Jom Klik

Thursday, June 7, 2012

Jom Sambung Citer

Kan bagus buat tajuk n3 can tu. OK....ok.... Ingat lagi pasal member PR yang sedih lagi pilu ini. Sebenarnyer kawan PR ni dah lame kawin. Rase-rasenyer 15 tahun lebih memang kompem. Mereka belum dikurniakan zuriat pun. Memang sedih sangat. Cakap la mengurut, berubat serta mencantum benih. Tapi memang bukan rezeki die. Dah macam-macam cara die buat. Jumpe pakar sakit puan pun sudah. Memang bukan rezeki die. Rasenyer dah banyak duit labur kan untuk mendapatkan anak.


Last sekali semasa PR mempunyai masalah. Rupernyer die pun bercerita masalah die yang bahawa si suami telah kawin lain (tu pun dah setahun lebih.... Pandai sungguh minah ni simpan rahsia) kerana mahukan zuriat sendiri. Walau pun mereka sudah mempunyai anak angkat. Membenarkan si suami berkahwin memang berat. Die membenarkan kerana die berfikir die tidak mampu memberikan zuriat. Mungkin PR tak kisah kalau si suami berkahwin lagi kerana die mintak izin untuk berkahwin lain. Tapi yang paling pedih PR dengar mereka tinggal serumah. Ini memang di akui sendiri oleh kawan PR sendiri. Memang tak patut la mereka tinggal serumah. Patut la kawan PR ni dah kurus mungkin banyak makan ati. Siapa yang tahu. Yang die bercakap-cakap hanya khabar gembira. Duka die tiada siapa yang tahu. Yang ade suami ni... PR nak tanyer kau orang boleh tinggal sebumbung dengan MADU.... Perit PR mendengarnyer.


Sudah 2 tahun lebih si suami berkahwin lain. Tapi rezeki zuriat pun tak ade juga bersama isteri muda. Dah bukan rezeki mereka. Yang ade anak ni hargai lah kurnian dari yang maha esa.

Nota kecik: sitwin pengubat luka disaat ini serta ari-ari yang mendatang... Dan jangan tanyer siapa gerangan perempuan ini...

13 comments:

  1. sedih pulak dgr cerita kawan akk tu.. tp tu lah, x semestinya kahwin lain tu trs dapat anak kan? mmg betul semua tu rezeki dari Allah..

    kalau zana pun, mmg x sanggup nak kongsi kasih then kongsi pulak rumah dgn perempuan lain..

    ReplyDelete
  2. salam kenal.. sy follow sini ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? tinggal serumah dgn madu? bukan calang2 dugaan tu..
      kalau saya mmg tak mampu la kak..nak benarkan suami kawen lain pun satu hal tu...

      Delete
  3. tinggal serumah dgn madu? sy rela...kalau rumah tu ada berpuluh2 bilik, dan ada wing kiri kanan. ^_^

    senang citer mmg besar cam istana la...

    ReplyDelete
  4. Yang 'untung', lelakilah juga. :(

    ReplyDelete
  5. Erk? Adoila....duduk serumah pulak.

    Kesimpulannya klu takde anak, siapa yg bermasalah? Adui...

    ReplyDelete
  6. belum rezeki lagi tu, tp serumah dgn madu?

    ReplyDelete
  7. bab duduk serumah ni perit jugak lah rasanya...
    sedangkan dengan adik-beradik sendiri - sedarah sedaging pun kadang2 boleh bertengkar - berkecik hati.....
    memerlukan kesabaran yg amat tinggi...

    tabik ngan kawen uols tu!

    ReplyDelete
  8. Setiap orang berlainan kisah kan kak...
    Fizah hanya mendengar saja pun rasa perit, kawan akak pe ntah lagi...

    Moga pe yang dia lalui dibalas oleh-Nya dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakannya, Amin... doa untuk akak juga, bahagia dengan si twin selamanya :)

    ReplyDelete
  9. aduh... tabah sungguh kawan PR tu... kalau saya... tak mampu kot...
    dah bagi izin kawen lain...
    izin lagi serumah... aduiii...
    duduk asing la... sebelum jadi apa-apa yg tak elok...

    ReplyDelete
  10. bila baca pasal dah 15 tahun berkahwin tapi belum di kurniakan zuriat membuatkan saya lebih terbuka sket. Alhamdulillah, kami dah mempunyai seorang anak, namun sehingga kini sudah 2x isteri saya keguguran dalam percubaan untuk menambah zuriat. Begitulah, bila saya fikir nasib kami, rupanya ada lagi orang lain yang lebih hebat mengalami masalah mereka.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak PR, saya rase cam lame sgt tak jenguk blog Kak PR, saya penah dgr cite ni..Mak saya pun ade cite, mase tu, saya lom pregnant lagik... yea la kan Allah dah tentukan jalan hidup setiap hambaNya, kite kene Redha, tapi saya cam tak patot la, dok sebumbung, saya kesian dgn kawan kak PR... kalo la kite mampu utk membantunya... itulah bahagian hidup masing2... kak PR ade anak twin ek, tu kembar tak seiras ke?

    ReplyDelete
  12. bukan senang nak cari org dan insan yg kuat dlm hadapi semua ini ..
    she's very strong .. siap kongsi suami dan rumah .. huhuhu 1 dlm seribu !

    ReplyDelete

Popular Posts