpaksa senyum ari ni walau pun hati memang rase sedih




- Posted using BlogPress from my 3310

Saturday, May 3, 2014

Sudah Banyak Auta






Ini budak makin membesar makin banyak auta tau....

Peristiwa ari ini...

Aiman: mummy ustazah cakap aiman tak payah g sekolah

Mummy: (dalam keadaan terkejut serta pelik) nape pulak ustazah tak bagi pergi sekolah?

Aiman: ustazah cakap aiman tak sihat jadi tak yah pergi sekolah

Mummy: banyak la auta. Baru sudah main panas. Syok jer duk tengok tb 617 (kartun). Badan segar mugar.... Mau mummy die tak hangin kejap..

Padahal nak tengok citer kartun. Sebab kat rumah dah fotong asterok. So die memang tak leh tengok kartun... Hehehe....

- Posted using BlogPress from my 3310

Friday, May 2, 2014

Ku di kurantin








Dah hampir 2 minggu dalam keadaan begini. Mula-mula demam melanda diri. Pastu die akan naik la penyakit macam melecur di bibir serta kat hidung. Sudahnyer akan pakai maks sepanjang keluar rumah serta pergi keje.

Nota kecik: rindu nak berblog lagi. Harap- harap akan rajin mengupdate....

Monday, January 6, 2014

Friday, January 3, 2014

Sekolah Agama Rakyat








Ari ni bermula la twin sekolah agama. Sekolah agama die hanya belajar pada ari jumaat dan sabtu sahaja. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.


Sekolah agama ni yuran murah ajer. Seorang 15 inggit. Bayaran daftar die pun 15 inggit.

Encem dan ayu pulak mytwin ni. Hehehe....


- Posted using BlogPress from my 3310

Thursday, January 2, 2014

Ari Pertama...


Pejam celik, pejam celik dah mula mytwin sekolah tadika balik. Balik jer dari sekolah tecer dah bagi buku untuk membalut.






Rase dah ilang skill nak balut buku ni. Hahaha..... Dah lame tak balut buku tau tak. Akhirnyer... Tak siap jugak balut buku ni. Sambung la esok pulak. Kat Ganu coti ari minggu kan.

Nota kecik: azam 2014 seari sekurang-kurangnyer 1 pic mytwin. Pastu nak buat simpanan secara besar-besaran gitu. Bahaha.....








Pic pada 02.01.2014. Eh semalam boleh lupe la plk.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Datang Tahun 2014






Doa daku agar tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Walau pun menghadapi zaman kenaikan barang. Semoga daku akan lebih tabah... Semoga daku lebih rajin mengupdate blog gitu. Hehehe....

- Posted using BlogPress from my iPad

Popular Posts