Jom Klik

Saturday, August 3, 2013

Biskut Telur Rebus


Bahan-bahan:

- 5 bijik telur kuning yang telah siap direbus (dilecek)
- 1 cawan mentega
- 1 cawan tepung jagung
- sedikit ising vanila
- 2 sudu kastat
- 1/2 cawan gula
- tepung gandum @ rose mengikut adunan

Cara-caranyer :-
Pukul mentega n gula sampai kembang. Masukkan telur rebus. Selepas itu masukkan ising vanila. Masukan tepung jagung n kastat. Gandum hanya mengikut adunan anda. Kalau rase adunan tu lembik. Sila pakai tepung gandum banyak ckit yer. Sila uli adunan hingga sebati. Serta tidak melekat di tangan. Nanti senang nak canai serta terapkan ia....






Lembut tau adunan ni. PR memang suka biskut ni. Biskut ni kalau sudah bakar pun lembut ajer.

PR buat biskut senang ajer. Sukat pakai cawan gitu. Pastu kalau adunan tu secawan semua secawan. Maksudnyer mentega, gula, tepung jagung, tepung kastat secawan. Telur pulak sebijik jer. Gandum secukup adunan serta ising vanila sedikit

Mesti ade bezenyer kan.... Untuk biskut dahlia PR tak letak tepung jagung. Sebab kalau letak tepung jagung n tepung kastat yang same banyak. Biskut tu akan kembang semangkuk tau. Untuk biskut kelapa mesti la letak kelapa kan. Kalau sarang semut pulak hanya tambah susu pekat dalam se sudu dua gitu. Bagi rase lemak. Tak de la kosong sangatkan. Untuk biskut corn flakes pulak mesti la letak corn flakes kan. Jangan letak tulang tau. Hehehehe....

Selamat mencuba tau....

Nota kecik: daku selalu buat kerja senang sebab nak kejar mase nak buat bende lain pulak....





- Posted using BlogPress from my iPad

7 comments:

  1. kak, kuih tu nak bakar berapa lama?

    ReplyDelete
  2. Banyak dah biskut rozie buat kakak rasa.
    Rajin betul!!

    ReplyDelete
  3. insyaAllah saya pon cadangnya nak buat biskut telur rebus ni malam nanti =)

    ReplyDelete
  4. Salam K.PR..
    tgk bahan2 senang.. eheh..ade time nnti nk masuk dlm list..nk buat..tenkiu share resepi :)

    ReplyDelete
  5. Tak
    Pernah jumpa lagi biskut mcm ni. Nanti nak cuba gak la.

    ReplyDelete

Popular Posts