Baru ari ni bekesempatan nak bercerita pasal kisah ari rayer aidil adha. Bukan ape nak la cerita dulu yang lame-lame. Baru cerita yang terkini pulak (dah seminggu berlalu baru nak cerita) hi...hi...hi.... PR balik awal dari family yang lain. Ari jumaat dah balik kampung kat Pasir Puteh. Memang seronok dapat balik kampung awal-awal. Pada ari Sabtu PR g meredah kesesakan lalu lintas kat pasar Pasir Puteh. Lapar punyer pasal. Kedai kat rumah banyak yang dah tutup. Maklum la ari rayer Haji kan besar jugak kat Kelantan. Alhamdullilah mudah jugak la PR dapat parking. Nak ambik pic. Tak de maknenyer dalam keadaan jem yang tak boleh disapu pada roti. hi...hi...hi.... Banyak jugak makanan yang sempat disambar oleh PR gan anak-anak. Selera besar sungguh la. Campur dengan rambang bijik mate yang sebenarnyer. hu...hu...hu... Dah nak balik rase pulak nak makan nasi. G la singgah kat kedai makan area-area parking kete. Dapat la makan nasi kukus, lauk itik, ayam goreng dengan sebelah telur masin. Harganyer hanya 7 hinggit aje. Memang murah kan. berselera giler PR makan sekarang. Nasib Baik KG tak naik. (Jenis badan payah naik KG boleh la cakap besar) ha...ha...ha....
Pada hari rayer 2 ekor lembu telah dikorbankan. PR menyibukkan diri jugak la pada ari tu. Buat persiapan nak buat sup tulang dengan daging goreng. Bermula la kehidupan PR pada ari tu. Dengan makan sup tulang, singgang daging, goreng daging dan macam-macam la resepi daging lagi. Makanan pagi pun makcik yang sediakan nasi dagang dengan lauk itik.
Ni ambik pic kat cik abang google. Nak ambik sendiri dah tak sempat. Nasi dagang cner beras merah. Berbeza dengan nasi dagang orang Terengganu beras putih. Bukan selalu dapat makan nasi dagang ni kalau tak pulang ke kampung halaman. Campur pulak dimakan dengan gulai itik. Memang sedap tau... kau orang pernah makan gulai itik??? Kepada sesiapa yang belum mencuba. PR nasihat cuba la. Memang sedap....
ler kelik pasir puteh ko?kampung abah saya tuh/..rindu nak kelik saring...kg tok pasir puteh..lama jugak tak gi bukit abal rumah tok sedara..
ReplyDeleteteringin nak cuba itik....
ReplyDeletetapi asik teringat donald duck
ila tak makan itik..tak tahulah kenapa..hehehe
ReplyDeleteSinggang daging.. kalau ada resepi boleh gak cuba ni..
ReplyDelete