Jom Klik

Friday, December 16, 2011

Alamak Toyol


Ari ni ari minggu. Lepas operasi mengemas rumah,basuh baju dan segala-galanyer yang tergendaler pada ari bekerja. Yahoo .... ade mase untuk melayan movie yang dah banyak kat ext. Dapat la melayan 1 movie dari tak de langsung. hi...hi....hi....

Ari ni rase nak melayan alamak toyol la. Nak melayan ombak rindu. Ade lak yang lupa bawak copy citer tu. Ok la... Citer ni memang kelakar. Ketawa ajer kejenyer. Jom kite melayan sinopsis citer ni....

Alamak Toyol mengisahkan Pak Umar (Hamid Gurkha) yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh itu tersebut mengecop ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar.

Pada waktu yang sama, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) dua sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak, namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka.

Pak Umar bercadang mahu memberi toyol berkenaan pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol kemudian beralih arah dan ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul ‘barcode’ di dada kiri Fakhrul dan Kudin.

3 comments:

  1. Macam-macam idea orang buat skrip kan.. kreatif sungguh, kalau kitalah disuruh buat skrip agaknya, cite apa yang kita tulis?

    ReplyDelete
  2. wah..sis dah ada ombak rindu ker?
    kalau kenal...duk dekat, ringan je nak mintak copy..hiks

    alamak toyol ni pon x tgk lagi..malasnya nak meng-download

    ReplyDelete
  3. merah suka sangat ngan toyol nie masa iklan kat tb..hehe

    ReplyDelete

Popular Posts