Jom Klik

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Gula #4

Paras gula yang tinggi atau Hyperglycaemia akan meyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam . otot. Pembakaran tenaga akan menghasilkane gerak-geri otot yang menyebabkan kanak-kanak bergerak tanpa kawalan. Dengan tenaga yang berlebihan, mereka akan  mula berlari-lari, melompat dam menjerit-jerit tanpa kawalan. Inilah yang dinamakan hiperaktif.

Pembakaran glukosa pula menghabiskan vitamin B1,B2,B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti pergerakan otot. Kekurangan vitamin dan zat ini megurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak. Mereka mudah gelisah dan cemas kerana otak tidak mendapat bekalan glukosa, oksigen, vitamin dan zat galian yang mencukupi.

Sumber: Pa&Ma Julai 2011

Nota Kaki: Betul ke orang cakap bile kene kencing manis petuanye minum air epal hijau tanpa gula

Tuesday, June 21, 2011

Gula #3

BERAPA BANYAKKAH GULA YANG ADA DI DALAMNYA?

* Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
* Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

* Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

* Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

* Bijirin sarapan bersalut madu 22g - 10.1 sudu teh

* Aiskim coklat sepotong saiz biasa- 7.7 sudu teh

* Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

* Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

* Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

* Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh

Sumber: Majalah Pa&Ma 7/2011

Sunday, June 19, 2011

Gula #2

PANDUAN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA:-

* Banyakkan minum air kosong

* Kurangkan pengunaan gula dalam masakan dan minuman

* Ambil buah-buahan sebagai makanan pencuci mulut mengantikan kuih-muih yang manis

* Elakkan pengambilan snek dan minuman bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur

* Seelok-eloknya pilihlah makanan dan minuman tidak mengandungi gula tambahan

Sumber: Pa&Ma Julai 2011

Gula #1

PERHATIAN.....
N3 ni untuk info kepada semua ibu atau bapa atau sesiape yang ingin mengetahui pasal gula. Terutama yang mempunyai anak-anak (kite jugak) yang suka makan coklat atau ape-ape makanan yang mempunyai paras gula yang tinggi.

KESAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN BERLEBIHAN:-


* Boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

* Pengambilan tenaga yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan berat badan seterusnya membawa kepada masalah obesiti (gemuk la tu).

* Merangsang pembetukan karies gigi.

* Wujudnya masalah kelakuan seperti hilang daya tumpuan dan panas baran juga punca daripada mengambil  terlalu banyak gula.

* Peningkatan risiko mengidap penyakit kencing manis.

* Kemungkinan diserang masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stok sangat tinggi.

* Melemahkan sistem imunisasi tubuh.

* Mengganggu  imbangan galian dalam badan.

* Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cergas. 

* Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.

* Melemahkan penglihatan.

* Meningkatkan paras adrenalina di kalangan kanak-kanak.

* Penyebabekzema dikalangan kanak-kanak

p/s: Info ni PR selup dari majalah Pa&Ma 7/2011

Popular Posts