Jaga perkosa anak jiran dalam bank
JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.
Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.
“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.
Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.
Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.
Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.
Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.
Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.
Petikan dari : Harian Metro
nie sume keje giler.stupid punye org?
ReplyDeletebudak tue pun tak leh pk ker..hari ahad..mana ada bank bukak.haiyooo.cari keje..akhirnya dikerjakan.
jemput terjah new entry
1) (>.<) Khas Utk My Levly Princess (>.<)
hmmmm...ntahla..tatau nk salahkan siapa..bdk tu pun satu..yg merogolnya pun satu hal lg..
ReplyDeleteEncik suami & Cik Aish: Betul...betul...betul...
ReplyDeletejaga yang patutnya di bako... bako je jaga tu.. orang tua kutuk tak sedar diri
ReplyDeletehaaaaaa kan dah kena dah, pantang tul dengar cete2 camni
ibuintan: kite pakat bako yer....
ReplyDeleteAs salam Pn Rozie..salam perkenalan..sudi² memfollow blog sye ye..hihi..
ReplyDeleteZSqueenbee: tq sbb follow.
ReplyDeletesalam dear, thanks drop by my blog n be my follower, dtg sini nak follow balik...
ReplyDeletenice blog!!
Salam kenal. Bahaya di mana-mana sekarang dan ibubapa jangan ambil mudah.
ReplyDeletehuh..
ReplyDeletemanusia berhati binatang gni la..
dunia sekarang semakin ngeri...
ReplyDeletealahai..niat budak tu nak carik kerja..tp last2 dikerjakan..takde akal betul jaga tu..
ReplyDeletewahida: tq sbb follow me back
ReplyDeleteabu muaz: Peringatan yg baik
d_LA: memang ngeri serta menakutkan
NuReLLe: jaga tu sial la