Jom Klik

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Dari Kerana Mata



Alhamdullilah..... dapat jugak PR abiskan novel ni. Bukan nipis tau. Tapi 870 muka surat (mak oi... tebal giler). Penulisnye Norhayati Berahim. Dengan penuh sabar PR bace novel ni.

Nak tau bace novel ni buat PR menitis air mate. (ha...ha...ha... kau nagis ek hu...hu...hu...) Sedih ade yang tak dapat makan kerana kemiskinan. Pakai baju buruk serta koyak. Novel ni jugak buat PR ketawa.  Kau orang nak merase ketawa dan menagis bace la novel ni. Tapi kene dengan penghayatan la.

Ni sinopsis nyer...... Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok, pokok dan pergi tanpa apa-apa rase. Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari. Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Best novel ni PR bagi 5.5 bintang (hi...hi...hi... ade gak setengah)


Saturday, June 18, 2011

Seandinya Kau Ada


 
Salam semua.... PR baru jer abis membaca novel ni. Penulisnya ialah Kamsiah Abu. Sekali sekale melayang novel. Hi..hi...hi.... Jalan ceritanyer memang best. Tak la bosan. Kadang kale sedih. Kadang kale rase romentik pulak. Ape yang terjadi kat Nur Syahirah pernah gak terjadi kat PR dulu. Putus cinta (Nur Syahirah tak jadi kawin saat-saat akhir). Lari tinggalkan Malaysia dan bekerja kat NYC tapi PR sambung belajar. ha...ha...ha.... 

Ni sinopsis nyer...

Apabila yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, Nur Syahirah membawa hati yang duka lara ke negara asing untuk membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah berkenalan dengan Isaac melalui alam siber. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, Fazlur yang pernah mengecewakannya masih mengharap kehadiran Nur Syahirah semula. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu??

PR bagi 5 bintang. Best dan boleh dilayan. Cuba la siapa kaki-kaki novel bace novel ni. Tidak akan mengecewakan kalian semua.

Thursday, June 2, 2011

Nian Di Hati

Tajuk pun dah serupe dengan tajuk lagu Siti Nurhaliza.hi..hi...hi.... Suka gak bace novel ni dalam mase 1 ari boleh abiskan bacaan. Alah ari cuti boleh la.Cuba ari keje. Tak de maknenyer....



Citernyer memang best. Tak rugi kalau beli. Seperti biase ini sinopsisnyer (kat belakang kulit ek...)

Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka. Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah,dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak putus-putus mahu melihat Arif dan Amy menderita dan terpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar menikmati erti bahagia.

Banyak yang telah aku pelajari setelah tamak membaca buku ini. Jangan kita membuli anak yatim. Senang-senangkan la kite tolong menolong seupaya serta semampu kite. Insyaallah susah mane pun kite akan hadapi akan ade jalan penyelesaiannye. Jangan la kite zalim menzalimi sesame manusia. Jangan ingat kite banyak duit kita boleh buat ape yang kite suka. Ingat bukan semua boleh dibeli dengan wang ringgit.

Wednesday, June 1, 2011

Cucur Bawang & Kopi O

Dapat jugak aku abiskan novel ni untuk petang semalam. Kira dah petang sangat aku start bace novel ni  (ari sebelumnyer). Kira dalam mase 1 ari la. Memang best la novel ni. Aku kasi 5 bintang. Eh main bintang-bintang pulak. hi...hi...hi.... Terima kasih kat Lya Colours yang memberi cadangan supaya membeli novel ni. Ade jugak yang menjadi mangsa ku jadi pembeli novel ni. Nak buat macam mane semalam ari terakhir pesta buku (31hb 5). Aku bz la. Tak sempat nak menjengah kat pesta buat kali ke 2. So tolong la hamba allah yang memerlukan pertolongan ini. Sian gak kat die. G kat pesta buku dah abis novel ni. G pulak kat kedai buku tak de gak. Ape-ape pun thanks a lot buat kamu yer (mmmuahhh....) sayang kamu. Akhirnyer dapat gak aku bace novel ni. Memang best sangat-sangat (banyaknyer pujian). Memang sesuai buat koleksi peribadi ku.

Kau orang nak tahu. Kerana novel ni aku tak berape nak menterjah blog-blog ni. Nak gak abiskan novel ni. Janji aku puas.



Kat cni aku cerita serba sedikit sinopsis cite ni. Kat belakang buku la.Kalau aku buat sendiri sinopsisnyer. Jawapan tak laku la buku ni kat kedai (hi..hi...hi....) Bukan ape sian kat penulis dengan penerbit buku ni tak boleh cari makan tau.

Ok... Ni sinopsis buku ni....Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia  atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuat Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandarmelihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

Popular Posts