Novel ni hasil nurkilan Siti Nur Dhuha. Novel ni tak la tebal sangat. Cuma 647 muka surat jer. Baru jer abis bace novel ni. PR kasi 4 bintang.
Jom terjah sinopsisnyer. Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya.Seandainya kedua-dua itu dirampas,dia sudah tidak punya apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga diri.Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa ke yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah hilang segalanya.
"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari baru kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi". Tengku Khuzairi berkata.
Dia... Lelaki yang telah disyaki membunuh. Dia... Lelaki yang banyak menyakiti hati aku.Dia... Lelaki yang pernah menengking aku. Dia... Lelaki yang sering membuat aku menagis. Dan dia... banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi.. Kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.
Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kene sisih dengan saudara mara aku.
Nota kaki: Best la jugak novel ni walau pun PR mengambil mase yang lameuntuk menghabiskan novel ni.
wah best ! nak terjah popular bookstore la cmni !!
ReplyDeleteharus masuk senarai novel yang dicari bulan depan.. bulan ni dah beli.. :)
ReplyDeletelamanya tak layan novel....masa sekolah dulu rajinlah membaca skrg ni mudah jemu...
ReplyDeletesangat best ke biasa2..lau snagat best bunga nak beli gak la.
ReplyDeletenovel ni ada sambungan, tajuknya Hingga ke Akhirnya.... yang sambungan lagi best!!! tapi saya still x jumpa lagi, cepat sangat habis
ReplyDeletedah baca dah n sambungan novel nie..novel hingga ke-akhirnya pun dh baca..memang best.minat gila kt tengku khuzairi..heehee..walaupun tak wujud~~kehkehkeh
ReplyDelete