Ari ni dah naik penat bace pasal N3 ZZ pertikaikan kemengangan AA... Bukan ape PR tak menyokong mane-mane pun. AA atau ZZ PR tak ambik port ok. Nak mengundi ABP pun tak. Ape tah lagi nak tengok. Bukan tak sokong industri seni negara tapi al-maklum la sitwin asyik nak tengok kartun ajer. So hasrat murni PR terpakasa la di pendamkan. Akhirnyer PR dapat jugak membaca blog ZZ. Pedas ek pandangan serta komen dari ZZ. Tapi PR berterus terang la... (bukan sokong sape-sape pun). Pandangan serta komen dari ZZ macam orang tak study. Kite nak memberi komen serta pandangan kene study dulu. Nak tau kenapa....
* ZZ kate duit kite mengalir ke negara lain (memang betul tidak dinafikan) tapi AA pernah berkata (kalau PR tak silap la). Die membayar cukai pendapatan untuk dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura (betulkan AA). So tu pun sumber pendapatan negara tau.
* PR cukup hairan nape ZZ begitu pertikaikan kemenangan AA. Kalau nak pertikaikan sangat.Sepatutnyer pertikai la mase mula-mula percalonan kan. Ni dah menang baru nak pertikaikan ke?? Tak ke pelik..
* PR rase tak salah kalau rakyat Malaysia mengagungkan artis luar. Lupe ke yang Siti Nurhaliza bagai nak rak diagung kan oleh Rakyat Indonesia. Siti Nurhaliza pun pernah dapat anugerah luar kan. Seperti Singapura sendiri, Indonesia pun ade jugak... Dah tu kalau ikut statement ZZ Siti Nurhaliza tak patut la pasarkan album die di Indonesia. Gitu boleh ke??? Bile kite nak berkembang.
* Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.Sumber ZZ. Kau oranng suka tak kenyataan ZZ yang ni. Aku terus terang memang tak suka. Kenapa nak pertikaian kerja orang lain. Siap cakap makan gaji buta. Ish... tak patut... tak patut....
* Rasenyer bertahun-tahun ABP berlangsung. Ni baru pertama kali artis luar yang menang. Bukan artis Malaysia tak bagus. Bukan artis Malaysia tak boleh demand. Ade bukan tak ade... PR minat lakonan Shahezie Sam die kan pernah menang ABP jugak. Lisa pun PR suka....
* PR tak sokong mane-mane. Memang patut kite sanjungi warganegara sendiri. Tapi kite juga perlu mencedok ilmu dari luar. Supaya kite lebih berilmu... Ingat pelakon boleh melakonkan semua watak. Tapi berjaya atau tidak bukan pelakon yang tentu kan. Penonton yang menentukan tau...
Nota kecik: tak mau komen banyak-banyak nanti PR pulak yang kene hentam. Mati ooo....
biase la.. dunia artis memg mcm2 ragam.. zz lupe kot dia bwk name seniman skali... hmmm. nth la..
ReplyDelete