Jom Klik

Thursday, March 31, 2011

Anak Ku Giler Main Game

Salam... Lambat betul la dapat ke udara pd ari ni. Tajuk atas dah kejam. Mummy yg kejam ke sitwin yg kejam ek???? Semalam die orang tido kul 1.00 pagi tau. Nak Tau die orang boleh duk main game. Ingat malam minggu ke sayang. Esok mummy kerja la. 


Tolong....tolong.... jgn buat macam ni sayang. Nak main pun main la malam minggu ke, ari cuti ke. Memang mummy tak marah tau. Tapi jangan ari bekerja sayang. Nanti mummy mengantuk tahap gaban tau.


Bukan main pakai PS2 la

main pakai lappy jer....

Kelakar gak tengok die orang ni main game. Pasang mouse dah la 2. Mesti arrow pening tak tahu nak g kat mane. Main pulak macam orang dah dewasa. Tau jer kat mane2. Cerdik sungguh la. Mengalahkan papa die orang pulak. Suruh bukak game tu, game ni. Ni mesti kes kawan dgn sepupu2nyer... Canggih betul la anak-anak sekarang ni. Malam ni mesti die orang ni sambung balik main game. Malam ni tak pe mummy bg pelepasan sampai pagi sayang. Kite tengok mate siape yang kebal.

Wednesday, March 30, 2011

Kasi Potong Same Die

Dah lame ke baby boy tak potong rambut...
Jom terjah pic sebelum potong rambut


Ni pic 2 ari sebelum pemotongan rambut

Jom tengok pic semasa kerja pemotongan dilakukan


Aik sempat tengok kamera ek...





Bagus sungguh baby boy
Tak Nagis langsung
Siap lap rambut sendiri lak tu
pas ni g mandi pulak
yang nyata anak ku yg sorang ni tak banyak kerenah
Senang jer kerja-kerja nak berjalan
Tq sayang mummy sayang sangat dengan kamu....

Punch Card "Merah"

Ha...ha...ha.... 
Tajuk pun dah kejam
Nak tau hampir 95% 
Staff kat office ku punch card die orang merah tau semalam la
Semuanyer gara- gara
jeng...jeng...jeng.........
Kite layan pic-pic ni dulu


Ni pic tepi office 

Ni pic depan office 

Parking kereta punyer la jauh
Air pun dah paras lutut
Lupe pulak nak ambik pic untuk kenang-kenangan


Nasib baik air tak masuk dalam office


Air sampai cni jer ek. 
Masih boleh nak buat keje
Tapi kebanyakkan datang kerja memang lambat
Ade yang datang kul 10.00
Aku dapat la datang awal
Sebab aku cuba lari dari jalan yang tiada air
Tapi kebayakan air memang menguasai jalan 
Boleh dikatakan bandar Kuala Terengganu banjir la


Nak tak nak kenderaan kene redah gak


Broandband Ku Sayang

Kepada broandband ku sayang
Kenapa tiba-tiba line mu menjadi putus-putus pada ari ni
Tolong la jangan buat begini kepada aku pada ari ni
Aku begitu sedih serta pilu
Selama ni ok jer 
Cuma lambat mengalahkan kura-kura


Tolong la aku sesangat memerlukan mu pada ari ni
Hidup ku sepi tanpa kamu
Kan meriah hidup mu bersama ku



Penangan McD

Ni story mory ari Khamis tau
Hujan punyer la lebat
Tunggu papa mane ni belum balik
Janji nak belanjer makan
hu..hu..hu...
Last-last jom la kite g ambik papa kat office
Jam pun dah pukul 10.00 malam
Dah lapou giler ni
Tolong...tolong... dah tak tahan ni
Tersangat-sangat la lapau


Kasihan kat baby girl sampai tido sambil berdiri dalam kereta


Cerah bijik mata malam ni
Maklum la malam minggu ek...
Semua ni gara- gara
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Beli pulak pakai drive true jer.
Sian kat baby girl tido sampai tak sempat nak makan
Simpan jer untuk die 
esok die boleh makan......

Monday, March 28, 2011

Iman Semut VS Iman Manusia

Assalammualaikum

sekadar perkongsian....


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" . Wallahulam.Ust Yusainie

Friday, March 25, 2011

Hangin Satu Badan

Hangin betul aku hari ni. Dah la berokband aku kene potong. Mase apply ade la cakap tak mau hantar bil. Bil sila hantar kot email yer.. Jimat duit aku RM 2 hinggit tau sebulan . Tunggu punyer tunggu tak pulak sampai. Setiap mase aku on aku punyer email. Tak jugak kunjung tiba. Aku nak byr tak tau no akaun ke no telefon ke. Tetiba jer sampai mesej melalui broandband suruh bayar. Ello cik kak macam mane nak byr aku tak tau ape2 maklumat pun. Dengan baik hari aku pun telefon celcom. Bla...bla...bla.... tahu la aku semua maklumat dengan harapan dapat gaji minggu depan nak bayar la. Tetiba jer tengah syok main tiba-tiba broadband ku diam. Alamak ape yg jadi ni. Cheak punyer cheak talian telah dipotong.

Hangin la aku satu badan. Potong talian kul 2.30 pagi. Cakap nak email bil tapi tak sampai sampai. Pagi2 lagi aku dah g celcom buat pembayaran. Nasib baik sampai jer kat rumah dah boleh gunakan. 

Eh geramnyer aku. Kenape la berokband aku menjadi slow mengalahkan kura-kura. Sila sekarang..... Selame ni ok jer. Ni la yang membuatkan aku lagi hangin. Dah la ari ni ari minggu. Rase gak nak melepak kat blog lame-lame ckit. Ni dah rase malas la pulak.

Tolong...tolong.... ari minggu ni la kalau aku nak merendek kat intenet lame-lame ckit. Ni kalau dah dah berokband aku dah slow mengalahkan kura-kura aku pun mmmm.... Balik keluar la bawak twin jalan2 lg bagus. Da...da.....

Thursday, March 24, 2011

Kisah Ku Dengan Spageti

 Belas ikhsan dari google

 Salam untuk semua yer... Semalam aku masak spageti. Nak buat macam mane ade jiran bagi kuih. Aku belum pulangkan lagi pinggan dgn mangkuk die. Semua bahan dah ade cuma belum beli lada benggala jer. Balik dari kerja aku pergi beli lada. Dah pikir ape yang akan berlaku nanti. Sebab myhubby tak makan la spageti (bukan tak makan langsung tapi kureng) entah betul ke tak. Sebab sepanjang perkahwinan kami belum lihat lagi die makan spageti. ha...ha...ha... dah nak sampai rumah die call cakap balik lambat kalau nak tido dulu tido la. Ce.... bagus benor ayat die. Macam tahu-tahu jer aku nak masak makanan yang kurang die suka... ish...ish..ish..... Nak buat mcm mane aku pun tak cakap dengan die yang aku akan masak spageti.

Sudah jer masak. Hantar kat jiran sikit (balas la bekas die tak kan nak hantar bekas kosong kot kan). Hidang la untuk mytwin. Amboi berselara betul die orang makan. Aku tanyer sedap ke, die jawap sedap. Nak lagi, nak katenyer. Aku tak kisah. Suka tengok die orang makan. Baby girl ku ni suka makan, makanan macam mee & laksa. Tak sangka lak die suka gak makan spageti ni. Bagi twin boy lak die pasal makan semua die sapu. Abis semua die orang makan semalam tau. Aku sempat makan 2 mulut die. Yang lain die orang abiskan. Tanpa belas kasihan untuk mummy die orang. ha...ha...ha... Untuk myhubby sorry ek. Makanan semua telah dilangsaikan oleh anakda. So kalau balik semlm lapou tu. Sorry jer la. 

Pagi tadi aku bangun awal sebab nak siapkan sedikit kerja. Ewah..ewah... ku paksa sitwin tido awal. Bangun awal jugak. Dalam kul 3.30 pagi die orang bangun. Pening sungguh aku dikerjakan oleh die orang ni. Siap kerja aku pun rebus spageti yg masih berbaki (yg tidak direbus semalam). Ape lagi tengok oleh twin girl mintak nak makan. Alamak pagi2 lagi dah makan spageti anak ku ni. Mungkin sebab kekenyangan @ die orang ni bangun tido terlalu awal. Sempat die orang melelapkan mate di dalam kereta. Mummy janji lain kali mummy akan masakkan lagi spageti yer....




Wednesday, March 23, 2011

Progrem Cuti Sekolah

Sudah 1 minggu berlalu musim cuti sekolah. Bagi yang tinggal kat pantai timur sekolah bermula pada hari ahad. Yang tinggal kat pantai barat pulak hari isnin. Hari ni baru aku berpeluang nak cerita pasal aktiviti pada musim cuti sekolah. Mytwin terpaksa tinggal kat rumah mak. Kerana pengasuh pun ambik cuti balik kampung. Amboi mase mama pengasuh die cakap nak cuti. Mytwin dah bertepuk tangan tau. Aku nak marah ade, nak tergelak pun ade. Macam tau jer die kene balik rumah mak ku. Suka la die orang sebab ramai geng. Nak tau ape aktiviti die orang..

Nah ambik kau..........

Ambik kau laptop sampai tak cukup untuk main game. Tu pun laptop baru aku pun berani die orang ni mintak. kurang asam betul la. Anak aku pun ade gak join the club. Kelab main game. Bangun jer tido terus buka laptop. Sehingga la mate die orang rase mengantuk. Memang cuti sekolah betulla die orang ni.  Buku sekolah pun cuti gak. Ni belum cukup ahli lagi kalau semua balik haru biru la rumah mak aku. Sitwin pun dah tak peduli same mummy die. Dunia ni aku yang punyer. Eppy lappy betul die orang ni yer. Rumah mak jadi riuh rendah jase penangan dari anak-anak buah ku serta anak ke sekali. Hari ni keluarla keputusan SPM. Aku?? Tak de adik atau anak buah yang ambik SPM. Kepada yang berjaya tahniah. Dan pada yang gagal cuba lagi. Masih banyak peluang untuk anda.

Tuesday, March 22, 2011

Tidak Sibuk Tapi Buat-Buat Sibuk

Bace tanjuk dah kelakar. Nak buat macam mane kat pejabat aku dah tak sibuk tapi hal sendiri memang aku sibuk. Dah ala some one mintak tolong. Aku yang baik ati ni sudi la menolong. Hari ni dah masuk 2 hari aku merayau-rayau kat bank. Nasib malang sungguh la. Pergi bank offline lak. Nak keluarkan duit. Tertangguh la hasrat. Mase aku mula-mula pergi bank tu dah bace la offline. (ambik mase pejabat jap ye. Sorry bos) Jadi aku nak senang siap-siap la isi borang. Datang la pegawai die srh jer aku pergi cawangan lain. Die cakap borang yg aku isi tu tak boleh pakai. Cawangan lain same gak offline gak. 

Mase rehat aku g lagi kat cawangan lain lak. Alamak punyer la ramai giler nak tau no aku yang ke berape 212. No sekarang 167. Mak oi... Ramaimyer. Kaunter lak buka 2 jer. Aku sempat g makan lak tu. Last-last aku balik jer. Malas la nak menunggu punyer la ramai orang. Lagi pun nanti ade meeting dengan bos. Hu..hu..hu...  Hah... Lupe lak nak cite. Semase aku ke sane ke mari g bank. Aku ternampak kemalangan tau. Kesian guy tu. Terduduk atas jalan raye. Ade kenderaan yang langgar die. Kakak aku citer kat ctu selalu berlaku kemalangan. Nak tau kat mane tempat tu. Tempat paling banyak bank kat bandar Kuala terengganu. Semua orang pandu kenderaan kat ctu memecut jer. Aku pun tengok naik takut. So untuk semua jangan la pandu kenderaan laju-laju dalam bandar ke luar bandar ke... Aku??? Sedapnyer menasihat orang. (ha...ha...ha...) nanti kite jumpe lagi..da..da....

Thursday, March 17, 2011

Merdeka

Sebelum 31 Ogos aku dah merdeka. Merdeka??? Lambatnyer dapat gaji. Bukan ape aku cuma nak langsai pinjaman ku dengan bank ni. Nak tau baki hutang ku. Jeng...jeng...jeng........


Ade baki lagi bukan banyak pun. Bos ade cakap kalau kite ade buat sattle awal pinjaman kite, bank akan caj dalam akaun kite. Sebab die pernah kena. Teruk kan... Buat sattlement pun ade caj gak. Kuat betul la mereka ambik untung. So aku pun mengambil keputusan biar lah pinjaman aku berakhir dengan baik. hi...hi...hi... Lepas ni meerdeka la aku. Tiade hutang dengan bank. Hanyer tinggal hutang rumah tu pun separuh seorang ( kongsi dengan myhubby). So duit yang aku tu boleh la buat bende lain lak. 


Boleh la aku senyum meleret bermula bulan depan. la...la...la.... Hati ku gumbira.

Wednesday, March 16, 2011

Angin Satu Badan....

Nak dijadikan cerita.... Aku mendapat bil broadband ku yang terbaru. Yang sedihnyer aku terlebih bayar tau. Broadband tu dah aku potong linenyer. Sbb aku ade ambik yang pakej baru. Semasa aku pergi nak memotong line tu. Pegawai kat ctu cakap aku kene bayar bil semasa dulu baru boleh potong. Aku tak kisah la kalau kene bayar pun. Walau pun bil tak sampai lagi kat tangan aku. Nah kau....................

 Terlebih bayar kau..........

Mase rehat tadi aku pun terhegeh-hegeh nak pergi sattlekan masalah ni. Aku bukan ape duit lebih  yang dah terbayar ni nak pindah jer dalam bil telefon ku. Senang citer. Yang aku bengang.... Boleh die cakap lagi 4 bulan dari tarikh aku potong baru boleh sattle. Ambik kau nak telan duit ku. Terpakse la aku berkunjung lagi. Memangkan, kalau syarikat komunikasi ni kerja asyik nak sembelih orang jer. Bukan aku nak duit lebih tu. Cuma baki tu nak pindah jer. Tak patut langsung. Ni la buat aku marah jer.


Kalau nak ikut kejam aku kan tak pasal-pasal aku potong jer line broadband ku. Nasib baik iman tebal lagi. Kalau tidak.......

Ulang Tahun Pertama

Hari ni genap 1 tahun aku berkerja di tempat baru. Seronok aku berkerja ditempat baru. Tup..tup dah setahun yer. Kawan-kawan kat cni best la. Biase la kerja kat mane-mane pun ade duka & suka. Tapi kat cni banyak suka tau. Aku suka kerja kat cni....

Kek ni hadiah untuk anda semua. kik..kik...kik.....

Bagi aku kegembiraan di tempat kerja penting. Kalau tak gembira macam mane nak kerja. Kerja dalam tension jer. So bagi aku semuanyer ok jer dicni. Aku berharap aku boleh maju lagi dalam kerjaya ku. Menghadapi kertas-kertas dihadapan ku dengan senyum macam kek di atas (ha...ha...ha....). Dan aku juga berharap agar ia akan berkekalan sampai bila-bila.



Tuesday, March 15, 2011

Anniversary

Anniversary ye..... 
Nak tahu tahun ni paling terok ingatan ku pada tarikh ulang tahun perkahwinan kami. 
Selame ni tiap-tiap tahun aku ingat. 
Tapi tahun ni??? 
Hampeh tau. 

Nak jadi cerita aku dengan myhubby kan pergi PC fair pada hari jumaat. 
Sebelum pergi tu kami singgah kat rumah kawan die yang nak buat majlis. 
Sampai kat trafik light myhubby pun cakap "mummy tahun ni anniversary kite, kite pakai baju kawin ek". Alamak aku pun terkejut tau. 
Macam mane aku boleh lupa tarikh ulang tahun perkahwinan kite orang ek. 
Aku punyer nak cover line aku pun cakap " papa ingat tak tarikhnyer?". 
Die pun cakap bukan bulan 3 ke? 
Aku cakap memang bulan 3. 
Tapi tarikhnyer biler. 
Aku dengan selamber ambik kad perkahwinan kami tunjuk kat die. 

ha...ha...ha...
Aku dengan die tergelak. 
Nak tau sebab ape??? 
Anniversary kite orang semalam (10/03/2011). 
Mase duk sembang tu dah 11/03/2011.  
Jadi terlepas la nak pakai baju kawin. 
Aku harap kebahgiaan akan kekal sampai akhir hayat kami.

Sunday, March 13, 2011

PC Fair 2011

Demam PC Fair telah melanda diri ku. Kenapa dari dulu aku giler betul nak g PC fair. Tak pernah miss tau.  Wajib pergi tau. Aku akan pergi gak walau pun sekejap. PC Fair bermula 10 - 12 March 2011. Bertempat di TTC (Terengganu Trade Center). Aku pergi la dengan myhubby pada hari Jumaat. Orang jangan nak citer la. Punyer la ramai. Dan aku dengan myhubby meramaikan lagi orang yang ade kat ctu (ha...ha...ha...) Pusing punyer pusing aku pada mulanyer nak tengok-tengok jer lappy dengan nak beli ext. Hard Disk jer. Pening gak kepala aku tengok lappy macam-macam jenis. Dengan barangannyer lagi. Pikir punyer pikir. Jeng...jeng...jeng......
nah kau.....

Sambar gak lappy baru..... hi..hi...hi...sukanyer aku. (yg duka abis semua saving ku) tapi tak pe. Ia cukup berguna untuk kerja-kerja part time ku. Yang best aku dapat 16 free gift.....Nak tau mase tengah menunggu lappy ku siap ade la sorang makcik mengadu kat gerai yang aku beli lappy. Die cakap die pening tengok lappy. Dan tak tahu yang mane nak beli. (ha..ha..ha...) same gak macam aku. Dah tu ramai la pulak nak lappy macam aku. Die ade 3  warna tau. Merah, putih dan biru. Yang biru dah abis stok. So aku ambik la warna merah. Nak tau ni stok paling last warna merah nasib baik aku cepat ckit. Kalau tak lame lagi la aku kene tunggu...


siap bagi dalam kotak lagi


Yang tak bestnyer mase tengah meround tu akak ade call tanyer pasal mouse. Aku dengan selamber cakap ade. Die cakap tak de. Yang malas nak pikir perkara wajib beli mase PC Fair ialah mouse. Bende lain tu kira sunat la. Barangan lain yang aku beli ialah..................




Ext hard disk wajib la. Barang yang lame telah aku idamkan. Kalau tengok pic kat atas ni ade pemanas gelas. Yang tu dapat free gift sbb beli ext hard disk. Hi..hi..hi... sukanyer kalau barang yang kita hajati dapat ditunaikan. Selamat la aku dengan lappy baru ku....................

Thursday, March 10, 2011

Kenduri Kendara Telah Menjelma

Salam untuk semua. Esok bagi yang tinggal kat pantai timur bermula la cuti sekolah. Acara paling popular  pada musim cuti sekolah ialah tentu lah kenduri kendara. Aku.... mmmm.... Balik semalam mak dah cakap "hari sabtu ni ade kenduri rumah pak cik die sambut menantu"  aku ok jer. Hari ni ade kenduri gak rumah anak angkat arwah ayah mertua ku. Cuba call myhubby semalam tapi tak berjawab. So pagi ni aku pun call la cakap dengan die. Alamak die pun cakap "hari sabtu ni ade majlis kawin kawan die" Alamak bertembung dengan rumah pak cik ku la pulak. Nak buat macam mane ni. Rumah pakcik kat Kelantan. Majlis kawin kawan die kat Terengganu. Bertembung la pulak. So nak buat macam mane ek??? Bukan dekat lak tu. 

My hubby suruh aku dengan anak-anak balik. Sebab sekarang aku tinggal kat rumah mak. Bukan ape tau..... Pengasuh aku dah mula bercuti. Cuti sekolah die kata ade majlis kat rumah mak die. Mau tak mau aku terpaksa mintak tolong mak jaga buat sementara waktu. Jadi aku terpaksa berulang alik dari rumah mak ke pejabat. Bukan dekat jauh gak tu. 26km pergi kalau pergi & balik dah 52km. Nak buat macam mane pengorbanan sekali sekala. Myhubby tak dapat tinggal bersama sebab tempat kerja kami tidak sehaluan. Kalau sehaluan senang la. Terpaksa la dalam masa seminggu ni aku terpaksa bersabar. Budget... Harap-harap sangat jalan tu tak selaju LRT. Tak larat aku nak kejar ooi..... Ape-ape pun harap aku eppy sepanjang cuti sekolah  ni. Akak sulong ku nak balik bercuti. Jadi meriah la rumah mak mase cuti sekolah ni. Mytwin memang sah tak akan dengar kata-kata dari mummy die. Maklum la geng-geng ramai...

Monday, March 7, 2011

Ape Kes

Ape la nak jadi dengan dunia sekarang. Buat anak tempat lepas nafsu. Siapa nak lindungi anak kita sendiri kalau bukan kita sebagai ibu bapa. Ikuti petikan berita ini....

KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.
Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.

Petikan dari Harian Metro

Sunday, March 6, 2011

Saman o...o...o... Saman

Nak dijadikan cerita pada hari khamis aku berbunyi la kat member. Rase tahun ni nak bayar cukai  jalan awal la. Mane tau masih ade saman yang tersangkut. Member cakap cheak la pakai SMS senang jer. Aku pun cheak pakai SMS. Sedar tak sedar masih ade 1 saman yang belum aku jelaskan. Tolong...tolong... Cukai jalan dengan insuran aku dah nak hampir. Nak tak nak aku kene bayar gak hari ni.

 tengok bertape ramai orang nak bayar saman

Dulu aku pernah bayar semua saman-saman aku (eh bunyi banyak jer) memang banyak pun. Saman ni yang ke 5 aku terima. 

ni saman yang aku bayar fasa 1

ni untuk hari ini.....

Aku bukan ape boleh jer sambung cukai jalan tapi untuk tempoh 6 bulan sahaja. So aku ni jenis malas la jugak. Walau yang tukang sambungnyer akak aku bukan aku (hi..hi...hi...) Aku dengar orang cakap-cakap tadi pembayaran saman sampai pukul 10.00 malam bagi yang nak bayar tunai. Untuk yang nak bayar melalui kad kredit hanya sampai pukul 3.00 petang sahaja. Aku nak bayar kut kad kredit. Mesin pulak ade masalah. Pening betul la.

Nak tau aku beratur punyer la lame. 1 Jam tau. Penat.... Makan??? Jangan mimpi la. Tak de maknenyer aku nak makan. Dah la masuk pejabat pukul 2.30 petang sepatutnye pukul 2. Hah ambik kau... masuk keje lewat. Sorry bos ek... Terpaksa la. Macam-macam ragam aku tengok tadi. Ade yang cheak saman sampai belakang depan (ala..kertas A4 yang dah dipotong 2). Ade seorang pakcik tu ade 18 saman tau... Tak tau la berapa pak cik tu kene. Ade seorang lelaki tu kene bayar sampai RM 1,050.00. Banyak la suara-suara yang merungut. Tapi aku merungut gak sebab letih beratur. Tu jer. Pasal kene saman sorry ek... Tau buat salah tau ler bayar. ha...ha...ha..... Jangan merungut kalau kita yang buat salah..

Ape Nak Buat Pada Hari Ini

Kebz'an telah melanda. Auditor dah masuk. Yes suka hati betul la. Lepas die keluar boleh la nak plan cuti-cuti pulak. Yu...hu..... Yang best dengar citer masuk untuk 1 minggu jer. Biase pada tahun lepas die orang masuk dalam 2 minggu. Hari ni nak wak pe ye....

1) Nak gi bank nak cash cek.
2) Nak gi balai polis nak bayar saman ( sedih betul la. Dah bayar semua saman tertunggak tapi masih ade  1   saman   baru) Ni sebab 9hb nanti cukai jalan dgn insurans ku sudah tamat tempoh)
3) Nak gi jumpe mysis mintak tolong bayarkan cukai jalan & insurans yang best ade diskaun lagi.

Sempat ke aku lakukan dalam mase 1 jam tempoh rehat ku ni. Makan?? Macam tak sempat jer. Tapi yang penting nak selesaikan semua dengan segera supaya seblm 9hb semua dah o.k bukan k.o tau.




Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday

Selamat menyambut ulang tahun yang ke 31 untuk myhubby pada 23/02/2011 yang lalu (ha..ha..ha.. ari ni baru masuk dalam blog ku). Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ni jer yang mampu aku berikan belanja makan dan beri kek. Ha...ha...ha... hadiah lain kali ek. Tunggu baget cukup lu. Hah tak pun akan disekalikan dengan ulang tahun perkahwinan kita ye... Alah bukan jauh lagi pun dah dekat dah 10/03/2011.



  Tengok cepat betul sitwin letak lilin

Nak belanja makan kat kedai myhubby lak sakit badan. Nak buat macam mane suka sangat pergi gym. Sampai sakit badan. Hah.... ape lagi tapau jer la makanan balik makan kat rumah. Jadi kita layan pic yang berjaya disnap oleh aku.


Tengok tu sibuk jer mytwin macam birthday die lak. 


Keadaan dah jadi kelam kabut. Terpaksa la myhubby potong kek tanpa berbaju. (sorry to myhubby terpaksa letak pic yg tidak berbaju ni). Sorry ek dah nak buat macam mana keadaan dah darurat la. Dah sitwin sama naik jer. Aku dah naik fening tengok kerenah die orang.






Tuesday, March 1, 2011

Harapan

Besar sungguh harapan tahun ni. Harap-harap dapat la aku mencapainyer sebelum akhir tahun ni.



Nah kau nak tukar lappy baru. Sekarang pakai jenama Acer ingat nak tukar HP lak. Ade cadangan  jenama  lappy bagus dari bloger-bloger semua. Hi...hi...hi.... Maklum la tahun lepas dah tukar kamera baru. Tahun ni rase mau tukar lappy baru lak.

Ini die handphone kegilaan ku...

Sony xperia pro baru. Edisi coming soon tau. Belum keluar lagi. Aku dah mula tergila-gila. Cantik la kamera die cukup la 8MP. Cakap pasal sony aku paling suka kamera dengan MP3 die. Sementara die belum keluar ni. Baik aku mula simpan menyimpan duit la dulu.





Sama-Sama Kita Renungkan

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

     
Sahabat sekelian,
     Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

     Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
 Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun  Din dan keluarganya.
 Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya.
Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.
 Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua  bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
 Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...

Popular Posts