Jom Klik

Sunday, August 25, 2013

Jom Layan

Disebabkan PR tak ade idea nak mengarang. Jom la kite same-same malayan pic yang telah diambik seminggu beraya dikampung...




























































- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, August 21, 2013

Mangis ooo Mangis



Bile ditanyer kat PR buah ape yang menjadi kegemarannyer. Mesti daku cakap mangis. Memang suka makan buah mangis dari zaman kanak-kanak lagi. Sekarang dah tua kan. Tua ckit jer la. Semalam book gan budak opis mangis 2 kg. Cukup la PR makan seorang. Hehehe.... Sitwin payah ckit nak makan mangis ni. Kalau Cik Puan Aisyah suka makan durian. Tuan Aiman memang payah makan buah. Semuanyer yek... Bagi die. Huhuhu....

Budak opis jual 2 henggit 1 kg. Yaya same opis gan PR pun beli jugak. Die ni nak makan isi yang kecik sahaja. Yang tak de biji tu. Isi besar PR yang makan. Hehehe.... Rezeki jangan ditolak tau...






Last-last PR pun ajar die bende yang berfaedah bagi die la. Bagi daku bantai ajer. Kau orang pernah tengok kat bontot mangis tu. Ala.... Macam pic yang PR amik kat atas tu. Kau orang bilang kat bontot tu. Kalau die ade 5 macam dalam pic tu. Maknenyer isi ade 5 ulas kat dalam buah tu. So pandai-pandai la pilih buah kecik dan isi banyak kat dalam tu. Baru dapat isi yang tiada biji. Hahaha.... Ingat kan die dah tau. Rupe-rupenyer die tak tahu. Dan yang paling mengelakkan PR ari ni. Ramai jugak budak dalam opis ni tak tahu macam mane nak tau berape ulas isi mangis dalam 1 buah tu. Sekerat ari jugak la PR duk mengelak ari ni kerana kes ni..

PR cakap maknenyer daku sorang jer ek orang kampung, orang lain orang bandar rupernyer.... Kalau mane-mane yang tak tahu tu. Sila-silakan la mencuba yer. Manggis memang the best tau.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wordless Wednesday @21.08.2013








- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 16, 2013

Hari Raya Pertama


Seminggu menyepi diri...
Hehehe.... Jangan marah yer
Cbuk nak buat persiapan raya
Serta beraya kat kampung
Balik kampung pun bertolak dalam tengahari di hari raya pertama
Walau opis dah bagi cuti seari sebelum raya
Tapi cbuk jugak
Siapkan rumah mak dahulu
Maklum la nanti PR pulang beraya lama dari orang lain
Orang lain balik 3,4 ari jer....
PR beraya kat kampung esok keje ari ni baru pulang ke Terengganu






Mak pun pulang jugak kat Kelantan
Tapi sekejap jer la
Tu yang anakda cbuk mengemas rumah
Biskut bagai dah siap dalam bekas...
Mak balik Terengganu tak de la kelam kabut sangat
Story mory ckit-ckit yer PR citer....

Nota kecik: terpaksa pulang awal dari perancangan kerana atuk pulang ke rahmatullah semalam... Al-fatihah


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya.....









- Posted using BlogPress from my iPad

Almond London


Semalam tak sempat nak melawat kekawang. Maklum la ari rabu dah coti. Semalam kene sattlekan semua claim dak-dak opis. Dah dekat nak rayerkan. Pastu PR nak coti panjang. Bos sound gak... "lame cuti" hehehe.... balik kampung bos. Balik dari kerja semalam sempat membikin almond london gitu. Biskut terakhir yang duk dalam list biskut rayer tahun ini.






Menjenuh jugak nak siapkan satu adunan ni. Dibantu sekejap oleh Cik Puan Aisyah. Mula-mula ok lagi. Pastu die duk main-main la pulak. Buat biskut ni memang seronok. Tapi tag mencelup coklat tu yang leceh. Rase ade sape-sape tak yang nak upah bahagian celup coklat ni.





Pagi tadi sebelum pergi kerja ini ajer yang siap. Harap-harap balik kerja nanti dapat la mencelup semuanyer. Boleh membikin kuih siput pulak. Hehehehe.... Baju tak kemas lagi... Nak balik kampung ni. Adoi.... Rase macam dah tak cukup tangan sudah.... Moga-moga semua dapat diselesaikan dengan sempurna. Amin....


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, August 3, 2013

Putri Mandi


Ari ni sempat membikin putri mandi. Maklum la duk rumah mak di ari minggu. Banyak mulut nak makan. So kene masak biar banyak gitu. Semalam PR buat nasik ayam dengan onde-onde (buah melaka). Pic??? Sowi tak sempat nak ambik. Daku kerja sensorang. Kadang kala mak datang membantu. Yang lain mane g ek... Entah la biarkan die orang yer.....









Mak pesan sila uli tepung sampai masak. Masak yang tu daku tak paham. Janji PR uli adunan tu lama-lama. Hahaha..... Bahagian adunan PR yang yang kerjakan. Bahagian kelapa pulak mak yang sediakan...


Nanti-nanti PR akan buat mee goreng sudah. Semalam dah nasik kan. Ari ni mee sudah. Dah nak akhir ramadan dah tak tau nak masak ape untuk berbuka. Hati pun dah terujer nak balik kampung. Rindu kat nenek daku.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Biskut Telur Rebus


Bahan-bahan:

- 5 bijik telur kuning yang telah siap direbus (dilecek)
- 1 cawan mentega
- 1 cawan tepung jagung
- sedikit ising vanila
- 2 sudu kastat
- 1/2 cawan gula
- tepung gandum @ rose mengikut adunan

Cara-caranyer :-
Pukul mentega n gula sampai kembang. Masukkan telur rebus. Selepas itu masukkan ising vanila. Masukan tepung jagung n kastat. Gandum hanya mengikut adunan anda. Kalau rase adunan tu lembik. Sila pakai tepung gandum banyak ckit yer. Sila uli adunan hingga sebati. Serta tidak melekat di tangan. Nanti senang nak canai serta terapkan ia....






Lembut tau adunan ni. PR memang suka biskut ni. Biskut ni kalau sudah bakar pun lembut ajer.

PR buat biskut senang ajer. Sukat pakai cawan gitu. Pastu kalau adunan tu secawan semua secawan. Maksudnyer mentega, gula, tepung jagung, tepung kastat secawan. Telur pulak sebijik jer. Gandum secukup adunan serta ising vanila sedikit

Mesti ade bezenyer kan.... Untuk biskut dahlia PR tak letak tepung jagung. Sebab kalau letak tepung jagung n tepung kastat yang same banyak. Biskut tu akan kembang semangkuk tau. Untuk biskut kelapa mesti la letak kelapa kan. Kalau sarang semut pulak hanya tambah susu pekat dalam se sudu dua gitu. Bagi rase lemak. Tak de la kosong sangatkan. Untuk biskut corn flakes pulak mesti la letak corn flakes kan. Jangan letak tulang tau. Hehehehe....

Selamat mencuba tau....

Nota kecik: daku selalu buat kerja senang sebab nak kejar mase nak buat bende lain pulak....





- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, August 2, 2013

Biskut Kelapa


Biskut ni yang ke empat PR bikin





Ade angit-angit ckit
Hehehehe.... Dibantu oleh Cik Puan Aisyah jugak
Bahagian terap jer la
Sebagai upahnyer.....





Sebagai upahnyer suku daripadanyer
Telah dingap oleh sitwin
Sabor jer la
Harap dapat membikin 6 jenis biskut rayer tahun ni
Selain itu juga nak buat la kuih siput
Kalau jadi ni lah 1st time buat kuih siput......
Resepi... Tunggu di episod biskut telur rebus.....
- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, August 1, 2013

The Making Nasi Lemak At Taman Manir Indah


Semalam berbuka puase PR buat nasik lemak. Lauk sambal ikan bilis sudah. Maklum la kalau lauk macam tu daku sorang jer la yg terpaksa perabiskannyer.





Ah... Jangan tanyer nape daku pakai loyang tu. Sebenarnye PR kukus separuh. Sebelum tu masak dalam rice cooker dulu. Hehehe..... Jadi la nasik lemak separuh kukus gitu. Hehehehe..... Dan satu lagi mesti ramai yang tertanyer-tanyer nape telur tu ade yang putih ajer. Bahagian kuning tak de pulak. Sebab utama PR nak buat biskut telur rebus. Cerita untuk biskut telur rebus nanti-nanti la yer....

Sebab lain sitwin tak makan telur kuning. Telur kuning kalau die orang dapat mesti buang dalam tong sampah. Air.... Air sirap sudah. Berbuka gan orang tak puase mane bestkan. Hahahaha.... Pastu makan ckit pulak tu.


Nota kecik: sekejap jer ramadan dah nak berlalu pergi. Huhuhu.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Biskut Corn Flakes


Ini biskut ke tiga yang dibikin oleh PR. Yang ni dibantu oleh anak-anak tau. Bagi peluang kat die orang macam mane syoknyer membikin biskut rayer. Hehehe.....





Ok tak lagi biskut ni. Yang mengadunkan PR sendiri. Sitwin buat bulat-bulat jer. Ckit-ckit sudah la. Kan jahanam biskut ni tak pasal-pasal kene buat lagi. Tapi ade cerita disebalik pembikinan biskut ni tau (eh... Macam bikin filem pulak). 1st time Cik Puan Aisyah mengetel bulat-bulat. Boleh pulak die berbunyi "mummy biskut mummy ade tulang la". Terfikir sejenak daku bile pulak ade tulang. Biase makan terus buang dalam tong sampah. Suruh la die tunjuk mane tulang tu. Rupernyer bukan tulang. Yang sebenarnye corn flakes la. Kalau die buang semua corn flakes yang die anggap tulang tu abis la biskut daku. Huhuhuhu..... Dah tak jadi la biskut corn flakes. Aisyah....aisyah.... Macam-macam ragam die sorang. Tu belum ragam Tuan Aiman lagi.... Sabar sebab die la jantung ati ku....


- Posted using BlogPress from my iPad

Popular Posts