Jom Klik

Thursday, July 28, 2011

Alangkah Peliknya Kita....

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi
kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan :Citysurat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Bagaimanakah hidupku? Usia hidupku cuma tiga hari saja

Semalam, hari ini dan esok
Semalamku sudah menjadi sejarah
Hari ini apa yang aku lakukan
Esok hari yang belum pasti.
Hidupku cuma ada dua nafas Nafas naik Nafas turun.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5

Pramugari Koma Di Tanah Suci

Untuk Renungan Bersama.....


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.  Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal
dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah
itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya....kita bawa dia ke
hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,
wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan
lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja
," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha
Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka.
Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"
Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik ." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "
Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi
kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana
kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.."

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat
kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula
sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan,
kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah dia
berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah
diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..... " itu dah terlambat.

Tuesday, July 26, 2011

Shopping Rayer Telah menjelma

Ari rabu lepas rakyat Ganu dapat cuti semperna ari Keputeraan Sultan Terengganu. So PR mengambil lah kesempatan yang ade untuk shopping ari rayer. Shopping ni untuk anak-anak ajer tau. Mummy die dah siap. Baju pun ade yang dah siap. (laju ajer bahagian mak die). Mak die punyer kene laju. Nanti tak de tukang jahit yang nak jahit. Biase PR akan shopping kat KB atau KL. Tapi untuk tahun ni PR ambik keputusan nak shopping kat KB jer. Malas pulak nak g jauh-jauh. Bukan ape sangat kat Terengganu tak de pilihan la. Eh bukan PR sorang jer yang kate tau. Tanyer la bloger-bloger dari Terengganu mesti die orang setuju dengan pendapat PR. Ni kira dah lewat untuk shopping rayer. Dah nak dekat dengan bulan puase baru nak shopping. Nanti bulan puase no shopping-shopping lagi. Tak mahu bersama-sama golongan orang-orang yang suka shopping last minit. Nanti beratur punyer la panjang. Buat penat jer.

PR g dengan kawan jer. Anak-anak tinggal dengan mama cik ngah die. Senang nak shopping. Pasal duit... Awal-awal lagi PR dah menabung. Tak pernah mengharapkan bonus dari syarikat. Kalau ade alhamdullilah. Kalau tak de tak kan tak de baju rayer untuk anak-anak. Kalau ade pun, katakan syarikat bagi bonus 1 atau 2 ari sebelum cuti rayer. Tak ke cari masalah. So kene lah simpan untuk anak-anak.

Nak tengok baju yang dah PR sambar kat parkson.  Jom...Jom terjah....

 ni baju untuk baby boy...

Pada pandangan PR baju untuk untuk anak lelaki ni memang tak banyak pilihan. Corak yang lazim petak, corak jalur. So PR sambar jer sampai 6 pasang ok. Bukan 6 helai. Untuk baby girl pulak ialah....

ni pulak untuk baby girl....

Tension betul beli baju untuk dak perempuan yang sorang ni. Bukan tak de pilihan. Cuma pilihan warna yang cukup terhad. Cuba tengok tak lari dari warna pink. Dah la PR tak suka warna pink. Nasib la baby girl, tahun ni jadi minah pinki. Ahaks....


Ni pulak kasut rayer yang tak akan jadi kasut rayer dah. Nak tahu kenape. Sampai jer kat rumah cuba kat kaki die orang dan tak mau buang lagi. Sampai ke die orang tido dengan kasut  ni gak. Dah la pakai kasut lain sebelah. Cuba kau orang perhati dengan teliti. Warna lebih kureng same jer. So dengan sedih ati PR terpakse beli kasut rayer yang baru.

ni kasut rayer untuk boboy. Ingat untuk rayer tau....

ni untuk gigirl tau......

ni baju tema untuk tahun ni. Warna merah darah ikan

321 Cinta


Salam... Ari ni PR sempat layan movie 3,2,1 cinta. Cerita ni memang cukup santai. Sape-sape yang boring yang tak de ape yang nak buat boleh la melayan movie ni.

Tema mesti la kisah cinta kan. Memang betul kite sebangai manusia sepatutnyer menerima pasangan kite dengan seadanya. Ape yang kurang pada diri die. Pandang lah kebaikan pasangan kite walau pun hanya sedikit kebaikan die. Pr pun tak tahu nak komen lebih-lebih cerita ni. Tapi memang betul la. Kalau kite sayangkan seseorang, kite sanggup melakukan ape saje untuk pasangan kite. Betul tak????? So layan la lakonan Farid Kamil yang handsome tu (betul tak??). Dan Diana yang cute.

So kalau kau orang nak tahu kene layan lah sendiri cerita ini.

Monday, July 25, 2011

Movie...Movie...Movie.....

Salam sayang untuk semua...hi....hi....hi.... Setelah PR seru...PR seru mood yang telah ke laut. Akhirnyer ia pulang jua kepada PR. Ha....ha...ha..... Best gak ek. Kalau boleh main seru macam tu jer. 

Ok la PR ade banyak citer yang telah lame atau yang baru budak-budak opis yang bagi. Nak naik penuh Ext Hdd PR. Punyer la besar sampai nak penuh tu. So sebenarnye PR ni bukan suka sangat tengok movie ni. Tapi bile orang tanyer boleh cakap ade. Tapi hampeh tak tengok lagi.

So kepada semua bloger-bloger dalam banyak-banyak citer yang PR ade ni yang mane best dan PR akan diberi keutamaan untuk menonton dulu:-

* Fast & Furious 5

* Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 & Part 2

* Kung Pu Panda 2

* Penunggu Istana

* Rango.2011

* Season.Of.The.Witch.2011

* Transformers Dark of the Moon 2011

* 321 Cinta

* Dua.Alam

* Gnomeo.And.Juliet.2011

* Just.Like.Heaven

* Karak.

* KL Gangster

* Kongsi

* Rio

* Sanctum

* Sekali lagi

* Sini Ada Hantu

* The Eagle

* The Mechanic

* The Rite
Alamak banyaknyer citer macam mane nak abis. Baru jer abis tengok Nur Kasih The Movie. So sape-sape yang dah tengok tulong la. Ape la movie-movie yang kat atas tu yang best dan boleh dilayan.

Nota kaki: Macam PR banyak sangat mase nak tengok. hu...hu...hu....



Mood Ke Laut

Salam.....
Maaf dipinta dari PR
Sekarang PR tengah mood ke laut
So mintak maaf banyak-banyak 
Sebab PR nak pulihkan mood dulu
Yang telah terbenam dilaut.
Ha...ha...ha...
Nanti mood telah pulih seperti sedia kala
Kite berjumpe lagi yer....



entah ape-ape la pic ni

Tuesday, July 19, 2011

Musim Buah Kembali

Tahun ni baru twin PR baru pandai makan buah. Yuhu.... Terkejut tengok girl jumpe buah. Tak sangka die begitu teruja sekali. Suka betul die boleh makan durian. Jom layan pic girl makan durian.


















Begitu berselera die makan durian. Berbeza dengan kembar die. Langsung tak makan durian. Bagi die NO MORE DURIAN. hi...hi...hi..... Si girl ni pantang tengok orang makan durian pasti die akan tumpang dua kaki.




Monday, July 18, 2011

Duit PR Melayang lagi

hi...hi...hi... tajuk jer dah kejam dengar. Bukan ape... Kereta dah perlukan maintenance. Ni kisah ari sabtu. Ari tak kerja buat la segala urusan yang boleh diselesaikan. So ape lagi tuan die keluarkan lah duit yang ade tu. Untuk hantar kereta g spa. Tuan kereta tak pernah g spa ape kes. Mula-mula tengok takut gak. Tapi lame-lame buat selamber jer.Keta asyik keluar lambang enjin jer. Can ni... kau orang tengok takut tak????




Pernah la g spa dulu sebelum tahu ape yang rosaknyer. Sebab kereta PR, kereta wira so ape-ape yang rosak kene bukak komputer (bahasa kampung ckit)  hi...hi...hi... Nak tahu bukak komputer pun kene bayar 30 hinggit. huh... duik ajer. Cheak punyer cheak tuan spa kate sensor exzos yang rosak. Alamak ape ke bende tu. Ha...ha...ha... dah la PR pakar dalam kereta. Die pun tulis kat kertas suruh cari barang tu. Die kate PR keje kat bandar so boleh murah la harga barang tu. Nanti datang balik die bagi pasang free jer. Memang encem la tuan spa. Jimat duit PR...


Setelah dah banyak duk menyibukkan diri pada ari minggu. So ari sabtu baru ni baru ade mase nak g spa balik. Kau orang nak tahu bagai mane rupe bende tu.
ni la rupe sensor exzos....

PR dapat harga barang ni dalam 130 hinggit. Tak tahu la kalau kau orang dapat beli dengan harga lagi murah. Al-maklum la PR ni kan pakar dalam bidang kereta. Tu pun dah puas  duk tawar menawar. So ari sabtu yang tak berkerja PR g la pasang barang ni kat spa. Hi...hi...hi.... nasib baik tokey spa yang encem tu pasang sendiri. Dan tidak mengenekan ape-ape bayaran. (puji ade makne tu) So dapat la PR berjimat walau seposen due. Ni dah nak puase lak tu. Baju rayer twin masih belum beli lagi. Kene tunggu la ari rabu PR nak g shopping rayer kat Kota Bharu. Nak tahu sebab ape ari rabu, sebabnyer ari tu rakyat Ganu dapat cuti. So jom shopping. Sape-sape nak g sila angkat kaki. tinggi lagi, tinggi lagi... hi...hi...hi.....


Sunday, July 17, 2011

Eppy Birthday Wafiq....

Ni n3 terakhir citer pasal birthday. hi...hi...hi... Ni birthday ari jumaat. Menghadiri birthday Wafiq yang ke 2 tahun. Anak kepada Yaya Azura. So PR bawak la sitwin g majlis tersebut. Sebelum tu kene g ambik die orang kat Riaz dahulu. Maklum la die orang ikut mama che ngah die g hai-tea. Kelas anak-anak Mummy g hai-tea lagi. Sebelum tu pada ari khamis dah terjah g pasaraya cari hadiah untuk baby Wafiq. Sebenarnye tak tahu nak bagi ape. Bagi ni jer. Tapi janji ikhlas tau.







Zaman dah moden kan.. Cuma letak jer ape nak bagi kat dalam paper bag. Tak payah nak bungkus-bungkus. hi...hi...hi.... 




Wafiq yang baju biru tu ek. Yang baju kelabu tu anak PR tau. hi...hi...hi.... Banyak betul hidangan yang disediakan. Sampai PR tak sanggup nak merasa semua hidangan tu. Tak makan pun walau pun ckit. Antara hidangan yang disediakan ialah spageti, mee hun goreng tom yam, dadih, nampak kek 2 bijik yang colour-colour atas meja tu. Tu die buat sendiri tau. Nak resepi. mintak dengan Yaya ek. hi...hi...hi....

Nota kaki: Kepada Wafiq jangan nakal-nakal, dengar kate ibu gan ayah ek.

Layan Lagu Sekali



Stacy - Kisah Dongeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini


...Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke 39

Ari ni jangan terkejut. Kerana n3 PR ari ni boleh dikatakan berkisahkan birthday jer. Ni birthday MD yang disambut pada ari Khamis 14/07/2011. Ni majlis dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Tapi dalam keadaan tergesa-gesa dapat gak makan kek yang dibeli kat resepi rahsia yer.





Kek dibeli hanya 3 bijik. 1 bijik MD akan bawak balik rumah die. Ni pun setelah dihitung oleh PR dan HR (human Res.). Ramai yang tak de di opis gan ade yang cuti la, puase la. So sebab mulut yang tak berape nak ramai. Beli kek 2 bijik jer. Ha....ha...ha.... Biase la budak finance kene kedekut tau. Semua kene ambik kira. (ahaks...gurau jer).


bos...potong, jangan tak potong

Ni la MD kite orang tau. Yang menyambut ulang tahun ke 39. hi...hi...hi... Ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupe kat kite orang yer. (kalau dah murah rezeki) hi...hi...hi...


Sorry ek... ni bukan ape. Ruang dalam bilik meeting yang sempit. So kene lah duk luar yer... Tak pe janji kek dapat makan. Alah...bilik same yang kite orang pakai mase sambut birthday PR ari tu. Kat mane lagi la kalau bukan bilik meeting yang menjadi mangsa sambutan majlis ulang tahun sape-sape kat opis ni.

Nota kaki: Kepada sesiape yang tak datang opis pada ari khamis. kalau nak makan kek SR sila beli sendiri ek. Begitu gak yang puasa pada ari tersebut. hi...hi...hi....




Cerita Basi...

Salam untuk semua ek..... Baru ari ni terasa nak post n3 pasal birthday PR yang tak berape nak birthday tu. Dah janji kan ari tu SINI. So ari tu PR beli sendiri tau kek. Satu tu beli kat resepi rahsia dan yang satu lagi tu beli kat kedai kek biase. Nak tau kenapa???


Ni la muka mek buyung yang mengidam nak mam kek span. Alah...kek biase tu. So sebagai kawan-PR memenuhi la impiannyer yang satu ini. Bukan ape die nak makan ramai-ramai. Bukan suami die tak boleh beli ek. Ade ke patut patang tengok kek span semua die nak. Tak patut..tak patut.... hi...hi...hi....


Yang besar tu beli kat kedai resepi rahsia. No tulis....tulis tau. Biar kosong jer, tanpa ucapan. Maklum la dah tua. hi...hi....hi.....


Tengok la isteri-isteri kepada suami-suami yang rajin. makan atas kotak SR yang di koyak-koyak yer. Ni untuk isteri-isteri jer. Kepada anak-anak dara dilarang mengamalkan berbuatan yang tak berape nak senonoh ni yer. hi...hi...hi.... Kepada bos... Sorry ek. Kite orang pinjam bilik meeting jap. Untuk berfoyer-foyer. Ahaks....

Thursday, July 14, 2011

Tak Boleh Rambut Panjang Ek....

Pelik kan tajuk n3 pagi ni kan. Tak boleh rambut panjang..... Ni terjadi kat Ben 10 PR. Die memang tak boleh rambut panjang ckit. Bukan sampai boleh ikat pun. Panjang ckit jer. Tak cayer....



Nak tau ape yang berlaku pada si kecik ni. Ni muka budak demam dah masuk 3 ari. Die memang tak boleh rambut panjang ckit. Sampai sakit kepala (fening la tu). Pernah 2 ari lepas pergi ambik die kat rumah pengasuh. Mama pengasuh die tengah picit kepala. Die kata Aiman sakit kepala. Yang nakalnyer kakak pengasuh die siap gelakkan die. Sebab die kata Aiman tak boleh rambut panjang. Tu yang die deman. PR dengar pun suka gak. Di sebabkan tengok demam die tak pernah nak kurang. So PR g kedai untuk botak kan kepala die. Sebelum pada tu bagi la makan dulu ubat. Pasal makan ubat memang tak de masalah langsung. Tak cayer... Tak cayer....

memang tak de masalah... Good Boy...


Memang anak Mummy bagus. Potong rambut pun tak nagis....












Bagusnyer anak mummy langsung tak banyak sogel. Hi...hi...hi... Dalam bagus-bagus ade upah jugak tau. Bukan tak de upah....



Ahaks... Potong rambut 4 hinggit. Beli mainan 6 hinggit. Mahal mainan dari upah potong rambut. Asyik-asyik beli car jer. Mesti besar-besar nanti cita-cita nak buka kilang kereta. Die memang minat beli kereta jer.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #4

Baiki Cara Solat Khas Untuk Perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak
dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah   mengikuti
kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru
kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni
pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.   Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan   sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan
kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2   dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn   penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di
atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk   bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan
diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat   ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Ti dak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan   sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:

1) Ti dak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).


Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. :placeAda yg berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.


Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa
panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

Monday, July 11, 2011

Kisah Piring Astro

Kisah ni pernah diceritakan oleh pelanggan PR dulu.
Kawan die ade seorang bibik.
Biase la kan.... rumah sekarang kan kebayakan ade astro.
Nak di jadikan cerita.
Kawan pelangan ni PR gelar kan A la senang.
Si A pulang dari kerja setelah penat lelah berkerja seharian.
Melepak dulu kat ruang tamu.
Punyer la best terus tekan alat kawalan jauh TB gan astro.
Dalam ati eh...nape dengan astro rumah ni.
Hitam...dah kene potong ke??
Tak logik langsung.
Ke ape ape-ape masalah ke dengan astro.
Si A pun keluar dari rumah.
Tujuan nyer nak tengok la ade ke yang tak kene dengan piring astro die.
Alamak terkejut berok si A bile die tengok piring astro die.
Kau orang nak tahu.
Dilihatnyer piring astro die penuh dengan ikan kering.
Tau la pising astro tu panas.
Jangan la di buat tempat menjemur ikan la pulak.
Semuanyer kerja bibik si A yang tak tahu menahu pasal astro. 
PR pun tak paham macam mane bibik die boleh panjat atap.
Semata-mata nak jemur ikan kering.
Kan biase piring astro diletak kat atap rumah.
Ish...ish... bahaye sungguh la

Nota kaki: N3 khas untuk orang yang mempunyai bibik. hi...hi...hi.....

Akhir Sebuah Cinta


  
Novel ni hasil nurkilan Siti Nur Dhuha. Novel ni tak la tebal sangat. Cuma 647 muka surat jer. Baru jer abis bace novel ni. PR kasi 4 bintang.

Jom terjah  sinopsisnyer. Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya.Seandainya kedua-dua itu dirampas,dia sudah tidak punya apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga diri.Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa ke yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah hilang segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari baru kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi". Tengku Khuzairi berkata.


Dia... Lelaki yang telah disyaki membunuh. Dia... Lelaki yang banyak menyakiti hati aku.Dia... Lelaki yang pernah menengking aku. Dia... Lelaki yang sering membuat aku menagis. Dan dia... banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi.. Kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kene sisih dengan saudara mara aku.

Nota kaki: Best la jugak novel ni walau pun PR  mengambil mase yang lameuntuk menghabiskan novel ni.

Sunday, July 10, 2011

Ape Sudah Jadi....

Salam... Ari ni PR ade n3 menarik. Nak dijadikan cerita PR nak transfer duit tapi malas nak g bank. So senang jer nak pakai maybank 2u. main klik-klik jer. Sebab malas nak g bank duit dalam bank pun tak cukup. Terpaksa la mintak belas kasihan dengan budak-budak opis. Tapi die orang pun tak cukup duit dalam bank. Last-last jumpe la seorang engineer ni. Tanyer la die ade duit tak. So die tak payah la g mengorat kat mesin ATM nak keluar kan duit. 

Die cakap ade. Fuyoo... punyer la gumbira di ati ade gak orang dapat tolong PR. So mintak la belas kasihan dengan die. Die ni memang mahir dalam komputer. Kau orang tanyer la pasal komputer tak kira software ke ape ke. Memang die pakar. Jarang sekali die akan mengecewakan. Tapi yang PR sedih ni. Die tak tahu la nak transfer duit melalui maybank 2u. PR dengar rase nak tergolek gelak kan die. Die kate die hanya tahu bayar bil jer kut maybank 2u. Alamak orang yang pakai IT tak pandai bahagian yang cukup remeh temeh ni. Ape sudah jadi. hi...hi...hi.... kite gelak kat die. Nak tak nak PR terpaksa mengajar la. 

Nasib baik transaksi berjaya. Itu pengalaman baru untuk die ari ni. 

Nota Kaki: Jangan ingat orang bijak pandai semua die tahu. Die pun ade jugak kekurangan. hi...hi...hi...

PC Fair VS Pizza Hut

Hai..... Ni citer pasal giler nak g PC Fair ari Jumaat  1/07/2011.  PC Fair ni bermula 30/06/2011 sehingga 2/7/2011. Bertempat di TTC ( Terengganu Trade Centre). Dengar jer pasal PC Fair memang kompem g. Tak beli pun kene g jugak. Ape bende la yang ade kat ctu. PR pun tak tahu. Yang nyata bagai ade suara yang memanggil-manggil PR ke cner. (ape la kau sorang ni) ha...ha...ha.... Tapi sebelum g PC fair tu. PR gan baby girl rase lak nak mam kat pizza hut. Ish... Sampai jer ade pulak promosi baru. Best lak dengar rase semua nak makan (amboi laparnyer kau ek)

mok oi banyaknyer

Mentang-mentang ade promosi semua kau balun ek.Nak tahu Harga semua ni berape hinggit. Hanya RM 19.70. Termasuk segala servis kat pizza tu (servis perkhidmatan gan servis entah ape-ape tah). hi...hi...hi... Ape tak cayer... Ambik kau buktinyer.



Ha....kan betul PR tak tipu tau. Tapi topping untuk pizza tu kene pilih la. Tak boleh nak suka ati kau orang jer. Ade 4 pilihan topping jer tau. Disebabkan terlalu banyak so tak abis. Nak buat macam mane mulut si kecik banyak mane sangat air pun tak abis. Kalau boleh tapau PR tapau jer.



Tengok betape sukernyer dapat tapau pizza

Setelah dah kenyang makan kat pizza hut. Kite orang pun g la kat PC Fair. Nak kate best tu tak best la mane. Pusing punyer pusing ni jer barang yang dibeli.

Tengok model tanpa bayaran

Tu jer yang berkenan di hati. Tapi tak de la ralat sangat sebab PC Fair sebelum  ni dah banyak memborong. hi...hi...hi... Cuma nak cari sceren protector untuk lappy yang baru dibeli. Yang lain tidak berkenan dihati.



7 Hari Mencintaiku



Novel ni hasil nurkilan Siti Rosmizah. Novel ni hanya pinjaman semata-mata tak beli tau. Kadang kala kene pinjaman gak. Nanti pokai poket PR semata-mata beli novel.Dah minggu lepas abiskan baca novel ni. Best gak la. Boleh bagi 4.5 bintang ( aci ek pakai setengah)

Sinopsisnyer macam ni. Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernahwalau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memangsaja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kawin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas nika kau akan ingat kata-kata aku sampai mati! So... apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar...."

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?


Lupakah Mia Adriana, hidp ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

So.... Kau orang kene la baca sendiri novel ni. Nak tahu ape yang terjadi di antara Khuzairi dengan Mia Adriani. Novel ni setebal 1048 muka surat. Tebal betul novel ni. PR mrngambil mase berhari-hari jugak nak menghabiskannya. Selamat mentela'ah novel 7 hari mencintaiku. Bace sampai abis tau.

 

Thursday, July 7, 2011

Tumpang Tanyer...


Sebab tak paham....
Nak tanyer bloger-bloger yang paham...
Boleh terang kan tak pasal CTR ni..
Memang PR blur...

Tuesday, July 5, 2011

Sarapan Pagi Ari ni

spageti


longan atau mata kucing (pencuci mulut maknyer)

pisang (pencuci mulut anak)

Kelas gitu sarapan pagi-pagi makan spageti
Siap dengan pencuci mulut lagi
Apekah sarapan anda pada ari ni????


Sunday, July 3, 2011

Tahniah Iwin & Wan Kamarudin

Salam untuk semua yer.... Semalam ingat PR buat n3 pasal g kenduri kawin SINI. Ari ni PR nak cerita la pasal g kenduri. Cik hani bukan elly iskandar tau. Jawapan anda salah. Jangan kolot jawapan anda pun salah. Nak tanyer Hasbullah Awang org ganu ke??? hi...hi...hi... sorry tak tau. Nak tau sape jeng...jeng...jeng.....



PR menerima kad undangan dari pihak pempuan. TQ Iwin..




Setelah lama memegang amanah dari Iwin dapat gak PR tayang pic die orang semase pertunagan berlangsung. (Iwin... PR jage amanah tau) 



Cantik kan. Bagai pinang dibelah dua la. Jodoh die orang la tu. Macam-macam gosip dengar pasal Wan Kamarudin. Akhirnyer kau dapat tawan ati die ek Iwin. Tahniah.


Ni adik Iwin. Ade iras Wan Kamarudin kan. Tapi bukan PR sorang jer yang kate. Dak-dak opis pun kate can tu gak. Ingat adik Iwin bukan Wan Kamarudin. hik...hik..hik....

ni hantaran untuk pihak pempuan


Ni kek die. Tak sempat la Iwin nak tunggu upacara belah kek. Penat, ramai sangat orang. Sorry ek.


Ni cenderehati dari pihak pempuan. Tak sempat sampai rumah. Abis separuh di mam oleh sikecik ni.


Semalam nak tangkap gak pic akak Iwin yang mengjodohkan kalian berdua. Tapi tak sempat. Sempat berborak jer. Dan akhir sekali PR bergambar la pulak dengan pihak pengantin. Jangan marah you all... Selamat pengantin baru. Semoga Iwin Gan Wan Kamarudin kekal hingga ke akhir hayat.

Popular Posts