Salam untuk semua yer. Selamat Sejahtera jugak. Semoga kehidupan kite ni lebih baik dari semalam. Kisah mat rempit ni berlaku dalam 2 minggu yang lepas. Pada satu pagi PR pergi membeli sarapan untuk twin. Sampai ajer di kedai, tuan kedai seronok pulak bercerita pasal mat rempit ni. Pada ari yang berikutnyer ade berlaku kemalangan. Mat rempit yang tengah merempit. Tengah melanggar atau dilanggar dengan sebuah kereta (PR tak tahu sape yang melanggar siapa). Tuan kedai tu cakap budak tu meninggal dunia.
Balik ajer mak PR dari coping, PR terus bertanyer pada mak. Anak siape yang meninggal tu. (Ces... macam kenal orang PR ni). Mak pun cakap sekian...sekian... serta sekian. PR pun cerita la ape yang PR dengar kat kedai tadi. Mak pun tanyer kat ayah pulak. Ayah cakap kemungkinan meninggal kot. Sebab mase tu budak tu tengah bawak moto dengan tayar sebijik. Kau orang berani bawak moto gan tayar sebijik. Ayah pulak cakap tayar kereta sebelah kanan pemandu tercabut. Budak yang merempit tu melambung jauh la jugak. Ayah cakap 50-50 untuk idup. Ayah cakap mungkin betul la kot die meninggal.
Tak tau la mak tepon sape bertanyakan pasal anak kawan die tu. Alhamdullilah... masih idup lagi budak tu. Walau pun dalam keadaan komo. Dan banyak jugak la dengar ayah citer tu, bahagian yang patah. Tapi ape la manusia zaman sekarang ni. Orang yang masih idup cakap mati. Ni bukan sekali dua PR dengar khabar angin orang yang masih idup dikatakan telah mati. So tak baik la kalau buat cerita macam ni. Dan satu lagi... Bagi budak-budak yang suka merempit ni, sudah-sudah la merempit. Kan dah menyusahkan orang lain selain mak bapak kite sendiri. Sebenarnyer budak ni, ini dah kali kedua kemalangan gara-gara merempit. Kemalangan yang pertama PR dengar dapat duit, duit tu die belikan moto yang kemalangan ni. Tak serik lagi ke kemalangan pertama dulu. Insaf la... Tak kan nak mati dulu baru nak insaf. Mase tu dah terlambat la.
Nota kecik: peringatan untuk diri sendiri, kerana PR juga mempunyai anak lelaki dan perempuan
salam...
ReplyDeletebaru ni ada excidnt mat rempit ..marah org kg,kt kalau mati susahkan org. buang je dlm sungai, kebetulan excidnt dkt dgn sg. btl juga kata diaorg tu..huhu
Kalau dah mati, macam mana nak insaf! :(
ReplyDeletebetul.artis slalu kan kena.lum meninggal dikatakan meninggal.yg menyampaikan tu patutnya sahihkan dulu jgn trus nak sampaikan kat org lain je...
ReplyDeletedua tayar buat satu tayar...jd mcm tu baru nak nyesal..
ReplyDeleteBetoi kata Kakcik, udah mati bila nak insafnya, dah terlambat. Dema merempit menyusahkan diri sendiri dan jugak orang lain, Allahu akbar..
ReplyDelete