Jom Klik

Tuesday, April 3, 2012

Bukan Kerana Sayang

  
 

Dalam mase mendiamkan diri. PR lebih suka membaca novel. Dalam masa sebulan lebih tidak mengupdate blog. Boleh la 4 novel telah diabiskan. hi...hi...hi.... Nanti citer satu-satu ek...

Jom layan sinopsis novel ni......

"Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia." Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?


Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.


Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula managih kasihnya. Desakan daripada Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.


Bagi mengelakkan diri, Qaireena menagambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelananya pecah.


Kamil Ihsan yang bersikap 'bossy' menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam diam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh mengembirakan semua pihak?


Novel tulisan Amiza Anaz ini terbitan Alaf 21 bleh di layan tau. PR bagi 4 bintang.

Nota kecik: Ari ni bz tengah ari baru boleh menjengah blog kesayangan ini.....

4 comments:

  1. wah! memang peminat novel tegar nih..4 novel satu bulan?? aiyoo..

    ReplyDelete
  2. At least terisi juga masa itu dgn membaca novel PR.. membaca novel memang boleh bawa kita larut dibuai selagi tak tamat...

    ReplyDelete
  3. saya punya gaji x keluar lagi ni. once dah keluar, benda pertama nak beli adalah novel. dah list out novel2 yang best nak beli. sebab kat fb, sokmo la fanpage kelab peminat novel upload novel2 baru. huwaa stress dia buatnya

    ReplyDelete

Popular Posts