Jom Klik

Thursday, August 18, 2011

Kisah Popia Di Bulan Ramadan

Salam untuk semua..... Kite dah masuk 18 ramadan. Ni bermaksud dah nak masuk 18 ari kite berpuase. Sekejap jer mase berlalu. Sedar tak sedar dah 18 ari kite berpuase. Ni kisah popia yang dibeli pada bulan ramadan dibazar. Walau pun dah beberapa tahun ia berlalu. Tetapi ia jelas di ingatan PR. Bukan ape... Hanya sebagai pedoman serta peringatan sahaja.

Kisah ni berlaku mesti dalam bulan ramadan kan. Ade seorang hamba allah tu telah bershopping sakan di bazar ramadan. Biase la kalau PR ni memang jarang sekali membeli kat bazar. Kalau beli pun, mesti PR beli di tempat yang PR kenal atau dah biase beli sebelum atau selepas ramadan. Alkisahnyer die banyak la membeli segala kuih muih almaklum la orang berpuase. Biase la kite kan selalu rambang mate di bulan ramadan. Metang-mentang lah lapar kalau boleh satu bazar nak beli. Salah satu nyer yang di beli oleh beliau ialah popia.

Biase PR ni makan nasi dan minum air sahaja. Kuih muih ni memang payah la ckit. Hamba allah tu dah selesai jer makan nasi, dia pun mula mengadap segala kuih muih yang di beli (selera besar sungguh die tu ahaks.....) Die makan la popia yang di beli. Popia pertama ok lagi. Masuk popia ke dua mak ia.... Nak tahu ape isi dalam popia tu. Semata-mata bawang goreng yang hitam legam tu. Terkejut sungguh kite orang tengok. Tak de sayur langsung. Teruk betul la die orang ni berniaga. Tolong la jangan nak berniaga macam ni di bulan yang mulia ni. ni dah kira kita lebih kurang kejam la.

Sebab ni lah PR payah sangat nak pergi kat bazar-bazar ramadan. Kalau terjadi pada PR tak tahu la la. Sebab nak kate die silap letak rase tak mungkin. Tak kan dah tak kenal sayur kot....

Kalau macam ni baru best. Pic ehsan dari cik abg google


Nota kaki: berhati-hati lah membeli kat bazar ramadan.

11 comments:

  1. ari tue saya beli popia basah, siap basi lagi taugehnya. hmmm

    ReplyDelete
  2. kih..kih...sabola bln pose mmg rambang mata..

    asben idah selalu beli popia goreng sira lada...sedap..stkat ni hnya ayam golek jer beli x wape masak..lain2 ok lg...

    ReplyDelete
  3. baru 2 kali ke bazaar setakat ni. tu pon beli murtabak yg mmg diakui kesedapannya :)

    ReplyDelete
  4. kita tengok sedap kita beli.. sepatutnya sebagai peniaga bazaar janganlah amik kesempatan sampai macam tu sekali.. tapi kalau dah sekali terkena confirm takkan beli dah kat dia..

    sekarang kalau beli pun tengok2 dulu.. kalau rasa tak yakin takdenya nak beli.. nanti membazir je.. kalau beli pun biasanya akan beli menu yang sama sebab tak berani nak ambik risiko.. ;)

    ReplyDelete
  5. semalam baru makan popia.. >.< haishh tak baik betul meniaga yang macam tu.. macam mana nak murah rezeki macam ni.. hishh..

    ReplyDelete
  6. tulah bila peniaga tak ikhlas..memang bengang kalau kena cam gitu kan..

    ReplyDelete
  7. peniaga skang ramai yg pntgkn keuntungan semata2...mmg xptt la meniaga mcm tu.bialah puas ati pelanggankan.

    ReplyDelete
  8. ramai peniaga yang jns camtuh,lauk yg berhari tak habis pun still jual. untung je yang dorang nmpk

    ReplyDelete
  9. selalunya terjadi begitu kerana peniaga bidang terjun. bulan ramadhan jer dia berniaga....

    ReplyDelete
  10. akak suka popia kukus tapi tak reti nak buat, kalau buat pun melekat2 kulit tu..pendek cakap, beli aje lah.

    ReplyDelete
  11. sya dah 2x kali terkena...ayam busuk n kuih basi....sakit ati jer...
    diaorg ni asal bleh jual jer...kbynakannya bidang terjun mniaga tu sbb diaorg tau mniaga bulan pose ni sume laku

    ReplyDelete

Popular Posts