Jom Klik

Thursday, July 25, 2013

Ni Ape Kes....





Dah banyak PR dengar cerita anak mati dalam kereta. Mak syok jer g shopping. Tinggal anak tido sorang-sorang dalam kereta la. Pastu boleh pulak biar kete x mati. Enjin hidup. Kalau ade orang curi kereta kite macam mane. Pakej sekali gan anak pulak tu. Kereta boleh beli lain. Tapi anak... Boleh beli kat pasar ke???

Ni kes ke dua yang berlaku depan mata. Kes pertama tak sempat nak ambik pic. Mak ade di depan. Ayah kot yang memandu. Anak dua orang di belakang. Buka cermin macam ni la. Cuma yang atas ni buka separuh. Yang ni buka penuh. Mak aik.... Rase tak de darah yang mengalir kat muka tengok. Si anak pulak boleh buang anak patung kot tingkap kereta. Tu tak tau lagi pintu kereta tu berkunci ke tidak. Dah jadi kejadian buruk baru nak sedar ke?? Mintak di jauhi.


PR memang mengaku ade jugak la tinggal anak dalam kereta. Tapi tingkap tu ade la buka sedikit. Untuk udara die orang. Tu pun turun memang kejap sangat untuk bayar bil telefon n tenet. Tapi PR pastikan kat kios tu x de orang. Pastu kereta pulak betul-betul parking depan kios. Bayar melalui kad. Tak de la pasal duit nak meragam. Tapi kalau pergi ke tempat lain tu tak de la nak tinggal. Ape-ape pun daku akan bawak si twin. Mintak-mintak dijauhi perkara yang buruk.


Tapi kalau pergi shopping rayer ke. PR tidak akan bawak si twin. Die orang akan di tinggalkan kat family atau PR akan hantar kat rumah bekas pengasuh die orang dulu. Pasal ni pun ade jugak la pengalaman ngeri. Seorang ibu kehilangan anak ketika syok membeli belah. Mase PR tengok tu kat tangan si ibu banyak betul plastik shopping. Meraung mau satu shopping mall dengar. Ade jugak la dua orang anak die yang lain disisi. Yang ilang tu PR tak pasti pulak besar mane. Yang tu la PR rela tinggal kan die orang sekejap. Dari duk sasau cari anak yang ilang. Eh banyak pulak membebek kali ni.


Nota kecik: peringatan untuk orang lain. Terutama diri ku jua....




- Posted using BlogPress from my iPad

11 comments:

  1. Banyak iktibar dah tapi kadang kecuaian dan tak ambil berat maka ianya berulang di mana-mana. Takut kakak kalau kisah anak-anak yg jadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. kalau kes mcm ni mmg rasa sakit hati sgt kan...tak mahu mahu ambil iktibar dari kes2 yg terdahulu..harap2 makbapak lebih peka...tak kanlah tak nmpk anak tu bukak tingkap dan kuarkan kepala...

    ReplyDelete
  3. Sayang anak sangatlah tu, ikut ja tak tegor2.

    Akak masuk kereta perkara pertama buat tekan kunci kereta. Faktor keselamatan bukan anak2 ja kita pun. Jadikan kebiasaan.

    ReplyDelete
  4. akak cukup geram dgn perangai mak bapak yg amik mudah soal keselamatan anak2...budak2 mmg la tak panjang akalnya...tau nak seronok ja..mak bapak yg berakal tu..tlg la jgn sampai jadi apa2 baru nak menyesal..

    salam kenal..akak follow sini..

    ReplyDelete
  5. sedih sangat baca kisah yang budak meninggal baru2 ni dalam kereta yang mak dia lupa tu. harap tak terjadilah pada kita. sama2 beringat.

    tapi yang budak yang dok main kat tingkap kereta tu, bahaya betul. ish

    ReplyDelete
  6. Sy tidak sekali nak tglkan aydin dlm kete. Walau nak cpt mcm ne pun, sy tetap bwk die kuar sekali. Biarlah leceh mcm ne pun. Biarlah susah mcm ne pun. Janji, anak dgn kite. Klu jadi pape, sy sebelah die. Sy boleh protect die. Ish...emosi sy mcm ni....

    ReplyDelete
  7. tinggal anak dalam keta , enjin masih hidup pintu tak kunci..memang mengundang padah/anak dilarikan dsbnya.....ni biasa sebab ibubapa nak cepat lg pon sekejap saja.. fikir panjang la skit ttg keselamatan anak tu dan banyak lg kecuaian yg seumpamanya..sedar/insaf sekejap masa isu tgh panas nih..lelama nt mcm biasa balik...

    PR, selamat menjalani ibadah puasa di bulan yg mulia ni.

    ReplyDelete
  8. akak pun akak blk raya di kelate jugok..insya Allah berangkat pada 5 hb..

    ReplyDelete
  9. bahaya tol..
    nureen mmg lock tingkap kat drive klau bwk anak2...
    so far drg mmg x kan buka tingkap.. sbb x suka angin tiup rambut hehe

    ReplyDelete
  10. memang bila shopping bawa anak hati2. Saya pun kadang rasa nak tinggal je kat mana2, tapi takde tempat nak tinggalkan mereka time nak shopping, terpaksa angkut semua..huhu.

    Tapi satu je, biasanya saya pilih baju, suami jaga anak2, atau sebaliknya, kalau tidak memang boleh hilang...huhu.

    Tang macam dalam gambar tu memang bahaya betul, hai....

    ReplyDelete

Popular Posts