Jom Klik

Sunday, May 29, 2011

Pengajaran Tu Penting Tau....

Pengajaran kepada artis

KUALA LUMPUR: “Ini adalah pengajaran kepada artis lain kerana seburuk-buruk kejahatan dilakukan secara sembunyi, akhirnya terbongkar juga,” kata penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai pembabitan segelintir artis dengan dadah serta gejala sosial lain.
Menurut Zawawi, kes yang berlaku kepada Ameng Spring adalah contoh bahawa tiada siapa mampu menyorokkan kesalahan dilakukan, malah apabila terbongkar, ia memberi kesan kepada individu itu.

“Bagi saya, kes Ameng antara contoh terbaik bagi orang lain, terutama kalangan artis, untuk muhasabah dan memperbaiki diri sebelum terlambat.
“Ini kerana, bila tertangkap dan disabitkan hukuman, menyesal bagaimanapun tetap tidak mampu mengelak hukuman yang bakal dikenakan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Zawawi berkata, perkara ini bukan merujuk kepada artis saja, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan undang-undang serta yang dilarang dalam Islam.

Namun, katanya, impak dilakukan individu yang terkenal sebagai ‘public figure’ seperti Ameng mampu memberi kesan lebih kuat kepada orang ramai.

“Ameng sememangnya terkenal sebagai artis, oleh itu impak atas setiap perbuatan serta perkara dilakukan akan menarik perhatian ramai orang.

“Sebagai contoh, jika dia mengatakan mengambil bahan terlarang berkenaan bagi meredakan tekanan atau atas alasan lain sekalipun, kita khuatir ia turut diikuti orang lain, terutama peminat,” katanya.

Malah, Zawawi berkata, perbuatan artis tanah air sedikit sebanyak mencalar lagi imej industri hiburan negara.

“Ini yang kita tidak mahu. Bila satu demi satu artis ditahan atau dilapor melakukan kesalahan undang-undang atau terbabit dalam maksiat, orang menganggap industri hiburan teruk, sedangkan ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika dimanfaatkan secara betul,” katanya.

Bagaimanapun, Zawawi berkata, dalam kes Ameng, hukuman berkenaan bukan jalan akhir untuk menutup peluang kepada artis berkenaan supaya lebih berjaya dalam hidup, sebaliknya mungkin sebagai pengajaran kepadanya dan rakan artis lain untuk berubah.

Katanya, ini kerana, jika Ameng tidak ditahan dan disabitkan hukuman, pasti dia (Ameng) terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang lebih teruk.

“Kita ibaratkan hukuman ini sebagai hukuman pemulihan kerana tujuannya memang untuk menyedarkan manusia mengenai kesalahan dilakukan.

“Jadi, apabila selesai menjalani hukuman, kita berharap mereka berubah dan jadi insan lebih baik dan jika boleh, sesuai dengan statusnya sebagai artis... mungkin boleh digunakan untuk menarik orang ramai ke arah kebaikan pula selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, hukuman itu juga bukan bermakna seseorang itu akan menempuh masa depan gelap, sebaliknya sebagai tempoh membina hidup baru.

“Ini hanya hukuman dunia dan tidak bermakna ia menutup peluang seseorang itu untuk lebih berjaya di kemudian hari.

“Rezeki terletak di tangan Allah SWT. Jadi, apabila seseorang itu insaf dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah, pasti rezekinya lebih melimpah ruah dan diberkati,” katanya.

Menurutnya, artis lain perlu mengambil iktibar daripada kes ini dan meninggalkan segala kegiatan buruk sebelum terlambat kerana ia akan merosakkan masa depan dan kerjaya mereka.

Ameng atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, 12 April lalu selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.

Mahkamah memerintahkan Ameng menjalani hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan itu serentak bermula pada tarikh ditangkap pada 1 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

7 comments:

  1. itulah harga yang perlu di bayar. semakin besar harganya maka bertambahlah "nilai" yang kita dapat. semoga menjadi pengajaran juga kepada diri saya....

    ReplyDelete
  2. salam
    kalaulah semua dapat ambik iktibar dari apa yang berlaku..
    tapi takut sekejap jela keinsafan tu datang...
    pahtu wat mula..dok serik2...

    ReplyDelete
  3. heran jugak kan. dah tau dadah tu bahaya, masih lagi terjebak. mintak kita semua dijauhkan. amiiinnn....

    ReplyDelete
  4. ini baru yang tertangkap.. yang tak tertangkap tu apalah ceritanya... semoga setiap yang berlaku ini jadi iktibar buat kita semua juga...

    ReplyDelete
  5. kesian juga kat golongan artis. masa popular duit masuk ribu riban, hidup mewah. bila dah tak popular, income kurang mendadak, mmg susah nak maintain kehidupan lama. tu yg mula buat kerja bukan2. kena contohi ct nurhaliza, pandai menyimpan, pandai berniaga.

    ReplyDelete
  6. mengharapkan semua artis mahupun manusia biasa ambil iktibar..
    doakan semoga semuanya di ampunkan dosa..

    ReplyDelete

Popular Posts