Jom Klik

Tuesday, July 26, 2011

Shopping Rayer Telah menjelma

Ari rabu lepas rakyat Ganu dapat cuti semperna ari Keputeraan Sultan Terengganu. So PR mengambil lah kesempatan yang ade untuk shopping ari rayer. Shopping ni untuk anak-anak ajer tau. Mummy die dah siap. Baju pun ade yang dah siap. (laju ajer bahagian mak die). Mak die punyer kene laju. Nanti tak de tukang jahit yang nak jahit. Biase PR akan shopping kat KB atau KL. Tapi untuk tahun ni PR ambik keputusan nak shopping kat KB jer. Malas pulak nak g jauh-jauh. Bukan ape sangat kat Terengganu tak de pilihan la. Eh bukan PR sorang jer yang kate tau. Tanyer la bloger-bloger dari Terengganu mesti die orang setuju dengan pendapat PR. Ni kira dah lewat untuk shopping rayer. Dah nak dekat dengan bulan puase baru nak shopping. Nanti bulan puase no shopping-shopping lagi. Tak mahu bersama-sama golongan orang-orang yang suka shopping last minit. Nanti beratur punyer la panjang. Buat penat jer.

PR g dengan kawan jer. Anak-anak tinggal dengan mama cik ngah die. Senang nak shopping. Pasal duit... Awal-awal lagi PR dah menabung. Tak pernah mengharapkan bonus dari syarikat. Kalau ade alhamdullilah. Kalau tak de tak kan tak de baju rayer untuk anak-anak. Kalau ade pun, katakan syarikat bagi bonus 1 atau 2 ari sebelum cuti rayer. Tak ke cari masalah. So kene lah simpan untuk anak-anak.

Nak tengok baju yang dah PR sambar kat parkson.  Jom...Jom terjah....

 ni baju untuk baby boy...

Pada pandangan PR baju untuk untuk anak lelaki ni memang tak banyak pilihan. Corak yang lazim petak, corak jalur. So PR sambar jer sampai 6 pasang ok. Bukan 6 helai. Untuk baby girl pulak ialah....

ni pulak untuk baby girl....

Tension betul beli baju untuk dak perempuan yang sorang ni. Bukan tak de pilihan. Cuma pilihan warna yang cukup terhad. Cuba tengok tak lari dari warna pink. Dah la PR tak suka warna pink. Nasib la baby girl, tahun ni jadi minah pinki. Ahaks....


Ni pulak kasut rayer yang tak akan jadi kasut rayer dah. Nak tahu kenape. Sampai jer kat rumah cuba kat kaki die orang dan tak mau buang lagi. Sampai ke die orang tido dengan kasut  ni gak. Dah la pakai kasut lain sebelah. Cuba kau orang perhati dengan teliti. Warna lebih kureng same jer. So dengan sedih ati PR terpakse beli kasut rayer yang baru.

ni kasut rayer untuk boboy. Ingat untuk rayer tau....

ni untuk gigirl tau......

ni baju tema untuk tahun ni. Warna merah darah ikan

10 comments:

  1. Wah!!! Dah shopping raya? bestnya. Selamat hari raya. haha. :)

    ReplyDelete
  2. saya adalah org yg suka shoping raya last minit. lagi 2-3 hari nak raya baru kelam kabut shopping. huhu~

    ReplyDelete
  3. saya lum shopping baju raya anak..yg lelaki tu ingat g cr kt uptown depan rumah je

    utk gegirl...tamo beli tahun ni, dah siap2 potong kain utk buat baju kurung, pants & dress...jimat sikit...hihi

    ReplyDelete
  4. Umedia Network: Amboi puase belum lagi la.
    gadis bunga: tak mau la nanti kelam kabut.

    ReplyDelete
  5. mesti dieorg sume tu teruja kan kak PR.apa2 pun selamat berpose yek....

    ReplyDelete
  6. Bgus jugak beli awal2 kan.
    yelah PR...wida biasa beli baju2 waiz pon on9 jer.kt KT ni tak byk pilihan

    ReplyDelete
  7. wah.. semangat raya sungguh.. hehehe...

    ReplyDelete
  8. K.Rozie..waaahh...sakan budak2 dapat raya..hehe..cam yana tunggu bonus sehari dua sebelum raya baru leh setel semua..hi3..nasib lah!bagus jugak menabung awal2 untuk raya kan..huu..

    ReplyDelete
  9. shopping awal lebih mudah dari shopping last minute yang penuh sesak dengan lautan manusia.. nak pulak bulan puasa nanti..

    ReplyDelete
  10. Sabtu ni baru nk gi shopping beli baju anak2 tu...
    Bile dh besar2 ni semua nk pilih sendiri...

    ReplyDelete

Popular Posts