Jom Klik

Tuesday, May 31, 2011

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Monday, May 30, 2011

Tahniah Buat Salma

Semalam entah ape mimpi aku. 
Melayan mentor 5 sampai abis rancangan. 
Akademik Fantasia 9 pun aku  tak layan gak. 
Biar la orang kate itu dan ini. 
 Aku lebih suka mendiam diri. 
Sebab tak tengok la.
hi...hi...hi... 
Kalau sebelum ni nak tengok pun malas. 
Mungkin semalam dah peringkat akhir. 
Nak gak tau juara tu suara best ke tidak. 
hmmm.... Bagi aku boleh la.
Nak komen lebih-lebih tak pandai la sangat dalam industri ni.


Nyanyi punyer nyanyi dapat RM 100,000.000. 
Tahniah buat Erra Fazira kerana berjaya mendidik Salma sehingga boleh menjadi Juara Mentor 5. 
Untuk yang lain jugak aku ucapkan tahniah.
Selamat menyemarakkan lagi industri tanah air
Jangan hangat-hangat taik ayam jer.


P/S: Entry pendek sebab tak pandai nak komen lebih-lebih tak tengok dari awal episod.

Perangai Mengile Ku Datang Lagi

Hai....
Aku tak tahu la
Perangai giler ku datang lagi
Bukan ape giler main game
Main game kat facebook
Dulu dah berenti kejap
Ek.. Sekarang giler main lagi
Dulu sibuk memasak kat fecebook (cafe world)
Sekarang cibuk membina bandar (city ville)
ha...ha...ha...
Kau orang nak tengok bandar aku
hi..hi...hi....


Entah ape-ape la kau ni
Tabiat main game tak abis-abis lagi
Tension ke???
Ke memang tak de keje kat pejabat
Nak rehat kan minda sebab tension keje boleh la
Tapi jangan sampai tergendala semua keje pulak
Entah menjadi tak bandar aku ni
Kau orang pernah main game ni
Boleh la kalau nak jadi jiran ku
hi...hi...hi.....


Sunday, May 29, 2011

Ape Masalah Kau....

Salam untuk semua....
Aku tak tau la
Ape masalah aku dengan die ni
Dah berbulan-bulan aku menatap
Membaca, membelek
Tapi tak ade kesudahan
Kenapa kau buat aku macam ni





 Kau buat aku sedih la
Aku tak tau ape masalah kau dengan aku
Please......
Jangan la buat aku macam ni
Kau orang tau sape yang aku maksudkan
Jeng...jeng...jeng....
*
*
*
*
*
*

Aku tak tahu
Kenapa aku tak dapat menghabiskan baca novel ni
Dah berbulan lamenyer
Novel lain aku bace ok jer
Kadang-kadang aku saje tak ambik hirau pasal novel ni
Memang kau tak menarik minat aku kah...
Sape-sape bloger yang pernah bace novel ni
Komen la sikit....
Sedap ke tidak jalan citer novel ni
Nasib baik aku tak beli novel ni
Kalau aku beli tak tau la nak cakap ape
Novel ni aku pinjam akak yang punyer
Yang nyata aku akan berazam 
Akan menghabiskan jugak novel ni
Sekarang pesta buku kat bandar K. Terengganu
Ingat nak beli novel yang dicadangkan oleh seorang dua bloger
Iaitu cucur bawang kopi O
Harap-harap ade kat ctu
Dan jugak berharap ia best dibace 
Seperti yang digempar gembur kan....
hi...hi...hi.....

Pengajaran Tu Penting Tau....

Pengajaran kepada artis

KUALA LUMPUR: “Ini adalah pengajaran kepada artis lain kerana seburuk-buruk kejahatan dilakukan secara sembunyi, akhirnya terbongkar juga,” kata penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai pembabitan segelintir artis dengan dadah serta gejala sosial lain.
Menurut Zawawi, kes yang berlaku kepada Ameng Spring adalah contoh bahawa tiada siapa mampu menyorokkan kesalahan dilakukan, malah apabila terbongkar, ia memberi kesan kepada individu itu.

“Bagi saya, kes Ameng antara contoh terbaik bagi orang lain, terutama kalangan artis, untuk muhasabah dan memperbaiki diri sebelum terlambat.
“Ini kerana, bila tertangkap dan disabitkan hukuman, menyesal bagaimanapun tetap tidak mampu mengelak hukuman yang bakal dikenakan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Zawawi berkata, perkara ini bukan merujuk kepada artis saja, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan undang-undang serta yang dilarang dalam Islam.

Namun, katanya, impak dilakukan individu yang terkenal sebagai ‘public figure’ seperti Ameng mampu memberi kesan lebih kuat kepada orang ramai.

“Ameng sememangnya terkenal sebagai artis, oleh itu impak atas setiap perbuatan serta perkara dilakukan akan menarik perhatian ramai orang.

“Sebagai contoh, jika dia mengatakan mengambil bahan terlarang berkenaan bagi meredakan tekanan atau atas alasan lain sekalipun, kita khuatir ia turut diikuti orang lain, terutama peminat,” katanya.
KUALA LUMPUR: “Ini adalah pengajaran kepada artis lain kerana seburuk-buruk kejahatan dilakukan secara sembunyi, akhirnya terbongkar juga,” kata penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai pembabitan segelintir artis dengan dadah serta gejala sosial lain.
Menurut Zawawi, kes yang berlaku kepada Ameng Spring adalah contoh bahawa tiada siapa mampu menyorokkan kesalahan dilakukan, malah apabila terbongkar, ia memberi kesan kepada individu itu.

“Bagi saya, kes Ameng antara contoh terbaik bagi orang lain, terutama kalangan artis, untuk muhasabah dan memperbaiki diri sebelum terlambat.
“Ini kerana, bila tertangkap dan disabitkan hukuman, menyesal bagaimanapun tetap tidak mampu mengelak hukuman yang bakal dikenakan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Zawawi berkata, perkara ini bukan merujuk kepada artis saja, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan undang-undang serta yang dilarang dalam Islam.

Namun, katanya, impak dilakukan individu yang terkenal sebagai ‘public figure’ seperti Ameng mampu memberi kesan lebih kuat kepada orang ramai.

“Ameng sememangnya terkenal sebagai artis, oleh itu impak atas setiap perbuatan serta perkara dilakukan akan menarik perhatian ramai orang.

“Sebagai contoh, jika dia mengatakan mengambil bahan terlarang berkenaan bagi meredakan tekanan atau atas alasan lain sekalipun, kita khuatir ia turut diikuti orang lain, terutama peminat,” katanya.
Malah, Zawawi berkata, perbuatan artis tanah air sedikit sebanyak mencalar lagi imej industri hiburan negara.

“Ini yang kita tidak mahu. Bila satu demi satu artis ditahan atau dilapor melakukan kesalahan undang-undang atau terbabit dalam maksiat, orang menganggap industri hiburan teruk, sedangkan ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika dimanfaatkan secara betul,” katanya.

Bagaimanapun, Zawawi berkata, dalam kes Ameng, hukuman berkenaan bukan jalan akhir untuk menutup peluang kepada artis berkenaan supaya lebih berjaya dalam hidup, sebaliknya mungkin sebagai pengajaran kepadanya dan rakan artis lain untuk berubah.

Katanya, ini kerana, jika Ameng tidak ditahan dan disabitkan hukuman, pasti dia (Ameng) terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang lebih teruk.

“Kita ibaratkan hukuman ini sebagai hukuman pemulihan kerana tujuannya memang untuk menyedarkan manusia mengenai kesalahan dilakukan.

“Jadi, apabila selesai menjalani hukuman, kita berharap mereka berubah dan jadi insan lebih baik dan jika boleh, sesuai dengan statusnya sebagai artis... mungkin boleh digunakan untuk menarik orang ramai ke arah kebaikan pula selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, hukuman itu juga bukan bermakna seseorang itu akan menempuh masa depan gelap, sebaliknya sebagai tempoh membina hidup baru.

“Ini hanya hukuman dunia dan tidak bermakna ia menutup peluang seseorang itu untuk lebih berjaya di kemudian hari.

“Rezeki terletak di tangan Allah SWT. Jadi, apabila seseorang itu insaf dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah, pasti rezekinya lebih melimpah ruah dan diberkati,” katanya.

Menurutnya, artis lain perlu mengambil iktibar daripada kes ini dan meninggalkan segala kegiatan buruk sebelum terlambat kerana ia akan merosakkan masa depan dan kerjaya mereka.

Ameng atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, 12 April lalu selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.

Mahkamah memerintahkan Ameng menjalani hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan itu serentak bermula pada tarikh ditangkap pada 1 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

 

Friday, May 27, 2011

Hari Paling Malas Nak Update Blog

Salam1 Malaysia buat semua
Entah mengapa la kalau hari minggu jer
Otak jadi beku
Nak update blog pun malas
Tapi ku kuat kan jugak semangat
Demi kengkawan kat blog
Ari ni aku tengah mengiler duk bace novel
Akak ade beli 3 novel baru
Kat pesta buku kat bandar Terengganu ni
Satu tu die pinjam dari kawan die
Aku pun ape lagi
Memang teruja giler la
Bile dapat novel baru ni
jeng...jeng...jeng....



Semoga semangat ku tak hilang
Nak berblog lagi
Rehat minda jap.....


Thursday, May 26, 2011

Jom Kongsi....

Adakah gaji isteri adalah hak mutlak suami, bermakna setiap perbelanjaan isteri terhadap gajinya sendiri perlu meminta izin suami terlebih dahulu dan isteri tidak boleh berbelanja tanpa pengetahuan suami?

Jawapan:

Gaji isteri bukan hak mutlak suami, begitu juga gaji suami bukan hak mutlak isteri. Gaji yang diperoleh oleh setiap individu melalui pekerjaan yang dilakukan adalah hak individu.

Ini adalah kerana gaji adalah hasil titik peluh masing-masing dan tidak boleh dianggap gaji isteri sebagai gaji suami dan gaji suami sebagai gaji isteri.

Dalam urusan rumah tangga maka suamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyedia makan minum, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas bagi sebuah keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(al-Nisa’:34)

Namun hari ini, kita lihat kebanyakan suami isteri berkerja. Adakalanya selepas perkahwinan suami meminta isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada urusan rumah, lebih-lebih lagi sekiranya sudah mempunyai zuriat.

Ada pula suami yang meminta isterinya kerja supaya dapat meringankan tanggungannya memandangkan pendapatannya yang sangat terhad.

Biarpun kaum lelaki sepatutnya bertanggungjawab dalam semua hal urusan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, namun tidak salah kalau dibantu oleh isteri bagi meringankan bebanan suami.

Kadang-kadang lahir pandangan bahawa duit gaji masing-masing punya, gaji suami untuk keperluan suami manakala gaji isteri bagi keperluan isteri, maksudnya suami jangan campur pendapatan isteri dan isteri tidak akan mencampuri pendapatan suami.

Sebenarnya pandangan sebegini boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, ini kerana suami isteri mula hidup berkiblatkan material dan hidup untuk kepentingan peribadi.

Dari awal lagi, sebagai seorang suami kena faham bahawa isteri berkerja untuk meringankan suami bukan untuk melepaskan tanggungjawab suami. Adalah salah sekiranya suami menggangap bahawa gaji isteri adalah hak mutlaknya.

Antara yang perlu difahami ialah suami berpendapatan tinggi dan isterinya juga berkerja tidak melepaskan si suami daripada menanggung keperluan isteri, anak-anak dan rumah.

Soalan 2:

Sekiranya gaji isteri adalah hak mutlak suami, bolehkah disamakan gaji isteri sebagai nafkah? Bermaksud sudah memadai sekiranya isteri menggunakan gaji sendiri untuk keperluan diri dan anak-anak, maka suami tidak perlu lagi memberi nafkah?

Jawapan:

Pendapatan isteri tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak suami ini kerana pendapatan itu hak isteri secara mutlak. Hak mentadbir kewangan isteri akan berpindah sekiranya isteri gagal mentadbir kewangan secara betul. Selain dari itu adalah hak isteri mengurus kewangannya.

Pendapatan isteri atau gaji isteri adalah untuk membantu suami dalam meringankan bebanan itupun jika suami tidak mampu menanggung kesemua kos pengurusan keluarga.

Namun, sekiranya ada suami yang beranggapan gaji isteri untuk menanggung segala kos keluarga dan suami lepas tangan adalah tidak betul dan sikap sebegini sikap yang tidak bertanggungjawab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.(al-Talaq: 6-7).

Di dalam kedua-dua ayat ini Allah SWT memperincikan tanggungjawab seorang suami ke atas isteri dan keluarganya. Apa yang penting dalam mengemudi bahtera rumah tangga, ialah memahami peranan masing-masing, suami memahami peranannya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri juga perlu faham dan memahami tanggungjawabnya dalam membantu dan meringankan bebanan suami. Inilah di antara kunci keharmonian rumahtangga.

Harga RON95, Gas Kekal

PUTRAJAYA: Rakyat boleh menarik nafas lega kerana buat masa ini kerajaan mengambil keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Kabinet membincangkan secara teliti dan mendalam berhubung rasionalisasi subsidi produk petroleum berkenaan, sekali gus menggambarkan kprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

“Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat. Namun kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.

Ismail Sabri berkata, pengumuman itu juga menunjukkan khabar angin disebarkan pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang yang mendakwa harga minyak naik tidak betul sama sekali.

“Jadi kepada orang ramai, saya nasihatkan selepas ini jangan terlalu terpengaruh dengan khabar angin, lebih-lebih lagi yang dibawa pembangkang kerana selama ini saya dapat lihat dalam blog, Facebook dan risalah dikeluarkan pembangkang mengatakan kerajaan akan menaikkan harga.


“Ada yang kata 20 sen dan 30 sen. Semua cerita itu bohong dan tidak benar,” katanya. Namun katanya, mesyuarat itu bagaimanapun tidak membincangkan berkenaan tempoh pengekalan kadar harga produk berkenaan.

“Saya tak kata tahun ini, kerana jangka masa kita tak bincang. Tak tahulah saya, sebulan, dua bulan, empat bulan ke,” katanya.

Sementara itu mengenai diesel super subsidi, beliau berkata, pengangkutan awam seperti bas sekolah dan teksi, termasuk bot nelayan kategori A, B dan C1 masih dikekalkan.

“Cuma kenderaan komersial kita tak beri subsidi, seperti lori, termasuk bot nelayan C2 kerana ini industri laut dalam. Dulu kita beri semua seperti lori pengangkut batu dan pengangkut simen,” katanya.

Menurutnya, konsep subsidi untuk golongan miskin dan hasil penarikan balik sebahagian diesel super subsidi kerajaan dapat melakukan penjimatan lebih RM600 juta untuk lori dan bot lebih RM100 juta.

Sumber: Harian Metro

Bismillahhirrahmanirrahim

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala  
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:  
Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali  
sebelum tidur maka:  
 
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.  
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.  
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.  
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..  
Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci  
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai  
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.  
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan  
sebarang aktiviti.  

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya  
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu  
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai  
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."  

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.  

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang  
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.  
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada  
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.  

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan  
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air  
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.  
Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya  
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah  
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang  
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk  
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.  
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat  
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya  
iaitu:  

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun  
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak  
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita  
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak  
nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab  
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan  
oleh makhluk lain dengan cara mereka.  

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita  
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari  
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan  
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini  
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri  
untuk membacanya.  
 
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita  
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti  
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat  
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam  
melakukan aktiviti kita sehari-hari.     

Wednesday, May 25, 2011

Kisah Kau & Aku

Salam sayang untuk semua. MMuuuaah......  Aku tak tahu kenapa saat-saat ni aku selalu mengingati BFF ku semase belajar kat kolej dulu. Mungkin kami rapat sangat kot. Ke sana ke mari berdua. Ade satu ari tu kami plan nak g Pengkalan Kubor saje jalan-jalan. Duit bukan ade pun. Biase la x de kelas. Berjalan-jalan la kerjanyer.

Cari punyer cari bas nak g kat cner. Akhirnyer jumpe la. Alamak banyak tol bas nak g cner kau orang tahu tak. Kat Kelantan bas pakai no. tau. Kita orang pun main belasah jer. Tak pe mase g kite naik bas ni. Mase balik bas lain pulak ek. Sampai kat Pengkalan Kubor sudah jalan-jalan kite orang pun nak balik. Alah bukan beli ape-ape pun. Saje nak g menghabiskan duit kat tambang bas. Kami mengambil keputusan nak naik bas lain pulak balik menghala ke Kota Bharu. Hi..hi...hi.... Tambang die beza 10 sen jer. Bukan mahal pun.  Aku naik bas g Pengkalan Kubor dulu tambangnyer tak sampai 2 hinggit (harga dulu la sekarang tak tau).Aku dah pikir mesti bas yang aku naik ni menghala ke jalan lain dulu. Maksud ku die tak ikut jalan mase kite pergi ke Pengkalan Kubor.

Kau orang tahu ape jadi. Punyer la lame giler kite orang duk dalam bas. Sampai member ku tido 2,3 kali terjage. Tapi kite orang tak sampai-sampai kat bandar Kota Bharu. Sampai member ku tanyer nape kite tak sampai-sampai lagi ek. Aku jawap kejap lagi kot. "tu bandar K.B dah nampak". Rupe-rupenyer member aku tido lagi bangun tak sampai-sampai gak. Berape lame aku duk dalam bas pun aku tak tau. Aku ni jenis yang payah tido siang. Tapi kalau dah tido maknernye aku terlalu penat la tu.

Akhir sekali sampai jugak kite orang kat bandar Kota Bharu. Memang tobat aku tak mau lagi naik bas tu. Tapi memang yer... Sekarang aku dah tak naik bas lagi kalau nak g Pengkalan Kubor. Nak buat macam mane dah ade kenderaan sendiri. Kan senang kalau pergi dengan kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam ni.

pinjam pic kat pakcik google


Cukup Ngeri la

Murid ditarik depan sekolah

 

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.


Sumber: Harian Metro

 

Tuesday, May 24, 2011

Kaabah Yang Enggan Bergerak

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi..

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga. .

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingny a.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Burung Yang Hilang

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu p agi , semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : Siapa disini yang ada burung?
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah, bukan itu maksud saya....

Lalu di ajukan soalan yang lain..
maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Ker ana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung maaf, bukan itu maksud saya...

Sekali l agi dia cuba bertanya
maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya, Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata l agi , maaf sekali l agi , bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?

Lalu Isteri lelaki itu pun pun berdiri. dan seorang wanita yang lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari....

hahahaahahah......
menyesal tanya.

Monday, May 23, 2011

Rahsia Solat Awal

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi..

Pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Sunday, May 22, 2011

Kau Buat Aku Marah

Malam ni baru beras semua keje, ni baru rase dapat update blog ku ini. Waktu keje tadi memang aku cbuk betul la. Banyak betul keje yang kene disiapkan dalam seberape segera. Sampai bz tahap gaban la kate orang.

1,2,3, bertukar....

hi...hi...hi... sempat lagi kau buat lawak ek. Berbalik pada tajuk entry aku. Aku nak tanyer ni kite boleh marah orang tanpa sebab tak?? Mesti tak bolehkan. Mesti orang akan cakap kite giler tak (dalam erti kate lain wayar ade la tu yang dah longgar) Tapi  kan kau memang buat aku marah tau.... @#*@#*$%%*^&..... Nak tahu sebab ape??

Begini al-kisahnyer. Aku dengan baby girl g la jalan-jalan kat pasar malam. Parking la kereta kat tepi jalan. Ingat tu TEPI JALAN bukan tengah jalan tau. Kalau kat tengah jalan aku tak terase ati tau.  Dan kalau  ingat kau senang-senang boleh cium kete aku. Tak pe...Tak pe....Ari ni hari kau . Esok lusa kau belum tahu lagi. Ape kate suatu ari nanti kenderaan kau pulak yang kene. Ni baru semalam aku perasan kete aku kene cium.   Tapi kalau aku perasan mase kite orang g pasar minggu pun tak boleh nak buat ape gak. Bukan tahu siape yang cium botot kete aku. Jawapan nyer nanti nak duit lagi la tu.....



Kau orang tengok ckit ke yang kene. Tak pe... Aku tak nampak ape yang kau dah buat. Tapi TUHAN nampak tau. Engau tak merase ape yang aku rase sekarang ni. Kene batang hidung sendiri baru kau tau. Langit tu tinggi ke rendah.

Moral of the story: Jangan ikut perangai yang bagus ini.

Aku Tengah Banyak Kerja

Syukur alhamdulillah...
Aku masih boleh update blog aku sapai ke saat ini
Alamak kate keje banyak
Memang tengah banyak keje ni
Mencuri mase seminit 2 untuk update blog
Cuma nak cakap tengah banyak keje ni
Nak citer panjang-panjang tak sempat pulak


Walau pun ade citer nak diceritakan
Maaf yer aku nak menyepikan diri buat sementara waktu
Bukan ape nak siap kan kerja dulu
Nanti kite citer panjang-panjang ek

Wassalam.........

Friday, May 20, 2011

Kau Tak Follow Aku Ade Aku Kisah

Ce...wah....
Sombong dengar kau punyer tajuk
Belagak ke????
Ni aku punyer prinsip
Tubuh blog nak berkawan,
Meramaikan lagi kekawan yang ade...
Yang paling penting 
Aku dapat maklumat di mase aku bz giler
 Tak salah kan kalau kite follow orang
Dan jangan paksa orang follow kite
Tak best la main pakse-pakse


Ape-ape pun terima kasih ek
Kat kau orang semua sebab dah Follow blog Pena Rozie
Kau orang terjah jer blog die orang
Kalau die orang marah kau orang terjah baik tak payah nak main blog
Tutup jer blog tu...
ha....ha....ha.....
Tak salah kita ramai-ramai ni berkongsi cerita, ilmu, pengalaman, pendapat dan macam-macam lagi la
Dan paling penting hargai la follower kau orang


Thursday, May 19, 2011

5000 Sudah

ha...ha...ha...
Ape la kau merapu di petang ni
Banyak keje ek...
Tension ke????
Layan blog lu ek...
Ke nak tunggu mase balik keje
oi... Lambat lagi la balik
Tau la esok cuti ari minggu 2 ari
hu...hu...hu....
Sebenarnyer follower ku dah sampai 500 dah
Terima kasih la yer
Kepada semua yang sudi follow blog Pene Rozie yang tak seberape ni

 blog yang ke 500 ialah jeng...jeng ...jeng....


Ape-ape pun terima kasih kat semua yang sudi follow blog ni
Walau pun usia blog ni baru setahun jagung
(banyak kau setahun baru 5 bulan da)
Perasan la tu.....
Terima kasih jugak la sebab kau orang sudi-sudi menceroboh blog ni
Ceroboh la aku tak marah tau
Ape-ape pun terima kasih banyak-banyak atas sokongan dari anda semua


Roselle Memang Best


Kau orang kenal dengan buah ni?? Ni la orang panggil roselle tau. Roselle banyak khasiatnye. Roselle ni aku tanam sendiri kat belakang rumah. Die boleh dibuat jus atau jem. Yang ni aku lebih suka buat jus.


Kau orang petik jer dalam 15 bijik roselle ni. Basuh macam biase. Buang jer bijik die kat dalam tu. Rebus untuk 1 kg gula tau. Die akan keluar kemerahan macam sirap.


Die akan mendidih macam ni. Biar la ia sejuk dulu. Kalau nak minum sekali dengan buah roselle pun tak pe. Sedap tau.....


Kau orang nampak sedap tak. Sedap tau. Dulu pun aku tak minum air ni. Tapi sekali minum rase best sangat. Tq buat sabihah yang sudi ajar dan bagi benihnyer. 

Ni antara khasiat - khasiatnyer :-

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.


Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau! Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

Diharap sape-sape yang belum pernah atau tak pernah mencuba air ni. Cuba la. Die baik dari jus limau tau. Ahaks...

Wednesday, May 18, 2011

Ben 10 Demam

Ha...ha...ha.... 
Tulis tajuk dah rase kelakar. 
Ben 10 boleh demam ke???
Bahaya betul la kalau Ben 10 boleh demam. 
Sape nak hapuskan raksaksa ek..
ha...ha...ha...

Nak tau sape die.....
Jeng...jeng...jeng...............



Ini lah peminat tegar Ben 10 kalau die sihat mengalahkan Ben 10. 
Aku pun dah naik fening la.
Kerjanye asyik Ben 10 orang jer. 
Ni la muka orang demam. 
Asyik merenget jer kerjanye.
Kalau beli baju Ben 10 untuk die
Dan pasangan kembarnyer
Fulamak terus buang baju yang die pakai
Pakai ajer baju Ben 10 yang baru beli
Dah demam terus ilang Ben 10 di hati mu ek
Mummy doakan kamu cepat sembuh yer....

Tuesday, May 17, 2011

Aku Dah Ade 3... Kau Orang???

Ari ni boring sungguh
Maklumla ari ni cuti Hari Wesak
Dah siap semua kerja rumah
Dah tiba mase untuk melayan blog pulak
Ni dah masuk 3 edisi McD mengeluarkan gelas
2 edisi lalu aku telah gagal mengumpul gelas
Ade yang cukup 6 tapi warna pulak same
Ade sampai 5 jer
Pastu ade pulak yang pecah
So bila sampai edisi ke 3 ni
Aku berazam nak kumpul kesemuanye
Ade 6 warna....


Cantikkan....
Hanya untuk koleksi jer
Sape-sape yang yang bertandang kat rumah
Akan disediakan gelas lain ek
(hi...hi...hi... jahat sungguh statement ku)
Ni gelas yang berjaya aku tawan
(ewah mcm tawan gunung la pulak)


Cantik tak???
Jangan sesiape nak cemburu ek
Beli sendiri tau ha...ha...ha....

Jalan-Jalan Cari Pasal

Salam sayang untuk kat kalian semua. 
Sanggup bertandang ke blog yang tak seberape ni.
Hi...hi...hi... Terima kasih ek.

Ni kisah ku dengan twin kesayangan ku. 
Bawak g jalan-jalan.Ambik kau. 
Abis gak la secoet duit ku yang tinggal tak seberape ni. 
Tapi tak pe demi nyawa-nyawa ku ni (twin). 
Ade aku kisah...

muka yang tercengang bile tengok patung besar



Nak tau patung ape yang di tengok....

Jom layang

Besarkan....

Cuba teka kat mane tempat ni???? jeng...jeng...jeng..............

Seorang dah dapat kereta mainan seorang dah dapat bola


Tengok muka eppy dan lappy jer (eh tu laptop la)

Kereta mainan boy punyer harga 15 hinggit dan bola girl kat belakang tu 10 hinggit 3 bijik. 
Ada murah ke mahal???

eh nak bola lagi rupenyer

tengok rupe orang dapat bola. Sukanyer die

Bola ni harga 14 hinggit satu
Ni nak jadi jaguh bola sepak ke??? 
Dari tadi beli bola jer

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum......
Dikesempatan ini (ce... macam nak bagi ucapan formal abis)
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
Kepada semua guru-yang pernah mengajar ku
Secara langsung atau tidak langsung
Jasa kalian tidak akan aku lupakan
Sehingga akhir hayat
Kalau tanpa kalian aku tak akan berjaya sampai ke tahap ni



1986-1991 Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai Marang Terengganu
1992-1996 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa Marang Terengganu
1997-1999 Institut Teknologi Tun Abduk Razak Kota Bharu Kelantan

Tak kisah la kau marah ke, tengking ke, kene meleter ke
Aku tak kisah janji ilmu yang aku dapat
Yang cakap aku macam tiang letrik pun ade
Kesnyer cikgu suruh jawap soalan
Aku bangun terus senyap
Bukan tak boleh jawap tapi malu la
ha...ha...ha.... (nak buat macam mane dulu malu sekarang kecoh giler)
Aku tak akan lupa sampai bile-bile
Selamat Hari Guru untuk semua guru sekarang, dulu dan akan datang
mmuuaah...... untuk kamu semua



Berat Bdan Ku Yang Tidak Ideal

Ni la berat badan aku yang tak pernah ideal dari dulu
Dah macam-macam yang dah aku buat
Semua petua, nasihat dan sebagainyer aku dah buat
Tapi aku terima dengan ikhlas ati
Aku suka orang terima aku seadanyer
Sebab aku tahu Die menjadikan kite dengan ade kekurangan
Kalau tak de kekurangan mesti riak giler kau orang ek
 Tapi aku akan berusaha tak akan berputus asa
Kalau ini ditakdirkan untuk aku
Menjadi berat badan ku tidak ideal aku pasrah
Tapi bila aku pikirkan best gak jadi macam ni
Nak tau sebab ape
Sebab aku ni suka makan
Kalau makan tak de tapis tapis
Makan sampai kenyang jer
Sapu makanan sampai licin
Kalau berat badan dah ideal 
Kene la aku catu makanan
Mase makan je kene jeling kiri & kanan lu
Lepas tu a...a...a....
Berat badan naik lagi
Jadi macam aku best la 
Mase makan laju jer 
Tak risau langsung pasal nak makan
Laju jer masuk tekak 
Kau orang ade macam aku
Ade???ade???
Kalau ade boleh la satu geng gan aku
Macam budak office aku ade yang kene beli PB tau
Sebab takut jadi PB (Perut Buncit) ha...ha...ha....
Dah jimat duit aku sebab tak payah beli PB
Dah la harga minyak dengar citer nak naik lagi
So sekarang kene jimat cermat la

Pesanan dari pihak penaja: Makan, makan gak kesihatan kene jage tau.


Aku Tengah Giler Cop Name Kau Orang

Ni la kerja ku...
Tengah banyak kerja
Nak meniminakan (entah betul ke tidak aku eja ni) kertas yang berlonggok-longgok atas meja ku
Ye...ye... Cop name kau orang yang aku oder dah siap
Fuh.... Bakal selesai la kerja-kerja ku ini
Nak tengok cop nyer
Nah kau....


Nanti bakal selesai la 
Claim-claim yang telah lame tergendala
Boleh la aku bersenang lenang
hi....hi....hi....
Ade ati nampak nak bersenang lenang
Kerja tengah banyak ni
kerja oi kerja
Kerana kau orang la meja aku tak de space tau
Penuh jer dengan kertas
Nak menulis pun payah 
 Nak cari dokumen penting pun payah
Tak lame lagi boleh la aku ucapkan
Selamat tinggal kat kau orang yer....

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Semua Ini Terjadi






Kepada berokband ku sayang....
Kenapa ini semua terjadi pada mu pada ari ni
Patut pun aku tunggu loading berzaman lamenyer
Rupe-rupenyer ini yang berlaku kat kau ek
Tolong la aku nak update blog pun 
Dah terkenyut-kenyut
Lambat mengalahkan kura-kura
Banyak cantik kau
Mase mintak payment laju jer
Tapi servis mengalahkan kura-kura
Aku rase kura-kura laju pada kau la
Ke betul pendapat kawan ku 
(lambat mengalahkan siput b**i jer)
ha...ha...ha...
Betul ke??
Jangan la buat ai marah
ai tak suka la marah-marah ni kat u ni
Ai gan u kan dah kamcing
Jangan la macam ni
MMuuahhh... untuk kamuk tau

Wednesday, May 11, 2011

Dah 2 Kali Aku Dimalukan Kerana Ini

Semangat datang dengan tiba-tiba nak melayan blog kesayangan ku ni. 
Salam untuk semua....
Nak dijadikan cerita
Aku telah dimalukan oleh bende ni....
*
*
*
*
*
*

Malu...malu...malu sungguh la
Siap bergaduh lagi dengan pekerja
Cerita sebenarnye macam ni
Aku pergi la mengisi minyak kat stesen minyak kat rumah mak
Zaman sekalang boleh bilang dengan jari jer
Stesen minyak yang pakai sistem tak layan diri ni
So stesen minyak yang aku singgah ni pakai sistem layan diri
Biase aku pakai Ron 95 jer
Nak buat macam mana Ron 97 asyik naik harga jer
Tak de maknenyer nak turun
Aku pun ambik pam belah kanan
Alah macam yang aku ambik pic di atas tu
Dah terset kat dalam kepala otak aku ni 
Warna kuning duk belah kanan
So aku ambik tak tengok dah warna ape
Aku pun cakap nape harga mahal
Aku letak balik
So dah jadi masalah pada die orang yang kene set balik
Dan jugak masalah kat aku yang kene duk lepak lame kat ctu
Aku kan dah cakap nak Ron 95
Budak keje kat ctu cakap tak tau la
Salah akak ke salah yang budak yang set tangki
Aku pun naik angin jer
Siap bertekak lagi dengan die orang tu
Pastu aku dah rase malas nak isi minyak kat ctu
 Nak buat macam mane pada suatu ari
Aku masuk gak isi minyak kat ctu
(meter dah merah la pulak)
Dah bayar semua aku pun isi 
Tunggu punyer tunggu nape tak on lagi
Nak naik angin gak dibuatnyer
Aku pun panggil budak yang ade kat ctu
Nak tau budak tu cakap ape
"kak bayar Ron 95 bukan pam ni tapi sebelah die"
Aku pun ape lagi " hah... malunyer aku"
Rupenyer pam ron 95 duk sebelah kiri la


Malunyer aku dibuatnyer
Tu la lain kali kene lebih berhati-hati
Jangan tangan tu nak main sambar jer
Kan dah dapat malu




Popular Posts