Jom Klik

Tuesday, April 12, 2011

Bodohkan

Bakar rumah ibu

ALOR SETAR: Bagaikan aksi dalam filem apabila kakitangan awam yang murung gara-gara kecewa permintaan untuk mendapatkan wang serta berkahwin tidak diendahkan keluarganya, bertindak memanjat bumbung lalu membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan berpunca daripada permintaannya untuk mendapatkan RM200 daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50, pada jam 6 petang tidak dilayan.

Berikutan itu suspek dikatakan mengurung diri dalam bilik rumah itu kerana kecewa.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum majlis pertunangannya.


Abangnya, Mohd Noor Mahmud, 33, berkata adik bongsu daripada tiga beradik itu menunjukkan sikap pelik sejak dua tiga bulan lalu dan selalu mendiamkan diri. “Sebelum ini, dia pernah mengugut untuk membakar rumah mak saya tetapi dia tidak buat. Bagaimanapun, dua hari sebelum majlis pertunangannya beberapa bulan lalu dia tiba-tiba membakar semua pakaian kerjanya termasuk kasut tanpa diketahui puncanya.

“Kami terpaksa menangguhkan majlis pertunangan adik saya kerana bimbang melihat keadaan dia yang tidak terurus. Sejak itu dia kelihatan murung dan selalu mengurungkan diri dalam bilik,” katanya yang ditemui di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, beliau berkata, sikap pelik adiknya yang tidak mengedahkan orang lain dan mengurung diri dalam bilik selepas permintaannya tidak dilayan, menyebabkan dia membawa ibu ke rumahnya di Kepala Batas kerana risau adiknya bertindak ganas terhadap ibunya.

“Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira jam 9 malam dan anggota polis datang untuk memujuknya keluar, namun dia memberitahu tidak mahu berunding dengan sesiapa termasuk ibu.

“Kami cuba memecahkan pintu rumah tetapi dia menyerang kami dengan parang menyebabkan kami hanya menunggu di luar rumah,” katanya.

Menurutnya, adiknya kemudian mengunci pintu rumah, dan bertindak mengambil tong gas di dapur dan membawanya ke tingkat atas rumah itu.

“Sejurus membuka kepala gas itu dia memanjat bumbung dan berdiri di atasnya sebelum mencucuh dengan api hingga menyebabkan kebakaran.

“Kemudian dia terus terjun ke bawah dan melarikan diri di belakang rumah kira-kira jam 11.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata polis cuba menahan pemuda berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin, namun tidak berjaya kerana dia enggan berunding dengan sesiapa.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, polis percaya lelaki itu mengalami tekanan jiwa namun tidak dapat dikenal pasti puncanya.

“Buat masa ini kita masih mencari lelaki berkenaan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan bencana dengan api,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pula berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira jam 12.15 tengah malam kelmarin sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.

Katanya, keadaan rumah berkenaan rentung namun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kita juga masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kejadian itu,” katanya.

 Sumber Harian Metro

16 comments:

  1. ish,kalau die bakal tunang saya.saya minta putus.takut la kahwin dengan orang gila.

    ReplyDelete
  2. storyfromme: Tau x pe
    Mrs Eady; Macam2 perangai dah ade dlm dunia ni sekarang

    ReplyDelete
  3. ni sah memang sakit jiwa.kena makan ubat dapat rawatan

    ReplyDelete
  4. Kena bawak jumpa Ustaz..
    Ubati jiwanya sebelum makin parah...

    ReplyDelete
  5. amirah & cik shinju: betul...betul...betul...

    ReplyDelete
  6. ape2 je le duniye sekaghang ni.....ghasenye die ni mental kot???...

    ReplyDelete
  7. sakit mental lani... wayar putus...

    ReplyDelete
  8. psiko gile kan..takut kawin dgn org gni..

    ReplyDelete
  9. D_08: memang betul la mcm2 hal dlm dunia sekarang.
    dwaty: wayar die putus dah kot
    ashra: jage2 yg belum kawin cheak dulu. hi..hi..hi...

    ReplyDelete
  10. salam kenal rozie :-)

    tq ye sudi follow wina..wina pun bc paper pg td pasal nie, hmmm macam²!

    ReplyDelete
  11. Wina: same2...
    fiqkbe: memang seram

    ReplyDelete
  12. bila sakit jiwa mcm tu.. mcm boleh berlaku kan.. minta dijauhkan.. Salam kenal yer..

    ReplyDelete
  13. ini sah sakit jiwa la nih..sekarang bnyk betul org tekanan mental..mgkin sbb hidup sekarang sgt mencabar..

    ReplyDelete
  14. Hanis : Salam Kenal jugak...
    Rina : memang idup sekarang memang mencabar

    ReplyDelete

Popular Posts