Jom Klik

Tuesday, October 18, 2011

Percubaan Pertama

Ni lah hasil percubaan pertama PR membuat kek coklat secara kukus....

tak cantik kan....


Memang tak cantik. Tapi bagi PR tak kisah. Sebab rasenyer tetap seda. Tu la dari pengomen-pengomen kat opis PR. hi...hi...hi.... Pasal rekahan kat kek tu PR akan usaha baiki lagi. Sebab dari petua-petua yang ade sebab rekahan ni api semasa mengukus tu kuat sangat. Tapi PR rase dah slow apinyer. Tapi tak pe lain kali buat lagi. Resepi ni PR ambik dari akauntan PR sendiri. Bukan die yang buat tau. Tapi wife die yang buat. hi...hi...hi....  So setelah lama PR simpan resepi ni. Baru semalam nak buat. Entah macam mane nak buat kek lain. Jadi kek lain pulak. Rase kelakar pulak. Sebab dak-dak opis kebanyakan tegur nape ari ni bawak kek coklat. Padahal semalam duk negok kek lain.

Jom kite mentelaah resepi kek coklat ni:-


1 Cawan serbuk koko
1 Cawan gula pasir
1 Cawan susu cair
1 Cawan minyak jagung
1/2 Cawan susu pekat
3 biji telur
1 Sudu teh serbuk penaik
1 Sudu teh soda bikarbonat
1 1/4 Cawan tepung gandum
sedikit esen vanila

Cara membuat:-
- Campurkan serbuk koko bersama gula pasir ke dalam periuk
- Masukkan susu cair bersama susu pekat ke dalamnya
- Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Bahan-bahan tadi dimasak ok.
- Gaulkan adunan dengan serbuk penaik dengan soda bikarbinat, tepung gandum dan esen vanila.Gaul bersama bahan yang dimasak tadi. Tuangkan ke dalam adunan. Kukus selama 45 minit. Selepas tu salut la dengan coklat yang dicairkan.

Senangkan....

Yang ni bahan-bahan yang siap dimasak





Yang ni pulak semua bahan-bahan yang telah siap diadun. Dah siap untuk dikukus.


5 comments:

  1. gune resepi yg same jugak bile buat kek mcm tu..sedapkan...

    ReplyDelete
  2. rupa x penting..yg penting sodappp.hehe
    lagi2 kalau dpt mkn free..mmg sedap!

    ReplyDelete
  3. sis biar rupa tak cantek asal sedap dimakan.btol x?heheh

    ReplyDelete
  4. pernah cuba resepi ni, mmg sedap..

    saya first time buat pun merekah juga, tapi makan saja, sedap kan..hehe

    ReplyDelete

Popular Posts