Jom Klik

Thursday, July 28, 2011

Alangkah Peliknya Kita....

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan :Citysurat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Bagaimanakah hidupku? Usia hidupku cuma tiga hari saja

Semalam, hari ini dan esok
Semalamku sudah menjadi sejarah
Hari ini apa yang aku lakukan
Esok hari yang belum pasti.
Hidupku cuma ada dua nafas Nafas naik Nafas turun.

16 comments:

  1. subhanallah . kak , terima kasih sebab mengingati . diri ini sendiri terlalu bnyak khilafnya dan masih perlu diperbaiki =)

    ReplyDelete
  2. mmg byk perkara pelik berlaku di dunia

    ReplyDelete
  3. Pelik .. Memang pelik .. Manusia memang begitu la sis .. Menda2 yang tak berapa nak baik memang temptationnye sangat2 mengujakan .. Heh

    ReplyDelete
  4. minta kebenaran utk saya copy n paste kt blog sya.. tq ;)

    ni blog nye..
    http://pohpalehburger.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ya Allah terima kasih kak...kerana memperingati kita sesama umat....

    ReplyDelete
  6. Memangpun pelik ye... kalau boleh nak terbalikkan saja yg kita pelikkan itu agar hidup lebih diberkati....

    ReplyDelete
  7. Saling pesan berpesan...sgt bagus ni sis...

    ReplyDelete
  8. betol tu kak..salah sorangnye sy la tu..pesan ini bagus sgt..

    ReplyDelete
  9. semoga kite dpt berubah dari yg pelik tu menjadi kebiasaan sifat kite..insyaAllah mudah2an..=)

    ReplyDelete
  10. ssemoga kita tak pbuat perkara yang pelik2 itu

    ReplyDelete
  11. hahahaha....betul sangat2 tu kan.

    ReplyDelete
  12. pelik2x..
    pelik orang berlumba2x kumpul point kat supermarket dan point2x lain..tp macam tak semangat nak kumpul point saham akhirat. klu yer pun ....kejar laa kedua-duanya.:-) seimbangkan utk dunia dan akhirat..

    terima kasih n3 yg mengingatkan..:)

    ReplyDelete
  13. emm..dunia akhir zaman la katakan..

    ReplyDelete

Popular Posts