Jom Klik

Tuesday, August 16, 2011

Menjaga Hati & Lidah

Dalam sejarah Islam nama Luqman al -Hakim cukup terkenal dengan kebijaksanaannya. Luqman tidak pernah mengamalkan sikap yang buruk termasuklah setiap kali apabila berkata-kata.

Apa yang keluar daripada kedua bibirnya adalah kebijaksanaan. Dia tidak pernah mengucapkan sesuatu pun, kecuali hal-hal yang mulia, penuh makna dan hikmah, serta berguna.Allah mengabadikan namanya dalam al Quran sebagai salah satu teladan untuk umat manusia.

Pada satu hari, Luqman telah diarahkan oleh tuannya menyembelih beberapa ekor kambing untuk dikendurikan. Selesai menyembelih tuannya berkata, ``Wahai Luqman, cuba berikan aku dua bahagian yang terbaik daripada daging-daging tersebut.'' Tidak lama kemudian Luqman datang dan menyerahkan sepotong hati dan lidah.

Tuannya meminta pula Luqman memberikannya bahagian yang paling buruk antara daging-daging kambing yang disembelih tersebut. Luqman kembali semula ke tempat daging itu dikumpulkan dan sejurus kembali, dia sekali lagi membawa sepotong hati dan lidah.

"Apa maksud mu dengan ini semua, Luqman? Mengapa yang terbaik dan paling buruk sama bentuknya?'' tanya tuannya.

Luqman dengan tenang menjawab, " Tuan, jika kedua bahagian ini sudah baik, tidak ada lagi yang lebih baik daripada kedua-duanya. Sebaliknya, jika kedua-dua bahagian ini sudah buruk, tidak ada lagi yang lebih buruk dibandingkan dengan keduanya,'' jawab Luqman.

Sememangnya itulah kebijaksanaan Luqman kerana kebaikan dan keburukan seseorang insan itu akan ditentukan bagaimanakah dia menjaga hati dan lidahnya.

Apa yang kita perkatakan dan apa yang terkandung dalam hati kita sama ada baik atau buruk sudah pasti menjadi penentu imej kita di depan orang lain.
Tetapi malangnya pada zaman ini, ada di antara kita yang tidak mahu memikirkan itu semua, mereka bercakap sesuka hati dan bertindak mengikut hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umatnya supaya menjaga lidah dengan sebaik-baiknya kerana ia mendatangkan kesengsaraan kepada manusia jika salah digunakan.
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap perkara yang baik atau diam.''

Keengganan atau kelalaian kita untuk menjaga lidah kita dengan baik boleh menjuruskan kita melakukan dosa.
Justeru itulah Rasulullah mengingatkan bahawa "Barang siapa banyak bercakap maka banyak pula salahnya dan barang siapa banyak salah maka banyak pula dosanya dan barang siapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya.''

Berdasarkan kepada hakikat itulah, berhati-hatilah ketika bercakap dan pelihara kesucian hati kita dengan sebaik-baiknya.
 
Kekurangan itu dari saya, kelebihan itu milik ALLAH AZZA WAJALLA jua....

10 comments:

  1. walaupun susah tapi itulah yang kita patut jaga..

    ReplyDelete
  2. jaga lidah, seksanya tak terperi.tapi itu yang sering orang alpa

    ReplyDelete
  3. malam tadi tazkirah, kalo tak salah ustaz dok kabo luqman telah diberi pilihan oleh Allah untuk jadi nabi atau ahli hikmah. kerana memikirkan tugas nabi amat berat tu maka beliau pilih jadik ahli hikmah... sebab tu la setiap kata-kata dan perlakuannya penuh dengan hikmah dan tauladan. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  4. betul tu..lebih baik diam dari berkata yg sia sia

    ReplyDelete
  5. saya setuju.. jika hati kita penuh dengan sifat buruk, maka buruk lah seluruh anggota dan rohani kita.. begitu juga sebaliknya..

    salam kunjung mengunjung ya...

    ReplyDelete
  6. betul laa kan.. banyak bercakap mengundang dosa. thanks for the reminder sis!

    ReplyDelete
  7. terima kasih ya berkongsi..
    memang mulut dan lidah penyebab dan pengundang masalah..
    so, sama2 kita jaga ya

    ReplyDelete
  8. bukan mudah...tapi berusaha ke arah tu...

    insyaAllah...

    ReplyDelete
  9. sebab tu lidah itu lebih tajam dari hunus pedang..

    ReplyDelete

Popular Posts