Best betul balik rumah mak pada ari minggu. Macam-macam mak masak. Cukup memenuhi selera anak last die yang sorang ni. hi...hi...hi.... Dua ari bercuti menjadi chef yang memang tak sepakar mak yang menjadi chef. Ari ni balik mak sudah masak pulut kuning berlaukkan kerutuk daging best tau. Bukan selalu mak masak pulut kuning ni. Kalau tak ade hal.
sedap ni....
Sebenarnyer dah minggu lepas mak dah bagi tahu nak buat pulut kuning ni. Semperna nak berkhatan seorang anak buah yang akan berkhatan esok. Selamat menempuhi alam dewasa.
Muka berpeluh. Baru balik main bola. Nak menghilangkan rase gementar la tu. Bukan PR tahu memang dah dasar penakut. ha...ha...ha.... Esok tengok la ade yang dah menjerit tak sempat nak sentuh lagi.
Ni pulak muka budak yang mendapat 1A4B dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan semalam. Tu la... Tiap-tiap ari balik dari sekolah buka TB 611. Itu jer yang die tahu. Bukan nak buka buku... Harap-harap lepas naik sekolah menengah nanti boleh berfikir dengan lebih baik lagi. Jangan la asyik balik sekolah duk tengok TB 611 gan duk main robot ajer kejenyer.
pergh pulut kuning!!! <3.<3
ReplyDeleteDah lama juga tak makan pulut kuning...
ReplyDeletebaa~ CAK!!
ReplyDeletebdk2 yg tgk tb 611 slalunya ramai awek bila dh masuk skolah menengah...
em tgk pulut kuning ni teringat awal bulan 12 nanti ratu nk cuba buat pulut kuning sbb anak baru pindah ngaji ALQURAN haritu.tp tu la tak pernah buat kan slalu tau ngapp je.ehehe.
ReplyDeletePulut kuning dan hajat biasanya sangat sinonim PR. Apa lagi bila emak yg buat mesti sedap...
ReplyDeletefrustnya..ingat nak brekpes nasi kunyit hr ni..tp x de pulak:(
ReplyDelete