Jom Klik

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Puding

Jom layan resepi puding ni....










Bahan A

7 Gelas air (gelas teh pun boleh, kalau mug jangan yg besar sangat)
1 Peket agar-agar

Bahan B

4 Keping roti
4 bijik telur
1 Tin susu cair
1 Tin susu pekat

Masak bahan A. Kisar semua bahan B. Satukan bahan yang dikisar tadi dengan bahan A. Biar ia mendidih sekejap. Dan boleh angkat. Hiasan yang coklat tu ikut suka kamu semua la. Nak letak milo ke koko.

Bagi aku reseppi ni cukup senang. Terima kasih kat budak praktikal kat opis ku yg telah bagi resepi ni.

Yuhu.... Selamat mencuba. Tak paham boleh tanyer.

Thursday, May 19, 2011

Roselle Memang Best


Kau orang kenal dengan buah ni?? Ni la orang panggil roselle tau. Roselle banyak khasiatnye. Roselle ni aku tanam sendiri kat belakang rumah. Die boleh dibuat jus atau jem. Yang ni aku lebih suka buat jus.


Kau orang petik jer dalam 15 bijik roselle ni. Basuh macam biase. Buang jer bijik die kat dalam tu. Rebus untuk 1 kg gula tau. Die akan keluar kemerahan macam sirap.


Die akan mendidih macam ni. Biar la ia sejuk dulu. Kalau nak minum sekali dengan buah roselle pun tak pe. Sedap tau.....


Kau orang nampak sedap tak. Sedap tau. Dulu pun aku tak minum air ni. Tapi sekali minum rase best sangat. Tq buat sabihah yang sudi ajar dan bagi benihnyer. 

Ni antara khasiat - khasiatnyer :-

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.


Khasiat Roselle Lebih Hebat Dari Limau! Roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa l (pokok asam paya) merupakan sumber utama vitamin C untuk tubuh badan kita. Kandungan vitamin C nya adalah melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.

Diharap sape-sape yang belum pernah atau tak pernah mencuba air ni. Cuba la. Die baik dari jus limau tau. Ahaks...

Popular Posts