Jom Klik

Thursday, February 14, 2013

Mengidam Biskut


Tajuk N3 macam dah orang mengandung.... Ok...ok...ok..... Daku tak mengandung ek. Hehehe..... Tak tau la mulut terasa sangat nak makan biskut kacang. Pergi sabasun rupernyer tiade. Huhuhu.....

Last PR bodek YAYA AZURA... makan jugak die pujuk rayu ku. Hehehe...






Mula-mula nak makan biskut kacang jer... Last-last mate ku dah terpinar-pinar tengok biskut. Tengok la berape biskut ku sambar ari ni.... Ni pun tahan nafsu tau. Kalau tak berapa banyak ku tapau biskut...

Nota kecik: mood diet dah mula berkurangan....


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, February 8, 2013

Bile Daku Mula Berdiet


Tak tahu kenapa selera makan PR semakin menjadi-jadi sekarang ni. Sekarang bile dah naik penimbang tengok ajer. Dah terkejut beruk..... Berat PR menjadi 5$&&$, 5&:&,5$:$ kg.... Nape semua no 5 kat depan. Selama idup tak pernah dapat no 5 kat depan. Huhuhuhu....

Ape pun PR akan nekad nak berdiet. Sebab utama tak mau naik penimbang ade 5 dihadapan. Dah 2 minggu PR berdiet. Kesannyer????? Memang menakjubkan. PR dapat menurunkan berat badan 1 KG seminggu. Hehehe... Kau ade????


Cara berdiet PR memang senang jer. Kurangkan makan nasik... Banyakkan bersenam. So sekarang sekurang-kurangnyer PR melompat-lompat (erobik) dalam rumah 3 kali seminggu. Kalau makan nasik banyak ckit, PR akan makan jambu batu. Kerana jambu batu dapat mengurangkan kadar karbohidrat dalam badan. PR ade bace info bahawa memakan jambu batu sebijik seari dapat mengurangkan karbohidrat selama seminggu. Kalau rase malas menguyah tu. Sila la buat jambu batu tersebut menjadi jus. Tapi ingat jangan dicampur dengan gula tau. Jus tu akan rase pahit-pahit sedikit.


Bab yang paling satu ni.... Ramai kaum pempuan yang malas tau. Sila minum air masak banyak-banyak. Dulu PR minum air kosong 2 liter seari. Seari tau..... Sekarang dah jadi 4 liter.... Ia mengekalkan awet muda jugak. Makan pun kene ikut time tau. Jangan makan lewat malam. Kalau boleh selewat-lewatnyer pukul 9 malam. Sarapan wajib ambik. Jangan asal diet semua tak nak makan.

So jangan tanyer PR ade ambik ubat kurus atau tidak. Kompem jawapannyer mesti lah TIDAK. Cuba pikir buat ape nak ambik semua tu kalau itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Baik kite berdiet secara semula jadi. Yang penting duit pun jimat. Badan pun sihat. Tak guna jugak kalau makan semua tu kalau malas nak bersenam. Sayang nak keluarkan peluh. Sayang nak tinggalkan nasik mengunung tu. oh ye...kite jugak mesti tau ape makanan yang boleh dimakan banyak, serta makanan yang mesti di makan di dalam kuantiti yang kurang. Sila ambik makanan yang mempunyai protein yang banyak.


Sila kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak. Contoh nasik, roti, mee kuning, kueh teaw, mee hun (boleh ambik lebih kerana die mempunyai karborhidrat kurang dari yang lain), pasta, pau, serta makanan yang diperbuat dari gandum.

Bak kate seorang kawan PR die merupakan seorang doktor. "mahu pandai, kene rajin belajar, mahu kaya kene rajin berusaha,mahu cantik ngetop, kene rajin bersenam + malas makan banyak-banyak" thanks atas nasihat seorang doktor....

Alamak banyaknyer PR membebel kat N3 ni... Bye3... Kawan-kawan.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 7, 2013

Bile Anak Jadi Prihatin


Nak dijadikan cerita tangan PR kene marjerin panas..... Semalam en Aiman cbuk nak letakkan ubat. Dah cakap tak payah. Tapi die beria jugak...





Tengok la tangan PR dah berminyak. Nak tau en Aiman sapu ubat ape. Huhuhuhuhu..... Vicks tau tak.... Janji ubat kan.. Dah boleh letak pu dah tak pe. So mummy die layan jer. Panas kesan vicks tu jangan citer la....


Emmm.... Tak pe la. Bukan selalu en Aiman menjadi anak yang begitu prihatin.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, February 6, 2013

Sunday, February 3, 2013

Majlis Anak Yatim



Salam untuk semua dah lame tak update blog. Kesibukan mengurankan mase berblog. N3 terakhir pun rabu seminggu yang sudah.






Masih ingat kah pada pic ni. Ni adalah sebenarnyer hamper untuk dibahagikan kepada 420 orang anak yatim serta susah. Alhamdullilah.... Semuanyer berjalan dengan lancar. Walau pun nak menyiapkan hamper sebanyak tu bukannyer mudah. Dengan meminta keringat ka lelaki yang ade kat opis. Dapat la saip juga hamper-hamper ni. Walau pun macam-macam bentuk hamper. Kapal layar ade, kapal selam pun ade, bentuk piramit pun ade. Nak marah dah tak boleh. Nak gelak pun ade. Bukan die orang tak pandai. Saje die orang nak buat macam tu.

Jom layan pic di majlis tersebut.....





Pendaftaran bermula pukul 7.30 pagi. Tapi PR sampai pukul 7.20 pagi dah ade yang datang. Alhamdullilah...... Majlis di adakan pada 25.01.2013...












Alhamdullilah.... Semuanyer berjalan dengan lancar. Mereka juga diberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit beserta barangan. Semoga pemberian ikhlas ini dapat meringankan sedikit tanggungan mereka....

- Posted using BlogPress from my iPad

Popular Posts