Tajuk tergantung ke??? Ok la... Ringkas tapi cukup membuka selera. Ni cerita minggu lepas. Biar dah lame berlalu tapi PR nak cerita jugak. Pagi-pagi dah bawak mytwin g pasar. Tak tahu nak beli ape. PR pun tertengok la telur itik. Buat gulai kuning sodap jugakkan. Beli ikan best jugakkan.
Selama ni memang payah betul nak beli ikan. Bukan ape.... En Aiman memang kompem tak makan lauk. Menu die cukup nasi dengan kuah sahaja. Mungkin pelik bagi kau orang tapi dah terbiase bagi PR. Sebab ade jugak anak buah yang makan macam en Aiman. Keturunan la kata kan. Kadang kala goreng telur makan dengan kicap sudah cukup membuka selera die.
Berbeza betul dengan cik Aisyah kembar die. Yang ni suka meratah. Terutama dengan kaki ayam. Die suka jugak makan ikan. Kalau bab meratah memang die peneraju utama. Makan nasi memang cukup liat. Kerana ini lah PR pening ari-ari mau masak ape. Mentang-mentang die orang suka makan kek tak akan ari-ari PR mau bikin kek kot. Mau 40 ari 40 malam tak makan kek. Sebab tiap-tiap malam makan kek. Boleh gitu???
Nota kecik: Ringkas kan tapi memang cukup membuka selera sitwin. hi...hi...hi.....
KADANG2 YG SIMPLE TU YG SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP..:)
ReplyDeleteringkas betul yek selera dia,senanglaa mamanya nak menyediakan....hehe.
ReplyDeleteBiasa yang ringkas tu la yang sedap kan..
ReplyDelete