Jom Klik

Sunday, December 11, 2011

Soalan Yang Terjawab


* Untuk para suami dan jugak untuk para isteri ( yang masing-masing bekerja)
 #KEMUSYKILAN AGAMA#SUMBER JAKIM#
<Nafkah Suami kpd Isteri>

Soalan:

apakah maksud nafkah zahir bg seorg suami dan jika isteri bekerja adakah tidak layak seorang isteri untuk mendapat nafkah zahir..adakah nafkah zahir itu cuma memberi peblnjaan brg dapur dan mkn sahaja tidak termasuk ke keperluan peribadi??saya cuma ingin kepastian bg masalh sy ini

Jawapan:

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas soalan tersebut. Nafkah merupakan hak isteri yang merupakan tanggungjawab suami kepada si isteri. Antara nafkah itu adalah tempat tinggal, makan minum, pakaian, belanja rumah. Isteri berkerja bukan membuang terus tanggungjawab tersebut. Apabila si isteri berkerja, ia hanya sekadar merengankan beban si suami. Walaubagaimanapun nafkah zahir seperti tempat tinggal makan minum adalah merupakan kewajipan suami. Berkaitan perbelanjaan peribadi seperti perhiasan, kereta atau apa-apa sahaja yang dikira sebagai perbelanjaan kehendak ( bukan keperluan) maka tidak wajib bagi si suami itu menunaikannya kerana atas alasan kemampuan. Wallahua'lam

1 comment:

Popular Posts