Jom Klik

Tuesday, April 26, 2011

Anwar Lelaki Y

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.
Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.
Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.
Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.
Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.
Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.
''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.
Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Sumber: Utusan

11 comments:

  1. finally...dapat jugak tahu kebenaran selama ini...Allah Maha Besar..

    ReplyDelete
  2. Bior bebetol????
    Kalau betul biarlah kebenaran yang terhidang ni adalah kebenaran yang tepat!!

    Mudah-mudahan Allah perkenankan doa 'kawan' dan seluruh rakyak jelata agar ditunjukkan kebenarannya. Sebelum ni pun Allah dh tunjukkan satu persatu petanda, cuma segelintir rakyat yang tak mau berfikir secara rasional dan bermuhasabah.

    ReplyDelete
  3. Hanya DIA yang maha mengetahui...
    X boleh nak percayakan sesiapa skrg ni..
    Lebih2 lagi org politik...

    ReplyDelete
  4. bila membabitkan orang politik yang sudah tentu ada musuh politiknya kita kena berfikir berkali-kali.... cuma kenapa Anwar dimusuhi begitu rupa?saya hargai pandangan cik shinju.

    ReplyDelete
  5. xde sape yg tahu hal sebenar walaupon dah tahu..politik xbley dipercayai...nak pilihanraya ni la tiba2 kes selesai...konspirasi yg membosankan..

    ReplyDelete
  6. tengok TV semalam .. Anwar dan isteri senyum je ... like always .. contohilah beliau ..dugaan sebesar itu pun masih mampu tersenyum ... hihi ..

    ReplyDelete
  7. Y telah dikenal pasti...Politik sgt licin...tak perlu guna KY Jelly lagi untuk melicinkannya...Kebenaran yg semmgnya benar amat memeritkan namun kebenaran yg didapati secara menipu lagi perit tuk diterima..Hanya Allah yg mengetahui segala kebenaran yg benar tiada yg benar melainkan yg benar adanya...

    ReplyDelete
  8. macam2 mainan politik sekarang ni...
    ish3..

    ReplyDelete
  9. da diorang yg solat hajat sana sini mintak petunjuk..tp bile da diberi petunjuk itu ini..kate mainan politik pulak..tu yg pelik,,,

    ReplyDelete
  10. x nak menyokong mana2...klu yg brsalah tetap akan diadili..diakhirat kelak..tunggu aje lah.

    ReplyDelete

Popular Posts