Jom Klik

Sunday, August 7, 2011

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Terengganu

Setelah mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-wathiqu BiLlah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu Darul Iman, maka dengan ini saya mengisytiharkan kadar Fitrah bagi negeri Terengganu tahun 1432H / 2011M adalah  sebagaimana berikut;
RM 8.00
RM 7.00
RM 5.00
Sehubungan dengan ini, mana-mana orang Islam yang akan menunaikan Fitrah, boleh berbuat demikian sama ada dengan tunai mengikut kadar di atas, atau di bayar dengan beras dengan kadar timbangan 2.70 kilogram(M)  atau dengan cupak bersamaan 2.97 cupak (M).

Timbangan berat tersebut adalah mengikut nilaian berat 1 gantang Baghdad 

Bagi mana-mana orang Islam yang menunaikan Fitrah dengan tunai, pembayaran Fitrah adalah tidak kurang  daripada RM 5.00 setiap orang dan bagi mana-mana orang yang memakan beras dari jenis yang baik, maka kadar bayarannya adalah se nilai dengan kadar beras yang di makan iaitu mengikut nilaian tunai timbangan beras seberat 2.70 kilogram. Sebagai makluman, kadar yang di perolehi tersebut adalah berdasarkan kepada harga beras gred Super di pasaran tempatan yang mana nilaiannya bersamaan dengan beras gred 15% hancur, 10 % hancur serta 5 % hancur

Bagi maksud pembayaran pula, orang Islam di negeri ini bolehlah menunaikan Fitrah tersebut di mana-mana kaunter bayaran zakat MAIDAM dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang pada hari ahad-rabu dan dari 8.30 pagi – 2.30 petang pada hari Khamis. Namun begitu, bermula 19 – 29 Ogos 2011, kaunter bayaran zakat di buka 7 hari seminggu di semua kaunter MAIDAM bermula 8.30 pagi – 3.30 petang.
Selain itu, MAIDAM telah melantik amil seramai 1,200 orang yang akan beroperasi di setiap masjid dan surau di negeri ini bagi mengutip Fitrah dan zakat Harta di samping boleh juga di bayar melalui SMS untuk pelanggan CELCOM dan MAXIS.

Perlu di ingatkan, adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana orang Islam di negeri ini membayar Fitrah selain kepada  MAIDAM serta wakilnya. Ini telah termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Bil. 2 Tahun 1422H/2001M seksyen 70 yang mana MAIDAM bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan kutipan Fitrah dan Zakat Harta di negeri ini. 

Untuk makluman juga, pada tahun lepas MAIDAM telah menerima kutipan Fitrah sebanyak RM 5.5 juta dan ini menyumbang kepada 7 % dari jumlah keseluruhan kutipan zakat keseluruhan RM 76.4j. Dianggarkan pada tahun ini, MAIDAM mensasarkan kutipan Fitrah sekitar RM 5.8 juta. 

Maka dengan ini saya menyeru dan menasihatkan kepada semua orang Islam di Terengganu ini untuk menunaikan Fitrah dengan seawal yang mungkin bagi mengelakkan sebarang kesukaran yang tidak diingini berlaku pada hari terakhir waktu wajib pembayarannya iaitu sebelum solat IdilFitri. Ini kerana terdapat sesetengah orang menunggu sehingga saat akhir waktu pembayarannya sehingga lupa untuk menunaikannya. Adalah di nasihatkan pembayaran hendaklah di buat bermula 1 Ramadhan. 

Sumber: MAIDAM

2 comments:

  1. entah lah dik, akak ni dah terbiasa bayar fitrah di akhir ramadhan..bila hubby ke masjid untuk bayar fitrah tu terasa nak raya dahhhh...hehehe

    ReplyDelete
  2. good info:)
    hubby wida x byr lagi..kena suruh byr cepat2 ni

    ReplyDelete

Popular Posts