Jom Klik

Friday, June 13, 2014

Salam 15 Syaaban


Sejak dua, tiga minggu PR banyak di uji dengan kesabaran. Alhamdullilah sabar itu ade tapi semalam mmm..... Kita manusia biasa. Maaf dari daku jika ade silap dan salah. Sengaja atau tidak.

Kita mungkin tak sengaja menjaja keadaan orang. Dari secara umum orang tak tau, sampai semua orang tau. PR suka dengan kehidupan sekarang. Alhamdullilah tapi semalam bila orang dengan tidak sengaja mencanang sesuatu. Maaf terus terang daku tak suka itu....

Maaf daku membalas komen dengan perkataan kasar sekali. Sebab utama PR tak suka hamba-hamba allah ni meroyan kat mukabuku. Kite ade allah. Kenapa kita tak mengadu dengan die ajer. Kene unfrend pun kecoh, kata si A cantik la, kaya la, manja kededek la. Sedap kita mengata, kita lupa ke yang kite ni ada allah. Kite lupa kisah hari kiamat ke? Nak ke kita mati dahulu sebelum meminta maaf si A tu. Nak kite merangkak di padang masyar nanti mencari si A memohon ampun dan maaf. Ingat kalau ade ketidak senang hati tu jangan la ambik hati. Sebab hamba allah memang tidak sempurna. Memanggil orang itu SETAN elok ke? Ingat walau kite lebih tua dari orang lain pun tak semestinyer kite tak boleh di tegur.


Dalam islam si anak tak boleh tegur kesilapan ibu dan bapanyer ke? Kalau orang lain panggil kite setan macam mane kita rase. Nak marah kan? Kita semua ade maruah. Jangan kita duk sibuk menjaja maruah kita. Tak pikir ke kita ape orang lain anggap dengan status kita tu? Yang ade suami jaga la maruah suami. Yang tak de suami sila jaga maruah mak ayah kita. Perbuatan tu sama la kita nak tempah kita dan suami ke dalam api neraka jugak kan......







Tak elok kite duk up status menghina serta memaki orang. Nak marah redakan dulu amarah tu. Kita tidak boleh melihat orang secara zahir aje. Jangan ingat kita boleh sangka orang tu kaya banyak duit gitu. Die tuh hantar laporan kewangan dengan aset apa yang die ade kat kita ke tiap-tiap bulan. Orang merungut duit tak de la, moto rosak la, kereta rosak la, anak-anak nak masuk sekolah la. Tu belum menentukan orang itu tak ade duit. PR ada menghadiri majlis pembahagian zakat ni. Orang-orang ini kami yang akan cari sendiri. Habis pelusuk kampung kami cari. Di hari majlis tu dia orang boleh menitis air mata kerana ade lagi insan yang boleh membantu. Sedih tau bukan ape selama ini mereka-mereka ni tak pernah merungut meminta. Tapi alhamdullilah kami dapat cari. Maaf kat cni yer kami tak akan memberi yang duk main mukabuku. Orang duk main mukabuku neh bukan susah sangat pun. Ramai lagi rakyat malaysia yang susah tapi tidak merungut itu dan ini. Maaf yer.....











PR sedia ditegur. Tapi jaga la maruah orang lain seperti mana kita menjaga maruah diri kita. Jangan tegur kesilapan sahabat kita di wall muka buku tu. Tak elok sangat-sangat. Kepada semua sahabat yang berkawan dengan PR di mukabuku sila lah PM dimukabuku yer. Daku sedia menerima teguran dengan hati dengan ikhlas. Maaf dipinta jika n3 daku kali ni ade yang menguris hati kalian. Daku hanya insan biase. Yang senang membaiki diri. Merenung diri kat mana ade kekurangan yang perlu dibaiki. Semoga kita boleh mengaudit diri kita dengan ikhlas hati. Menerima teguran.


Nota kecik: sebenarnya bosan duk tunggu twin ade latihan teakwando arini. Ade kelas ganti gitu.... Sebenarnye ini hanya untuk peringatan diri sendiri jugak.....

2 comments:

  1. sehinggakan saya membuat quote di blog saya.... "mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar dan didik janganlah diherdik" kerana terlalu suka dengan ayat ini. bersabar yer PR

    ReplyDelete
  2. Sabar...kalau ada org macam tu, kita jadikan teladan supaya kita tak jadi macam tu jugak... :-)

    ReplyDelete

Popular Posts