Jom Klik

Thursday, January 27, 2011

Kes Buang Bayi Lagi

Entah la aku pun dah tak tahu ape nak jadi kat dunia ni sekarang. Asyik - asyik buang bayi jer berita. Aku nak bagitahu kat cni kawan aku dah 15 tahun berkahwin tp sampai ke ari ni masih belum ade anak. Dah puas berubat. Kat mane org ckp die suami isteri pegi. Sampai tanam benih pun dah buat. Mungkin tuhan belum bg rezeki lg kat die suami isteri. Aku dulu pun lambat gak dapat dapat zuriat. Sampai myhubby pernah berkate kenape die org tak nak buang depan rmh kita?? Tak terpikirkah die org ni. Yg salah tetap salah, yg dosa lepas tu mintak lah ampun dgn tuhan. Jadi bace lah berita ni & sama-sama kita renungkan & serta pikirkan secara waras.


SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.


“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran.

Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan turut melawat bayi malang itu di HTJS.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan bayi berkenaan.

“Ketika ditemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di HJTS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Petikan dari Harian Metro....

3 comments:

  1. dunia akhir zaman, semoga yang melakukannya mndapat hidayah.

    ReplyDelete
  2. hii rozie..jln2 kat blog u..hehe..teruk kan org yg buang bayi ni..xpk ke org lain bkn main susah lg nk dpt anak(mcm sy)..diorg ni senang2 je buang anak..anak tu amanah Allah..tp xjaga pun..

    ReplyDelete
  3. qemaishak: Harap2 gitu la mudahan die mendapat hidayah...
    Muniefithrie : tq sbb singgah kat blog rozie. sy dulu pun susah gak dpt anak. Harap ade sabar yer....

    ReplyDelete

Popular Posts