Jom Klik

Tuesday, May 24, 2011

Kaabah Yang Enggan Bergerak

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi..

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga. .

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingny a.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

14 comments:

  1. wah..first time dgr cter n9i..
    nicee story..like it..'
    hope dpt mngerjakannya..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi mekah :(
    teringin nak pergi, tp tak mampu lagi :(

    ReplyDelete
  3. mmg teringin nak gi sane...
    insyaallah kalau ade rezeki nak pegi dgn anak2 sekali...

    tq dgn n3 ni..

    ReplyDelete
  4. fiq pn teringin nk pergi jgk.... :')

    ReplyDelete
  5. semoga hajat Izan untuk ke Tanah Suci Makkah bulan depan termakbul...terima kasih utk cerita ini...^^

    ReplyDelete
  6. prince pun mmg berhajat nak ke rumah Allah jugak klu berkemampuan satu hari nnt..teringin sgt nk jejak kaki disana..insyaAllah

    ReplyDelete
  7. untung nye dapat pergi ke tahah suci...kacang entah bila la lagi...@_@

    ReplyDelete
  8. cik scya teringin nak pergi .
    semoga ada rezeki satu hari nanti (':

    ReplyDelete
  9. subhanallah...
    tahu satu lagi nikmat bagi orang-orang yang mengerjakan haji dan ummah...

    memang teringin nak ke sana =)

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar!!
    mulianya kuasa Allah

    ReplyDelete
  11. kaabah tak bergerak tapi kita yang tak sampai2

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas perkongsiaan ni..incya-Allah ayie menama impian untuk kesana juga..supaya dipermudahkan kelak..agpon masih muda untuk menjalankan tnggungjawab

    ReplyDelete
  13. pernah baca ni dalam email. subhanallah!

    ReplyDelete

Popular Posts