Jom Klik

Thursday, March 24, 2011

Kisah Ku Dengan Spageti

 Belas ikhsan dari google

 Salam untuk semua yer... Semalam aku masak spageti. Nak buat macam mane ade jiran bagi kuih. Aku belum pulangkan lagi pinggan dgn mangkuk die. Semua bahan dah ade cuma belum beli lada benggala jer. Balik dari kerja aku pergi beli lada. Dah pikir ape yang akan berlaku nanti. Sebab myhubby tak makan la spageti (bukan tak makan langsung tapi kureng) entah betul ke tak. Sebab sepanjang perkahwinan kami belum lihat lagi die makan spageti. ha...ha...ha... dah nak sampai rumah die call cakap balik lambat kalau nak tido dulu tido la. Ce.... bagus benor ayat die. Macam tahu-tahu jer aku nak masak makanan yang kurang die suka... ish...ish..ish..... Nak buat mcm mane aku pun tak cakap dengan die yang aku akan masak spageti.

Sudah jer masak. Hantar kat jiran sikit (balas la bekas die tak kan nak hantar bekas kosong kot kan). Hidang la untuk mytwin. Amboi berselara betul die orang makan. Aku tanyer sedap ke, die jawap sedap. Nak lagi, nak katenyer. Aku tak kisah. Suka tengok die orang makan. Baby girl ku ni suka makan, makanan macam mee & laksa. Tak sangka lak die suka gak makan spageti ni. Bagi twin boy lak die pasal makan semua die sapu. Abis semua die orang makan semalam tau. Aku sempat makan 2 mulut die. Yang lain die orang abiskan. Tanpa belas kasihan untuk mummy die orang. ha...ha...ha... Untuk myhubby sorry ek. Makanan semua telah dilangsaikan oleh anakda. So kalau balik semlm lapou tu. Sorry jer la. 

Pagi tadi aku bangun awal sebab nak siapkan sedikit kerja. Ewah..ewah... ku paksa sitwin tido awal. Bangun awal jugak. Dalam kul 3.30 pagi die orang bangun. Pening sungguh aku dikerjakan oleh die orang ni. Siap kerja aku pun rebus spageti yg masih berbaki (yg tidak direbus semalam). Ape lagi tengok oleh twin girl mintak nak makan. Alamak pagi2 lagi dah makan spageti anak ku ni. Mungkin sebab kekenyangan @ die orang ni bangun tido terlalu awal. Sempat die orang melelapkan mate di dalam kereta. Mummy janji lain kali mummy akan masakkan lagi spageti yer....




13 comments:

  1. dorang suka spagheti kena selalu masakkan la ni

    ReplyDelete
  2. msk la lagi,, bg gigi rsa pulak..ngee :P

    ReplyDelete
  3. kena masak lagi la tu..diorang suka..:)

    ReplyDelete
  4. nak jugak!!! lama dh x makan spageti..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Amirah: Memang kene masak walau myhubby x suka.
    gigiAriEma: Jom la. Kalau msk lg mari lanakrase. hi..hi..hi....
    Siti Murni: Kalau itu la selera die terpaksa la masak. KAlau tidak payah die org nak mkn.

    ReplyDelete
  6. shatooman: jom la join sekali
    alinac lover: I like too.... Ahaks...

    ReplyDelete
  7. saya pun suka!! lagi la yang banyak meatball,haha
    =)

    ReplyDelete
  8. AISEYMAN.. SAYA TAK MAKAN LE SPAGETTI.. DAH CUBA DAH, TAPI TAK LEH MASUK..

    ReplyDelete
  9. Juan Nasir: mee too...
    Fairus: Awak same la dgn myhubby simpan utk die die simpan balik dlm peti sejuk. ha..ha...ha...

    ReplyDelete
  10. hanya seorang anak je yang suka spegeti. tu yang malas nak masak. sian bila dia mintak masak gak, tapi kena masak makanan lain untuk ahli keluarga yang lain.

    ReplyDelete
  11. budak-budak mmg suka spagethi lah. anak kakchik pun suka.

    ReplyDelete
  12. misza: Rozie dah biase dlm situasi ni nak2 kalau bahagian kuih myhubby suka lain, baby boy suka lain, baby girl suka lain yg penting mummy die suka semua. So kene masak gilir2 la.

    kakchik: Betul...betul...betul...

    ReplyDelete

Popular Posts