Jom Klik

Thursday, May 19, 2011

Roselle Memang Best


Kau orang kenal dengan buah ni?? Ni la orang panggil roselle tau. Roselle banyak khasiatnye. Roselle ni aku tanam sendiri kat belakang rumah. Die boleh dibuat jus atau jem. Yang ni aku lebih suka buat jus.


Kau orang petik jer dalam 15 bijik roselle ni. Basuh macam biase. Buang jer bijik die kat dalam tu. Rebus untuk 1 kg gula tau. Die akan keluar kemerahan macam sirap.


Die akan mendidih macam ni. Biar la ia sejuk dulu. Kalau nak minum sekali dengan buah roselle pun tak pe. Sedap tau.....


Kau orang nampak sedap tak. Sedap tau. Dulu pun aku tak minum air ni. Tapi sekali minum rase best sangat. Tq buat sabihah yang sudi ajar dan bagi benihnyer. 

Ni antara khasiat - khasiatnyer :-

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.


Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau! Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

Diharap sape-sape yang belum pernah atau tak pernah mencuba air ni. Cuba la. Die baik dari jus limau tau. Ahaks...

22 comments:

  1. waa..nk try la..tp kena g cari rosselle ni dlu..huhu..time rebus tu skali ngn gula ek rozie?

    ReplyDelete
  2. baca n3 ni baru tringat lam peti ais ada rosselle kawan yg bagi. ari tu nak rebus tp x tau cara2, tp bila dh baca n3 ni dh tau caranya..thankss
    petang ni leh la rebus :D

    ReplyDelete
  3. intan pun suka banat denga roselle tapi mak selalu buat jem dulu

    ReplyDelete
  4. nida-razak: Ye..rebus sekali dengan gula tau.
    syariza09: Jangan lupe rebus tau.

    ReplyDelete
  5. CutieIntan: memang best kan. Khasiat pun banyak.

    ReplyDelete
  6. EZAN IDMA: memang sedap tau. cuba la.

    ReplyDelete
  7. sedapnya air roselle, dah lama tak minum..dulu masa kat kg adalah juga mak tanam. rebus ambik airnya dan resellenya blend buat jem...tersangatlah sedap di sapu kat roti, xpun buat inti tart gulung....

    ReplyDelete
  8. saye pun ade roselle tu kat rumah tak buat2 lagi...

    harus lepas ni kene buat mcm tu..

    ReplyDelete
  9. akak ipar selalu buat...dia siap tanam lagi...memang best

    ReplyDelete
  10. Kasih Ibu: Yg jem tak pandai lg la. Nak belajar gak ni.
    ainnoraini: hi...hi..hi... jgn sampai die tumbuh dah ler.
    Ila: Yes... Compem best.

    ReplyDelete
  11. kenal..ade tanam kat kg..mak prince suke wat air dia ni..sedap..pokok die pon senang tumbuh..hehe

    ReplyDelete
  12. masa kecik dlu mak slalu beli cordial roselle..tp sy kureng minat rsnya..haha..tp sy minum jugak la kn..no wonder skrg org slalu ingt sy ni budk skolah lg..kahkahkah~ =P

    ReplyDelete
  13. OOWHH..CAMTU KE CARA BUAT..HEHE..YG BOLEYH CANTIKKAN KULIT TU SUKE..KENA SLALU MINUM LA...WEE~

    ReplyDelete
  14. saya pernah minum air ni!!
    tapi yang dalam botol tu.. cuma kena bancuh je. sedap!! :)

    ReplyDelete
  15. Prince Halilintar: memang pokok die senang tumbuh.
    YanaMIB: Perasan ke? hi..hi..hi... PAtut ler budak encem nak.
    nairaariaa: Memang selalu kene buat. Banyak betol khasiat kalau minum air roselle ni.
    Hidayah Ahmad: same jer. Tapi best lg kalau buat sendiri lagi freash tau.

    ReplyDelete
  16. mmg sedap roselle ni . mkn cam tu je pon sedap .

    ReplyDelete
  17. dulu selalu minum air dia..lepas pokok dah takder lagi terus tak minum air dia dah ~

    ReplyDelete
  18. masa kecik2 dulu ada minum.yang kordial punya.sedap kan..tiba2 rasa nak cari air ni.hihi

    ReplyDelete
  19. wah..memang sedap roselle ni..tak kisah la samada air ataupun bunga tu sendiri yang dikeringkan..sedap.. ^_^

    ReplyDelete
  20. akak pun suka roselle ni...izinkan akak share artikel ni ya...terimakasih. (belum dapat izin dah beri terimakasih hehe...yalah in advance kan..)

    rozie, boleh tak beri jawapan keizinan dalam blog akak kalau tak keberatan..

    ReplyDelete

Popular Posts