Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, ia bayaran dividen tertinggi pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding RM19.37 bilion bayaran dividen pada 2009.
“Pada 2009, kadar dividen yang dibayar sebanyak 5.65 peratus, namun untuk tahun lalu bayarannya meningkat 11.55 peratus.
“Pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan dengan pendapatan pelaburan kasar dana ini mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion,” katanya.
Menurutnya, jumlah berkenaan juga merekodkan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009.
“Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu dijana terutama daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.
“Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya.
Samsudin berkata, untuk bayaran dividen tahun lalu, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.
“Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya.
Samsudin berkata, untuk bayaran dividen tahun lalu, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.
Menurutnya, walaupun KWSP optimis momentum yang positif itu akan berterusan pada tahun ini, namun prospek untuk 2011 bergantung kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.
“KWSP akan mengekalkan matlamat untuk melabur mengikut objektif strategiknya dan pada masa sama mengambil inisiatif pengurusan risiko yang ketat bagi menguruskan secara berkesan sebarang ketidaktentuan dan ancaman yang dihadapi,” katanya.
Mulai hari ini, ahli boleh mendapatkan penyata kira-kira KWSP untuk menyemak kemasukan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun.
Sumber : Harian Metro
Itu juga satu dari simpanan kakak sebelum pencen. Lamanya nak tunggu pencen ye.... Tak sabar bila kenang duit yg terkumpul:)
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki.. :)
ReplyDeletetry2 clik website kwsp...keras je kat situ agaknya orang ramai sangat kot tengah check rezeki yang datang...walaupun tak boleh ambik insayallah suatu hari nanti boleh gak merasa...
ReplyDeletehu..hu..best. tapi..kwsp..beli saham pun guna duit kita..mmg patut dia bagi kita lebih kan..he.he..(terima kasih sudi blog saya ye)
ReplyDeletehttp://inanazir.blogspot.com
saya ambik pencen..huhu
ReplyDeletesalam kenal tuan rumah..