Jom Klik

Wednesday, July 13, 2011

Baiki Cara Solat Khas Untuk Perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak
dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah   mengikuti
kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru
kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni
pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.   Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan   sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan
kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2   dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn   penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di
atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk   bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan
diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat   ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Ti dak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan   sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:

1) Ti dak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).


Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. :placeAda yg berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.


Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa
panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

10 comments:

  1. alhamdulillah atas info ni..saya suka dan akan jadikan iktibar dan pengajaran dalam mengerjakan solat seharian..

    ReplyDelete
  2. saya mempelajari beberapa perkara dalam n3 ini. terima kasih banyak2 sahabat. moga ini dapat dijadikan panduan utk kita bersama.

    ReplyDelete
  3. thanx 4 the info... sangat berguna buat saya.... saya akan perbetulkan solat... agar diterima ALLAH...

    ReplyDelete
  4. bagus n3 gini kak,lelaki pun boleh ambik iktibar jgk kan....

    ReplyDelete
  5. mse jage budak2 solat kn,rmai yg mmg xbwk tlekung,so diorg just pkai stokin,..pesan kt diorg bwk stokin khas tuk solat,.jgn cmpurkn ngan stokin skolah,..kn dh ktor,..hehe

    alhmdlillah,ilmu yg cmni patot d kgsi,.smoga ilmu ni dsmpaikn pd org lain dn phala akk pon brpnjangan,insyallah,..amin,.

    ReplyDelete
  6. Tahsinul solah (memperbaiki solat), memang kena sentiasa di buat...

    Thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete
  7. tqvm rozie sudi share info tentang solat ni...marilah kita sama2 mempertingkatkan kualiti solat kita sume

    ReplyDelete
  8. info yg bermanfaat terime kasih pr sebab sudi share (=

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana berkongsi info ini...betul la begitu kerdil kan kita...

    ReplyDelete
  10. terima kasih akak...=)semoga pahala akak bertambah b'lipat ganda..Aminn...sama-samalah kita usaha menjadi khairu ummah..

    ReplyDelete

Popular Posts