PUTRAJAYA: Rakyat boleh menarik nafas lega kerana buat masa ini kerajaan mengambil keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Kabinet membincangkan secara teliti dan mendalam berhubung rasionalisasi subsidi produk petroleum berkenaan, sekali gus menggambarkan kprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
“Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat. Namun kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Hadir sama timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.
Ismail Sabri berkata, pengumuman itu juga menunjukkan khabar angin disebarkan pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang yang mendakwa harga minyak naik tidak betul sama sekali.
“Jadi kepada orang ramai, saya nasihatkan selepas ini jangan terlalu terpengaruh dengan khabar angin, lebih-lebih lagi yang dibawa pembangkang kerana selama ini saya dapat lihat dalam blog, Facebook dan risalah dikeluarkan pembangkang mengatakan kerajaan akan menaikkan harga.
“Ada yang kata 20 sen dan 30 sen. Semua cerita itu bohong dan tidak benar,” katanya. Namun katanya, mesyuarat itu bagaimanapun tidak membincangkan berkenaan tempoh pengekalan kadar harga produk berkenaan.
“Saya tak kata tahun ini, kerana jangka masa kita tak bincang. Tak tahulah saya, sebulan, dua bulan, empat bulan ke,” katanya.
Sementara itu mengenai diesel super subsidi, beliau berkata, pengangkutan awam seperti bas sekolah dan teksi, termasuk bot nelayan kategori A, B dan C1 masih dikekalkan.
“Cuma kenderaan komersial kita tak beri subsidi, seperti lori, termasuk bot nelayan C2 kerana ini industri laut dalam. Dulu kita beri semua seperti lori pengangkut batu dan pengangkut simen,” katanya.
Menurutnya, konsep subsidi untuk golongan miskin dan hasil penarikan balik sebahagian diesel super subsidi kerajaan dapat melakukan penjimatan lebih RM600 juta untuk lori dan bot lebih RM100 juta.
Sumber: Harian Metro
alhamdulillah..memang saya lega sungguh minyak tak jadik naik..
ReplyDeletelega rasanya... syukur
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah...bagus lah kalau mcm tu...
ReplyDeletekita tengok camner.. harap jgn naik lagi
ReplyDeletesampai bile nak bertahan nih..tahla...doa jelaaa moga harga turun plak.
ReplyDeletesahromnasrudin: Lega untuk ari ni. Esok lusa belum tau lagi
ReplyDeleteNM02: Syukur la...
bunga: alhamdulillah jgk
wahida:mm....
Liza@Adzriel AB: Rase naik gak la
ahmad humairi: nak turun?? Ade makne tak????
Alhamdulillah...syukur
ReplyDeleteoyeh kekal..hehehe
ReplyDeletenak reda je kot... elok je kita alpa, naik pulak diaaa
ReplyDelete