Jom Klik

Sunday, July 10, 2011

7 Hari Mencintaiku



Novel ni hasil nurkilan Siti Rosmizah. Novel ni hanya pinjaman semata-mata tak beli tau. Kadang kala kene pinjaman gak. Nanti pokai poket PR semata-mata beli novel.Dah minggu lepas abiskan baca novel ni. Best gak la. Boleh bagi 4.5 bintang ( aci ek pakai setengah)

Sinopsisnyer macam ni. Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernahwalau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memangsaja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kawin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas nika kau akan ingat kata-kata aku sampai mati! So... apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar...."

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?


Lupakah Mia Adriana, hidp ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

So.... Kau orang kene la baca sendiri novel ni. Nak tahu ape yang terjadi di antara Khuzairi dengan Mia Adriani. Novel ni setebal 1048 muka surat. Tebal betul novel ni. PR mrngambil mase berhari-hari jugak nak menghabiskannya. Selamat mentela'ah novel 7 hari mencintaiku. Bace sampai abis tau.

 

8 comments:

  1. nak pinjam atas pinjam boleh?

    poket rabak ni...

    ReplyDelete
  2. selalunya karya Siti Rosmizah tak pernah mengecewakan ^^,

    ReplyDelete
  3. akak, sy baru terpk2 nak promote novel nih tau...
    pasal baru abes bacer...beli lamer dah...kat pesta buku KL arituh...

    novel nih best kan...setuju ngan akak ..bg 4.5 bintang....o.5 krg pasal dia meleret2 sket...dok ulang mia merajuk, khuzairi pujuk tuh....hahahaha

    wpon agak meleret2(tuh pasal la dia tebal)...tp still x sabar2 nak continue bacer..nak tau aper jadi pastu....

    ReplyDelete
  4. PR.acik dah lama habis baca..dah tua2 ni pun masih rajin lagi baca novel..dah dari muda..nak buat camanakan..

    ReplyDelete
  5. novel ni sgt best !! kita dah baca

    ReplyDelete
  6. hah, berbeza dari novel sebelumnya...
    kalau novel sebelumnya pasal ego lelaki yang tinggi... sekarang lebih pada keangkuhan wanita... lagi teruja nak bacanya ^_^

    ReplyDelete
  7. novel n ie sangat3 best nak mampus... huhu.. saya dah baca baper kali.. huhu...

    ReplyDelete
  8. mcm best jer kak..nak cr la novel nie!! :P

    ReplyDelete

Popular Posts