Jom Klik

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Sandwich

Citer ni berlaku semase aku g Genting. Kisah sandwich la. Ape lagi. Dah la harga mahal. Mahal aku tak kisah la Tapi ade pulak kisah yang tidak enak untuk diceritakan. Kamu semua nak tengok pic die.....


Kat Genting memang la lapau jer kerjanye. Maklum la tempat sejuk. Tiade keje lain selain lapar. So sebelum aku dengan kekawan balik ke hotel. Kite orang tapau la makanan. Duk cner tengok makanan semuanyer sedap. Tak de yang tak sedap. Al-maklum la perut lapar. hu...hu...hu..... Kite orang pun tinjau punyer tinjau singgah la kat lot shop. Sedap pulak tengok sushi dengan sandwich kat ctu. Member pun tanyer la aku ape tu ham. Aku yang tak berape cerdik pun jawab tak tau la. So aku ambik keputusan nak tanyer la si penjual tu. Die dengan bangganyer jawab ayam. Aku pun dengan selamber cakap kat member "ayam la". Mau ke tak? Die cakap kalau ayam boleh la. Sebab nampak sedap jer. Aku pun ambik sandwich tuna die ambik sandwich ham. Dah la harga 4 hinggit. Bukan murah tau. Dah la harga buah 1 bekas tu pun 4 hinggit. Ulasannyer aku rase la harga makanan paling murah kat cner 4 hinggit la. 

Oh yer.. Kite berbalik kepada cerita asal ek... Bangun pagi aku dah makan semua sandwish tuna ku. Nak buat macam mane perut dah lapar tahap gaban. Member ku pun makan ham sandwichnyer dengan penuh kusyuk sekali. Lapar gak kau tau. Sampai kat pertengahan jalan pulang die pun rase nak bukak lappy ku (baru terase tak sedap ati) Sandwich entah ke mane-mane menjalar dalam perut. Entah macam mane tengok pic kat pakcik google semua pic paha. Yang 1 ni buat aku terkezut & terperanjat tau.....


Alamak.... Die pun terus call bos die. Bos die pun cakap ayam jugak. Was-was la pulak jadinyer. Dah la bende tu duk dalam perut dah. Dengan ati sebal aku cakap dengan die. Nanti la aku tanyer lak dengan bebudak office lak. Nak menyedapkan ati die aku cakap anggap la makan ayam. Ahaks...ahaks...ahaks... Esok pagi-pagi aku dah terjah semua bebudak perempuan kat office. Kau orang nak tahu ape jawapan die orang. Ham tu ialah paha b**i la. Ya allah ampunilah umat mu yang cukup lemah ini. Dalam ati nak marah giler kat sipenjual sandwich tu. Kalau dekat mau aku g ketuk kepale die. Banyak kau punyer ayam.

Moral of the story: Dalam dunia yang serba moden ini kene banyak & terlebih berhati-hati. Nanti jadi makan ati lak tau...


3rd Day At Genting

Banyaknyer sampah, sarang labah-labah kat blog ku. Aik... Ni mesti dah lame tak update blog. hi..hi..hi... Tiade ketenangan la nak update blog. Salam kiss untuk kamu semua. Ni nak citer kisah g Genting. Hari last day aku kat cner. Yahoo... dah nak balik rupe nyer. Bangun tido dah lambat. Cheak out pun dah tengah ari.


Selamat tinggal hotel Seri Malaysia. Kalau panjang umur aku akan mengunjungi mu lagi. Mase aku nak cheak out baru terpandang ni.... jeng...jeng...jeng....


Ambik kau... Ingat boleh pakai free internet kat hotel 3 bintang. Bayor jangan tak bayor. Nasib baik aku bawak berokband kesayangan ku. hu...hu...hu.... Walau kau slow mengalahkan kura-kura aku tetap menyayangi mu sayang. Mmuuahhh.....  On the way dalam perjalanan pulang aku ternampak kemalangan tau. Lori terbabas. Nasib baik tiada yang cedera atau terjadi ape-ape.






Sesak jugak la jalan dek dikerjakan oleh kemalangan ni. Dah sampai Kuantan drop ape yang patut lu. Pastu aku singgah kat shopping mall jap. Beli baju untuk mytwin lu. Mummy dah janji kan untuk mytwin. So mummy akan tunaikan ek. Penat badan jangan kira la. Pikir esok nak kerja lagi. Nak ambik cuti malas pulak nanti ape lak kate bos kesayangan ku ni. Kan melenting ambik cuti last-last minit. Singgah beli donut jap kat Mesra Mall. 


Tak hilang sayang kat bis apple yang satu ni. So bagi aku g bercuti kat genting memang menyeronokkan tau. Sape-sape yang belum pergi. Aku nasihat kan pergi la. Seronok giler tau.... Aku plan nak pergi lagi tapi tunggu umur twin mencecah 3 tahun dulu. Bukan ape rase ak best kalau g cner tak masuk kat Snow World. Nak masuk kat cner kene umur mencecah 3 tahun dulu. Sabar... Bulan 10 ni dah umur 3 tahun. Mummy akan bawak kamu main kat cner tau. Baru tau macam mane duk kat kota keriangan... 


Moral of the Story: Penting sangat-sangat kalau g cner bawak la duit banyak-banyak. (ha...ha...ha...)

(Story ni aku ringkaskan, seringkas ringkasnyer sebab banyak keje sedang menunggu.) Bye semua.....

Tuesday, May 3, 2011

2nd Day At genting

Salam kasih dan cinta untuk kamu semua... hi...hi...hi... Ni nak sambung citer best ku g Genting. Sebab malam tu dah penat bangun tido dah lambat. Sebab nak jimat minyak... Jom kite naik Skyway. Sampai kat stesen fulamak ramai giler orang. Beratur punyer la panjang... Harga tiket cuma 10 hinggit pergi dan balik. So 5 hinggit untuk satu perjalanan. So aku pikir dah murah la nak dibandingkan harga minyak yang akan abis bile naik kat atas nanti. 


Ni pic pemandangan dari atas Skyway. Takut gak naik ni walau pun bukan 1st time naik. Perasaan takut tu masih ade tau. 


Ni mase Skyway gerak tempat yang tinggi. Masih berkabus walau pun jam dah pukul 2.00 petang (main agak-agak jer. Tp dalam area jam tu la). Tak nampak ape pun tau.
Ni lak pic di ambil dari atas sebelum ku berlepas kat plaza untuk main. Yahoo.....


Alamak pic pulak yang jadi blur.. Ok la aku terang kat cni. Kalau golongan orang dewasa beli tag indoor & outdoor pakej die 62 himggit untuk 1 ari. Tak kira la nak main sampai kul berape (limit sehingga 12.00 tengah malam) untuk kanak-kanak lak 41 hinggit. So die ade pakej untuk 1 family (2 kanak-kanak). Tapi kalau beli pakej indoor sahaja 30 hinggit untuk dewasa dan 28 hinggit untuk kanak-kanak. Untuk outdoor lak 46 hinggit untuk dewasa dan 31 hinggit untuk kanak-kanak. So aku oper untuk kamu semua baik ambik in & outdoor sebab buleh main dua-dua sekali. Die akan bagi tag kat tangan kalis air. So kamu tak boleh tanggalkan. Nanti rosak tak boleh main tau. Tapi sedih la ckit sebab mase aku tengah beli tag tu jurujual tu cakap hujan renyai-renyai. Jadi ade la permainan yang dihentikan. Merbahaya tau...


Ni mainan baru kat genting tau (bagi aku la). Sebab selama ni aku g genting tak de pun mainan ni. Ingat tak mainan kat fanfair. Alah lempar gelung, main tembak pin bowling, pancing itik dan macam-macam lagi la. Abis gak duit aku main bende ni. Kalau bernasib baik dapat la bear besar yang kau orang tengok tu. Kalau nasib tak baik dapat ni jer....


Ni nasib baik dapat tau. Ade tu duit jer abis. Tapi tak dapat ape-ape pun. Main, mainan ni nasib la. Nasib baik dapat yang besar. nasib tak baik tak dapat langsung. Hujan dah berenti jom terjah mainan pulak.


Ade bran nak naik flying coaster?? hi..hi..hi... aku?? tobat tak naik. Nanti tertanggal jantung aku sape nak bertanggungjawap?? Nak naik ni tiket die asing tau. Tak termasuk dalam pakej tag tangan yang kau orang beli tu yer.. Harga die 12 hinggit jer......


Sebenarnye aku lebih teruja naik spinnner. Kalau kau orang naik macam naik buai la. Tapi terbang punyer la tinggi. Nasihat kepada orang yang gayat. Tolong jangan naik. Silap ari bulan boleh tercabut nyawa tau. Aku ade naik cyclone tau. Alah lebih kurang corkscrew gak (rolercoster) tapi ni tempat duduk hanya untuk 4 orang sahaja. Ni pun aku naik rase nak nagis tau. Rase jer nyawa aku nak tercabut. (sorry pic tak dapat nak ambik sebab dah tahap gaban giler) ha...ha...ha.... 




Kalau kau orang rase nak selamat dan tak de acare debar perut ke ati ke. Baik naik tea cup. ha...ha...ha... Baik untuk orang yang penakut serta tak suka pada cabaran. ha...ha...ha... ade 1 lagi yang aku akan syurkan untuk kalian semua...


Kau orang boleh la nak naik double deck carousel  (naik kuda) ahaks.. Banyak pic yang tak dapat ku snap untuk kenagan sebab terlalu teruja nak main sebenarnya. Mainan video game  pun aku tak main. Sebab nak main kene beli kad 8 hinggit topup kad dalam 50 hinggit. Tapi game banyak la. Macam-macam ade. Same gak kat snow world aku tak masuk sebab dah tak tahan pada sejuk. Kalau duk kat outdoor waktu malam bercakap pun mulut dah keluar asap. Memang sejuk bagi aku yang tak de lemak ni. Jom layan pic-pic manarik bijik mate ku...










Oh yer... Kau orang ade bran nak naik space shot. Ape tak tau yang mane satu. Jom layan....


Kau orang naik sampai ke puncak. Die akan henjut kau sampai bawah. Yang ni pun kalau rase nak ilang nyawa boleh gak naik. Aku?? Tobat tak akan naik walau 1000 kali aku sampai kat genting. ha...ha...ha.... mau aku menagis sorang-sorang biler ade kat atas.

mainan ni dipanggil rio float


Yg ni dipanggil matahari

Nak aku cakap kat cni mainan memang banyak giler la. Memang berbaloi kau orang bayar 62 hinggit untuk 1 ari. Sebab tak kisah la kita nak naik berape kali mainan tu. Tak de orang nak larang. Tapi ade gak la mainan yang kene bayar asing seperti genting X-pedition wall, genting sky venture, rainforest splash poll dan termasuk la 2,3 jenis yang pernah aku cakap tadi. 

Kebetulan mase aku berada di cner ade pertunjukan tau. Jom kite layan pic-pic tersebut...







tengok la bertapa ramai giler yg menonton...

Bagi aku la...(org lain tak tau) Genting memang betul-betul kota keriangan. Kau orang yang keje dah sampai tahap gaban di nasihatkan la datang kat cni. Sebab kau nak menjerit ke menagis ke dah biase kat cni. Tak de yang ambik peduli tau..


Popular Posts